Pelakon dan hos, Zoey Rahman meminta doa semua selepas memberikan reaksi mengenai hubungan dengan pelakon sensasi, Zarina Anjoulie.

Ini kerana, hubungan akrab di antara mereka mulai menjadi sebutan selepas kedua-duanya dilihat kerap membuat sesi siaran langsung di Instagram.

Menurut Zoey, mereka sudah saling mengenali sejak sama-sama terbabit dalam filem Legenda Budak Setan pada 2010.

“Ketika itu kami cuma kawan biasa dan tak rapat pun. Kemudian, masing-masing terputus hubungan. Kami berjumpa semula awal tahun ini di sebuah klinik rawatan kecantikan. Itu pun secara kebetulan. Sejak itu, kami mula berhubung semula sampai sekarang.

“Kalau ditanya adakah kami bercinta, apa boleh dikatakan kami sedang berkawan dan mengenali hati budi,” kata bintang berusia 36 tahun ini.

Jelasnya lagi, sejak hubungan itu mendapat perhatian warganet, dia menerima pelbagai mesej peribadi (DM) dan komen.

IKLAN

Ada yang suka dan ada sebaliknya.

“Ramai suka dan ramai juga kecam sebab orang ingat dia lebih berusia daripada saya selain status ibu tunggal dan pernah berkahwin dua kali. Ramai anggap dia negatif dan suruh saya bimbing dia kerana beberapa kontroversi yang mengaitkan dirinya sebelum ini.

“Sebenarnya dia ‘gila-gila’. Orang juga tak nampak kebaikan dirinya. Dia selalu bagi orang makan, berikan bantuan barangan dan banyak lagi. Berbanding mereka yang berimej Islamik tapi bersikap sebaliknya.

“Kita ini manusia biasa, jangan menilai orang berdasarkan apa yang nampak. Kita tidak tahu pengakhiran hidup macam mana. Setiap orang ada fasa jahat, baik, jatuh dan bangun.

IKLAN

“Orang boleh berubah bila-bila masa saja. Sejujurnya, saya tak mampu puaskan hati semua. Mana yang suka, terima kasih. Jika sebaliknya, itu pilihan masing-masing,” katanya lagi.

Ditanya adakah itu hanya sekadar gimik bagi melariskan produk rangkaian Mikaseries, Zoey menafikannya.

“Pemasaran, gimik, bukan sama sekali. Saya ada banyak klien profesional. Takkan saya nak buat gimik bukan-bukan. Jadi saya kena profesional.

IKLAN

“Lagi pun kerjasama saya dengan syarikat besar itu sudah ada syarat ditetapkan. Cumanya, apabila perkara ini tular sedikit sebanyak meningkatkan jenama produk saya. Kalau saya nak tumpamg populariti dia, jenama Mikaseries sudah popular dulu,” katanya, menerusi laporan Harian Metro.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

“Sebenarnya Dia ‘Gila-Gila’, Orang Juga Tak Nampak Kebaikan Dirinya,” – Zoey Rahman Perjelas Hubungan Akrab Dengan Zarina Anjoulie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI