Pelakon Putra Amaris bersama Pertubuhan Kebajikan Dapur Pasak Kuala Lumpur (Dapur Pasak) optimis di dalam menyasarkan sumbangan bantuan kepada kira-kira 2000 golongan asnaf dan yang memerlukan sempena bulan Ramadan tahun ini menerusi Program Infaq Ramadan #samasamakenyang.

Menyedari masih ramai lagi yang terkesan kerana pandemik Covid-19, Amaris tidak menafikan golongan asnaf dan mereka yang memerlukan adalah kumpulan sasaran yang perlu diberikan perhatian teruratamanya dari segi mental dan fizikal.

Program ini menyasarkan 2000 golongan sasar dan tumpuan utama mereka adalah menggerakkan projek Penuhkan Peti Ais selain beberapa aktiviti kebajikan lain.

“Sebelum Ini Ada Hasrat, Cuma Belum Mampu,” – Jayakan Projek Penuhkan Peti Ais & Bina Rumah Buat Asnaf Dengan Dapur Pasak, Putra Amaris Syukur Rezeki Allah SWT “Sebelum Ini Ada Hasrat, Cuma Belum Mampu,” – Jayakan Projek Penuhkan Peti Ais & Bina Rumah Buat Asnaf Dengan Dapur Pasak, Putra Amaris Syukur Rezeki Allah SWT

“Menerusi inisiatif ini, saya dan ‘team’ akan pergi terus ke rumah-rumah asnaf dan orang susah dan kami akan menyusun dan memenuhkan peti ais mereka dengan barang basah, pek makanan segera dan sebaginya. Selain itu, barangan keperluan asas juga kami akan beri sekali seperti beras, telur dan sebagainya.

“Inilah barang keperluan yang sentiasa ada sebagai bekalan di bulan Ramadan ini. Doakan semoga perancangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya.

IKLAN

Amaris menambah, pihaknya juga akan menyediakan Rumah Baru Asnaf yang dibangunkan dari sebidang tanah yang telah dikenal pasti. Asnaf yang dipilih ini mempunyai rumah daif di atas tanah sendiri dan mereka akan ditempatkan di hotel sebelum kediaman mereka boleh didiami semula.

“Jujurnya saya sudah lama pasang niat untuk bina rumah baru buat golongan asnaf, penuhkan isi dalam peti ais mereka dan sebagainya, meski saya sedar ia perlukan kos yang tinggi.

“Sebelum ini kami hanya buat sumbangan sedemikian sekitar 100 ke 150 isi rumah sahaja. Untuk sasar target 2000 kediaman, pastinya perlukan bajet besar.

“Alhamdulillah dengan izinNya untuk tahun ini, saya bersama Bro Ku tercetus idea juga untuk bina sebiji rumah pula buat golongan sasaran. Saya sebelum ini memang ada hasrat yang sama, cuma belum mampu lagi. Jadi dengan kemudahan yang ada sekarang, kami gabungkan untuk realisasikan pembinaan tersebut,” katanya.

IKLAN

Amaris yang kini sukses bergelar usahawan ditemui pada majlis Pelancaran #Samasamakenyang Infaq Ramadan di Hotel Eastin, Kuala Lumpur, pada Ahad.

“Sebelum Ini Ada Hasrat, Cuma Belum Mampu,” – Jayakan Projek Penuhkan Peti Ais & Bina Rumah Buat Asnaf Dengan Dapur Pasak, Putra Amaris Syukur Rezeki Allah SWT“Sebelum Ini Ada Hasrat, Cuma Belum Mampu,” – Jayakan Projek Penuhkan Peti Ais & Bina Rumah Buat Asnaf Dengan Dapur Pasak, Putra Amaris Syukur Rezeki Allah SWT

“Setakat ini, kos untuk menyiapkan sebuah kediaman mencecah RM100,000 hingga RM150,000. Kita rancang untuk menyiapkan rumah berkenaan selama 26 hari, insya-Allah sebelum Syawal rumah tersebut sudah sedia untuk didiami.

“Saya sedar, bukan mudah untuk siapkan sebiji rumah kurang dari 30 hari. Kalau ada kontraktor di luar sana yang mahu berkongsi rezeki buat pahala atau mahu tawarkan harga istimewa untuk projek ini, kami sangat alu-alukan.

IKLAN

“Sebab saya percaya ramai juga sukarelawan atau dermawan di luar sana yang berniat untuk lakukan infak, cuma mungkin tidak tahu di mana saluran betul untuk memberikan sumbangan. Mudah-mudahan tahun ini bergerak dengan bina sebuah rumah terlebih dulu.

“Perkembangan tersebut akan kami kongsikan dari semasa ke sama menerusi media sosial,” katanya yang turut berterima kasih kepada semua pihak yang sudi bekerjasama merealisasikan projek istimewa ini.

“Sebelum Ini Ada Hasrat, Cuma Belum Mampu,” – Jayakan Projek Penuhkan Peti Ais & Bina Rumah Buat Asnaf Dengan Dapur Pasak, Putra Amaris Syukur Rezeki Allah SWT “Sebelum Ini Ada Hasrat, Cuma Belum Mampu,” – Jayakan Projek Penuhkan Peti Ais & Bina Rumah Buat Asnaf Dengan Dapur Pasak, Putra Amaris Syukur Rezeki Allah SWT

Difahamkan, program berkenaan juga bakal berjalan ke beberapa lokasi terpilih seluruh Malaysia bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI