Selepas isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak keenam, wargamaya pantas memberikan pelbagai reaksi.

Rata-rata ucapkan tahniah lalu mengusik Aliff sebagai bapa yang bukan biasa-biasa kerana kini sedang menantikan detik untuk sekali lagi menimang cahaya mata.

Komen berkenaan boleh ditinjau menerusi perkongsian artikel berkaitan menerusi Facebook Media Hiburan.

Tidak kurang juga yang menyifatkan mereka beruntung kerana anak yang bakal lahir itu akan menerima wang tunai sebanyak RM500 sebagaimana yang dibetangkan Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Ini antara komen yang ditinggalkan wargamaya;

“Lahir 2023… wau dapat one off RM500 tahniah.”

IKLAN

“Datuk dapat RM500 macam RM5 je kan, tahniah jua.”

“Tahniah RM500 dalam tangan.”

“Untunglah…. lahir 2023 dapat RM500, baru tadi kerajaan umum.”

“Tahniah tahniah, sentiasa dimurahkan rezeki. Aku pulak yang seronok.”

IKLAN

“Respect la org yang ada ramai anak. Tak sakit ke weh. Aku ni trauma rasa.”

“Abaikan yang mngata. Panggil lembut pun boleh 6 tau.”

Artikel Berkaitan;

Aliff Syukri Semeja Dengan TokTi, Shahida; “Yang Sebelah Saya Penyanyi Nombor 1 Juga, Tapi Dari Belakang.”

IKLAN

“Umur 13 Tahun Ayah Saya Suruh Pakai Tudung…,” – Mengaku Penah Buka Hijab Bila Keluar Rumah, Shahida Cerita Kisah Remajanya

“Raudhah Kalau Ingat Kita Ke Arafah Tahun Lepas,” – DS Shahida Imbau Memori ‘Buat Haji’ Waktu Sarat Hamil

Terdahulu, kerajaan bakal memberi RM500 secara one-off kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada tahun depan.

Sebanyak RM150 juta diperuntukkan bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia itu bagi meningkatkan kadar kelahiran dan mengurangkan masalah kanak-kanak bantut di negara ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

https://www.youtube.com/watch?v=lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI