“Sebenarnya, Kalau Tak Ada pun Tak Apa, Sebab Tak Ready Nak Kecewa,” – Ardell Aryana

Share

Tiga hari lalu, pelakon Ardell Aryana ada memuat naik foto adik bongsunya, moHD nUE Faiz bersempena dengan ulang tahun kelahirannya. Lalu, pelakon berkenaan turut menghadiahi adiknya itu dengan sebuah motosikal.

Foto berkenaan turut dimuat naik Ardell menerusi instagram, lengkap dengan dedikasi istimewa buat adiknya itu.

“Hai @mohdnur.faiz Alhamdulillah .. awak dah genap 25 tahun harini. I love you !!! Hadiah  birthday dia tahun ni motor ( Y Suku ). Slide left gambar tengok muka happy dia, bukan main awak eh permintaan.

“Nasib baik lah awak adik bongsu dapat laaa juga seekor Y suku. Lenkali request la hadiah nak “ Abang Ipar “ ke, senang akak nak bagitau mama suruh carikan…haha. Sebenarnya, kalau takda pun takpa…sebab tak ready nak kecewa ? EH ! MAY ALLAH BLESS YOU always dik ❤️.Akak sayang kau,” tulisnya panjang lebar.

Lalu, para peminat pelakon tersebut juga turut sama mengucapkan tahniah buat adik Ardell.

Selain itu, bintang itu juga turut memuat naik foto sekitar majlis merisik melibatkan abang sulungnya yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Bagaimanaoun, rata-rata peminat turut terkejut apabila melihat gambar ‘merisik’ yang dikongsikan Ardell. Namun akhirnya, ramai yang mulai faham apabila selesai membaca status yang ditulisnya.

Foto: Instagram Ardell Aryana

IKLAN