Terlerai teka-teki, pelakon Keith Foo akhirnya mengakui dirinya sudah pun bercerai dengan model, Kim Raymond pada penghujung tahun lalu.
Menurut Keith menerusi laporan Gempak, dia dan bekas isteri sudah tidak bersama sejak dua tahun lalu.
“Kami berpisah semenjak dua tahun lalu tetapi secara rasminya bercerai pada Disember tahun lepas.
“Walaupun sudah tidak lagi bersama, kami masih berhubung dan rapat demi anak, Skylar Raymond Foo,” katanya seperti yang dipetik.
Bagaimanapun, pelakon filem Langit Cinta ini masih mengekalkan hubungan yang baik dan saling sepakat menjaga anak tunggal mereka.
Ads
“Kami sudah seperti rakan baik dan tiada masalah yang terjadi antara kami berdua biarpun tidak lagi bergelar suami isteri.
“Anak tinggal dengan isteri tetapi setiap hari saya bertemu dengan anak. Jika saya bercuti dan tiada penggambaran, anak akan tidur di rumah saya,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu, Keith turut menyifatkan mereka mengambil keputusan untuk berpisah secara baik.
“Kami berpisah secara baik. Perkahwinan tidak boleh dipaksa. Daripada kita paksa-paksa, kita tangguh-tangguhkan, tak tahu apa akan jadi di masa akan datang.
Ads
“Jika dipaksa dan tiada persefahaman, takut perkara lebih buruk yang bakal terjadi. Sekarang, situasi yang kami hadapi menjadi lebih baik,” katanya lagi.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata pada 30 Mei 2017.
Keith mendedahkan perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media telefilem Kita Merdeka oleh AEON dan Country Universal Sdn Bhd di One World Hotel, Petaling Jaya, pada Isnin.
Sumber: Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Hari ini 12 August 2020 bersamaan hari mahkamah syariah saya bekenaan dengan hak jagaan anak yang tak selesai selesai, dalam kerisauan ada pulak berita gembira manusia ini datang. Itulah dia sahabat saya.
“Kita bersahabat, hinggakan berpartner bisnis bersama. Bertahun tu.. Dari usia saya semua 20an hingga 30an,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut mendoakan agar hubungan yang terjalin sentiasa dirahmati.
“Ilmu bisnis tak seberapa jika di bandingkan si dia, tapi semangat berkobar kobar. Merasa lah juga buat projek million..Hehhe atas tunjuk ajar encik abang kita ni.
“Jatuh bangun kita bersama. We are still here standing as sahabat.
“Kunjungan hormat dari ex partner lama bertanya khabar. Glad to see you again Halem. Catch up back cerita kak ima isteri kesayangan and Anakandamu. Alhamdulillah.
“Bersama pulak director layar lebar saya abang Thorpe yang bervisi tinggi. Looking forward to work together k bang. Moga Allah merahmati persahabatan kita semua. Amin ya Rab.,” tulis Betty.
Penyanyi yang juga pelakon, Nabila Razali menepis dakwaan segelintir pihak yang melabelkan dirinya kini sudah besar kepala.
Menurut Nabila, dia sedaya upaya cuba untuk bangkit semula selepas teruk dikritik gara-gara nyanyiannya yang dikatakan sumbang sewaktu membuat persembahan secara live di dalam sebuah program televisyen beberapa bulan lalu.
“Kalau saya besar kepala, mungkin saya hanya buat conference call je hari ni tapi saya masih di sini dan bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini.
“Saya bangkit semula selepas apa yang jadi pada saya haritu. Sejujurnya saya memang down sangat-sangat dan saya perlukan satu hari untuk bangkit dan berkerja semula.
“Bagi sesetengah orang, mungkin mereka memandang perkara ini remeh kerana mereka anggap saya dah biasa menyanyi seteruk itu.
“Tapi bagi saya ia merupakan isu besar sebab saya tidak rancang pun untuk menyanyi seperti itu dan ia merupakan kali pertama saya menyanyikan lagu tersebut secara lansung,’ katanya kepada MH.
Nabila berkata demikian sewaktu ditemui di majlis doa selamat dan pelancaran muzik video lagu Peluang Kedua di Symphony Mall, Petaling Jaya.
Meluahkan rasa syukur kerana masih ramai yang menyokongnya ketika ini, Nabila menyifatkan keputusan untuk berputus asa hanya akan mematahkan semangat para peminatnya.
“Kalau saya give up, saya dah lama sambung pelajaran saya semula. Tapi tidak kerana ramai lagi yang menyokong saya.
“Saya tahu Peluang Kedua ini sebuah lagu yang berat tapi masih ada yang menyokong saya dan kenapa saya nak patahkan semangat mereka. Lagu ni dah jadi siulan mereka.
“Bagi saya, tidak semua yang mereka kata mengenai saya itu betul. Ada telinga yang mendengar sedap ada pula yang sebaliknya. Saya tidak boleh kawal mereka yang kata saya menyanyi tak sedap.
“Bila kita cakap pasal lagu, ada berjuta lagu dalam dunia ni. Nak dengar yang sedap just go ahead. Nak dengarkan versi Nabila Razali tengoklah Youtube saya,” jelasnya.
Ketika di tanya adakah dirinya sudah bersedia untuk mempersembahkan lagu ini secara langsung terutamanya di pentas-pentas besar, ini jawapan yang diberikan oleh pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu;
“InsyaAllah, jika diberikan kesempatan kenapa pula tidak. Jadi, saya perlulah persiapkan diri saya.
“Ini merupakan cabaran sebagai anak seni. InsyaAllah saya akan perbaiki lagi selepas ini.
“Apapun yang terjadi janganlah cari yang silap je. Takkanlah 4 minit saya nyanyi semuanya sumbang. Mesti ada satu dua bahagian yang sedap,” akhirinya.
Terdahulu, Nabila telah pun melancarkan muzik video terbaru dan versi tambahan lagu Peluang Kedua yang menampilkan MK K-Clique sebagai hero.
Sejak melancarkan model telefon pintar flagship terbaru, HUAWEI P40 Pro+, jenama ini terus membuatkan orang ramai teruja dengan tahap kepintaran terknologi yang dimilikinya.
Bagi memaksimakan kebolehan yang dimiliki HUAWEI P40 Pro+, Huawei telah pun memperkenalkan strategi ‘1+8+N’ iaitu kesinambungan hubungan dengan HUAWEI SHARE.
Angka ‘1’ merujuk kepada telefon pintar itu sendiri manakala ‘8’ pula adalah peranti lain yang boleh disambungkan menerusi Huawei Share seperti laptop, tablet, smart watch, smart tv, speaker, internet router dan beberapa jenis kenderaan.
‘N’ pula merujuk kepada sambungan ke beberapa aplikasi pintar seperti mobile office, smart home, sports & fitness apps, audio-visual entertainment dan smart travel product.
Sudah tentu ciri ini akan memudahkan pengguna untuk menyambung mana-mana peranti sama ada ketika di rumah, pejabat ataupun ketika melakukan aktiviti luar.
Dengan hanya satu sentuhan, keboleh HUAWEI P40 Pro+ ini pasti akan memberikan gambaran baru buat pencinta teknologi
Jika anda ingin menyambungkan telefon pintar ke komputer riba, anda hanya perlu menyentuhnya Huawei Share label yang tertera di peranti tersebut. Interface telefon anda akan automatik disambungkan ke komputer tersebut.
Anda boleh membuka mana-mana sahaja fail dan pindahkannya ke komputer dengan menggunakan teknik ‘drag’ atau salin dan tampal.
Sekiranya anda mempunyai komputer riba HUAWEI Matebook X Pro, teknik drag and drop berkenaan boleh anda gunakan dengan hanya hanya menggunkan jari.
Bagaimanapun, ciri seperti hanya boleh diakses melalui komputer riba terpilih sahaja.
2. HUAWEI Smart TV
Untuk menyambungkan telefon pintar ke Huawei Smart TV, anda hanya perlu mengaktifkan butang NFC dan sentuhkannya pada remote kawalan jauh seterusnya telefon anda akan dipancarkan pada skrin mega televisyen tersebut.
Cara seperti ini dilihat lebih mudah dan menjimatkan masa jika dibanding dengan teknik tradisional sebelum ini.
Namun begitu, penyambungan ke HUAWEI Smart TV ini masih belom boleh diakses bagi pengguna di Malaysia.
3. HUAWEI Matepad Pro
Sama seperti ciri pada komputer riba, anda berpeluang untuk merasai inovasi ciri Multi-screen Collaboration yang disediakan oleh HUAWEI Share.
Ciri ini bukan sahaja membolehkan anda berkongsi apa jua fail, malah anda juga boleh menyambungkan papan kekunci dan tetikus komputer ke paranti lain seperti tablet.
Untuk menggunakan ciri Multi-screen Collaboration ini, anda hanya perlu mengaktifkan butang NFC pada telefon pintar dan sentuhkannya pada butang ‘shift’ pada papan kekunci di HUAWEI Matepad Pro.
4. HUAWEI Sound X
HUAWEI Sound X adalah pembesar suara pintar yang boleh menampung ciri HI-Res yang diciptakan oleh Huawei dan Diavelet sebagai salah satu fungsi dalam Huawei’s AI Speaker.
Anda hanya perlu menyentuh telefon pada bahagian sensor Sound X Speaker untuk memainkan muzik anda. Ciri tersebut dinamakan One-Tap Audio Sharing.
Sekiranya anda mahu memberhentikan muzik tersebut, anda tidak berlu mengeluarkan telefon sebaliknya hanya perlu meletakkan tapak tangan anda pada bahagian atas speaker.
5. HUAWEI AX3 Router
Lupa password wi-fi anda? Masalah tersebut boleh diatasi sekiranya anda menggunakan HUAWEI AX3 Router. Hanya sentuh dan wi-fi akan disambungkan ke telefon pintar anda secara automatik.
6. Kereta
Kini anda tidak perlu lagi membawa kunci kereta bersama anda. Dengan menggunakan telefon pintar Huawei, ia bertindak sebagai kunci kereta anda. Teknologi pintar ini akan membuka kereta anda ketika dekat malah anda juga boleh menguncinya ketika jarak jauh.
Bagaimanapun ciri ini terhad kepada beberapa jenis kenderaan dan ia masih belum boleh digunakan di Malaysia.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.