Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa sedih dan kecewa terhadap insiden menyayat hati yang menimpa pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, yang meninggal dunia selepas dilaporkan terjatuh dari bangunan asrama.

Sebagai ibu dan anak jati Sabah, Bella menyifatkan kejadian itu amat menyentuh hati.

“Adik Zara Qairina, 13 tahun dan anak Sabah. Perginya dalam keadaan penuh tanda tanya.

“Dikatakan dibuli, disakiti tapi sampai hari ini, belum ada siapa yang tampil bertanggungjawab.

“Bayangkan, anak kecil dan jauh dari keluarga, menghadapi semuanya seorang diri. Kenapa sampai begini baru kita mula buka mata?

“Takkanlah kita mahu biarkan sahaja apatah lagi melibatkan nyawa!

“Siapakah orang yang sepatutnya bertanggungjawab memantau mereka di Asrama tempat dimana ibu bapa meletakkan sepenuh kepercayaan mereka di situ.

“Allahu, di mana letaknya perikemanusiaan kamu semua,” tulisnya di Instagram.

Ads

Bella yang juga penyanyi lagu Lebih Indah Berpisah turut menuntut agar kematian Zara tidak dipandang sepi dan diberi pembelaan sewajarnya.

“Sebagai Ibu Dan Sabahan, Hati Saya Hancur,” – Bella Astillah Tuntut Kematian Zara Qairina Dibela, Seru Ibu Bapa Nasihat Anak Isu Buli

“Tepuk dada tanya selera. Kalau ini berlaku pada anak kita sendiri, sanggupkah kita berdiam?

“Sebagai seorang ibu dan juga Sabahan, hati saya hancur.

Ads

“Seorang anak kecil, di usia muda begitu, terpaksa menanggung penderitaan yang tak sepatutnya.

“Buli bukan hal remeh. Jangan kita diam. Jangan tunggu ada lagi Zara yang lain,” ujarnya lagi.

Seruan Untuk Semua Ibu Bapa

Dalam luahannya yang menyentuh hati itu, Bella turut menyeru para ibu bapa agar lebih peka terhadap gejala buli dalam kalangan remaja dan pelajar.

“Sebagai Ibu Dan Sabahan, Hati Saya Hancur,” – Bella Astillah Tuntut Kematian Zara Qairina Dibela, Seru Ibu Bapa Nasihat Anak Isu Buli

Ads

“Tolonglah pantau anak-anak kita. Dengarkan mereka. Didik mereka supaya jadi manusia yang ada empati, bukan yang kejam.

“Zara bukan sekadar nama dalam berita. Dia adalah anak kita juga. Kita gagal bila anak-anak terbiar dalam sistem yang membutakan hati dan menutup kebenaran.

“Saya doakan keadilan akan datang. Saya akan terus bersuara untuk Zara. Semoga Allah SWT tempatkan adik Zara di syurga tertinggi. Amin YRA.

“Salam takziah dan kekuatan buat seluruh keluarga yang sedang berduka cita. Al-Fatihah buat adik Zara Qairina,” tambahnya.

Terdahulu, Zara Qairina disahkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, sehari selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekitar jam 3 pagi.

Kejadian tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi dan dakwaan, termasuk kemungkinan dakwaan menjadi mangsa buli, sebelum ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads