Pelakon, Zeera Azizi akui kecewa dengan sikap segelintir pihak yang membuat spekulasi tidak benar berhubung konsert band NOAH yang dihadirinya baru-baru ini.
Nama Zeera hangat diperkatakan selepas videonya di aplikasi Tik Tok yang memaparkan dirinya mendapat tiket percuma langsung daripada vokalis band NOAH, Ariel telah pun tular.
Bagi menjelaskan perkara sebenar, bintang kelahiran Dewi Remaja 2018/19 ini telah pun memuat naik kenyataan terkininya di Instagram pada Selasa.
Jelas Zeera, tiket tersebut bukan secara tiba-tiba diberikan oleh Ariel sebaliknya dia sendiri yang mencuba nasib untuk berhubungan dengan penyanyi popular itu di ruangan ‘direct message’ di Instagram.
“Hi semua, saya cuma nak perjelaskan beberapa perkara. Since banyak media post pasal tiket konsert NOAH yang saya post dekat my tiktok account tu, biar saya bagitahu perkara sebenar supaya tiada unsur-unsur memutar belitkan fakta dan hal-hal yang tak masuk akal.
“Pertama sekali, bukan Ariel Noah yang offer saya tiket tu tapi saya yang dm dia secara personal sehari sebelum konsert sebab last minit saya cari tiket takde dah sold out,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, Zeera turut memberitahu, ini bukan kali pertama dia berhubung dengan Ariel kerana sebelum ini penyanyi tersebut pernah memberikan respon ketika dia memuat naik video cover lagu Menghapus Jejakmu.
“Sebelum ini, dia pernah respon kepada salah satu video ketika saya menyanyikan semula lagu Menghapus Jejakmu. Jadi, saya hanya cuba nasib untuk dm dia tanya tentang tiket.
“Mungkin dan takdir rezeki saya. Dia dapatkan saya tiket untuk konsert tersebut. Sudah tentu saya teruja dan gembira. Artist tu sendiri bagi kita ticket dan saya post di Tik Tok pun untuk kongsikan kebahagiaan saya. Itu sahaja.
Ads
“Tapi makin banyak pula yang memanipulasikan keadaan. Keluarkan berita yang tak betul. So this is the truth. Please jangan buat cerita yang bukan bukan,” kongsinya lagi.
Lantaran itu, Zeera berharap agar semua pihak berhenti membuat sebarang tuduhan tidak berasas berhubung kehadirannya di konsert tersebut.
Ads
“Saya hanyalah peminat NOAH dan saya sangat-sangat terhibur dengan momen-momen kami pada Sabtu lalu dengan semua yang ada di Zepp KL malam tu.
“Harapnya ini akan menjelaskan semua yang tidak betul tu. Apapun, kita tunggu NOAH datang next year pula okay,” akhirinya.
Terdahulu, NOAH telah mengadakan konsert istimewa di Zepp KL, Kuala Lumpur pada 12 November lalu yang dihadiri lebih 3000 penonton.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zeera Azizi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan dan pempengaruh, Izubiela Zaffmarekan tidak menyangka video eksperimen sosial yang dirakamkan ‘bocor’ sebelum dikongsi kepada pengikut di laman sosial miliknya.
Wanita yang kini bergelar penyanyi itu mendedahkan video sosial ekperimen berbentuk gurauan (prank) tersebut dikongsikan oleh mangsa terlebih dahulu dengan pengguna TikTok popular sehingga tular dan meraih lebih 830,000 tontonan.
“Ketika itu, saya sedang merakamkan video prank dengan duduk bersendirian memakai baju gelap di sebuah hentian bas di sekitar Shah Alam.
“Sebenarnya saya tak sangka, ‘mangsa’ bernama Amirul berkongsi video rakamannya sendiri dengan akaun TikTok popular yang sering membincangkan mengenai isu misteri sehingga ia tular di media sosial.
“Sebelum Amirul, ada beberapa mangsa termasuk dua wanita tetapi selepas sahaja prank selesai dirakamkan, krew kami mendekati mereka dan memberitahu ia hanya prank,” katanya.
Tidak menyangka video lain yang menjadi tular, pengasas produk Putih Gebu Izubiela ini menerima pelbagai komen warganet.
“Saya tak sangka video yang tersebar viral sedangkan video sebenar belum saya kongsikan lagi. Saya tergelak membaca pelbagai komen mengenai rakaman tular terbabit. Ada yang mengatakan saya hantu putih melepak, ada yang mengatakan saya bunian dan macam-macam lagi.
“Sebelum video ini tular, saya juga terkejut rakaman nyanyian ‘suka-suka’ saya meraih perhatian YouTuber antarabangsa terkenal, Nephi yang membuat video reaksi terhadap video terbabit.
“Biarpun saya masih belajar dan baru dalam bidang nyanyian, saya terharu kerana Nephi memuji saya sebagai usahawan yang mempunyai kebolehan menyanyi. Perkara itu saya jadikan suntikan semangat untuk berusaha dengan lebih kuat.
“Saya pun baru sahaja tampil dengan single Biasa Dia bersama Cat Farish dan pujian terbabit membuatkan saya bersemangat untuk sama-sama memeriahkan industri muzik,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Khairy Jamaluddin, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Sungai Buloh berlapang dada sekali gus menerima kekalahannya kepada calon Pakatan Harapan, Datuk R. Ramanan.
Menerusi satu ciapan di Twitter awal pagi ini, Khairy turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pada Sabtu
“Terima kasih kepada pengundi P.107 Sungai Buloh. Saya telah berusaha sehabis baik.
“Tahniah kepada Datuk R. Ramanan. Selamat berkhidmat,” kata Khairy yang turut menyifatkan khidmatnya sebagai Menteri Kesihatan sebagai penghormatan tertinggi.
“Terima kasih kepada rakyat Malaysia. Satu penghargaan terbesar dalam hidup saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan anda semasa pandemik,” tulisnya.
Terima kasih kepada pengundi P.107 Sungai Buloh. Saya telah berusaha sehabis baik. Tahniah kepada @datoramanan. Selamat berkhidmat.
Terima kasih kepada rakyat Malaysia. It was one of the greatest privileges of my life to have served as your Health Minister during the pandemic. pic.twitter.com/7IyQ35TizE
Meninjau menerusi ruangan komen, wargamaya memberikan reaksi pelbagai dan turut memberikan dedikasi atas jasa khidmatnya selama ini.
Dalam pada itu, R. Ramanan diumumkan menang di kerusi Parlimen Sungai Buloh dengan 50,943 undi sementara Khairy mencatatkan undian sebanyak 48,250 undi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dina Nadzir dan Fuad Rahman menjadi dua bintang tersingkir dalam saingan separuh akhir program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang bersiaran secara langsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi.
Dina dan Fuad masing-masing menduduki kedudukan dua tercorot iaitu 59.20 peratus dan 58.30 peratus.
Mereka berdua turut berduet menerusi lagu Boneka yang dipopularkan oleh Ernie Zakri menerusi segmen duet.
Sementara itu, persembahan konsisten Jaclyn Victor meletakkan dirinya mendapat markah paling tinggi di kalangan semua bintang bertanding iaitu sebanyak 84.35 peratus.
Shila Amzah berada di kedudukan kedua dengan 79.20 peratus diikuti Bob Yusof dengan 78.70 peratus.
Berikut markah separuh akhir kesemua bintang;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...