Penyanyi Azharina Azhar yang bakal mengadakan konsert konsertnya, Live In Melbourne, Azharina Azhar pada 28 Mei ini mengakui pada awalnya dia pernah berhasrat untuk membatalkan persembahan.
Perkara itu susulan bapa yang telah diserang sakit jantung kritikal hujung April lalu.
Hati penyanyi Elegi Sepi itu jadi berbelah bahagi hingga memaksa dirinya menunda tarikh asal persembahan yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 7 Mei lalu.
Dia bagaimanapun bersyukur kerana selepas berbincang dengan penganjur konsert termasuk pihak pengurusannya, Currizy Popz di sana, 28 Mei diputuskan sebagai tarikh baharu.
“Saya sepatutnya terbang ke Melbourne pada 30 April. Tapi hati jadi tak senang dan gundah dengan keadaan kesihatan bapa. Tambah pula dia dimasukkan Pusat Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Sabah. Dia juga melakukan pembedahan jantung.
“Sebagai anak sulung, saya tak boleh berkompromi hal nyawa. Dia satu-satunya bapa saya dan memang tiada galang ganti. Soal konsert atau apa saja boleh difikir kemudian. Malah saya pernah terlintas nak batalkan saja konsert mini itu.
“Tapi saya tidak boleh mementingkan diri. Justeru, saya memohon pertimbangan penganjur dan syarikat pengurusan untuk menunda tarikh konsert mini itu. Mujur mereka memahami dan akhirnya saya terbang ke Melbourne 19 Mei lalu,” katanya.
Juara Bintang RTM 2001 itu pada masa sama akui, hasratnya untuk melawat bapa di Sabah tidak kesampaian.
Ads
“Dijadikan cerita, tiket penerbangan semua habis. Syukur keadaan bapa semakin okey. Ibu tiri yang banyak mengemas kini keadaanya kepada saya. Bapa pun tak mahu susahkan saya balik bertemunya.
“Malah bapa suruh saya fokus kepada anak dan persiapan konsert yang ditunda itu,” katanya lagi yang kini sibuk mempromosikan konsert mininya itu yang akan berlangsung di 333 Swanston Street Melbourne City Conference Centre.
Azharina juga memaklumkan, dia turut menerima jemputan persembahan di lokasi sekitar.
“Sejak sampai di Melbourne, jadual saya memang ketat. Ada majlis tertutup seperti makan malam dengan klien kena dihadiri. Malah ada promosi dan majlis impromptu yang saya kena hadiri membabitkan komuniti Asia di sini.
“Termasuklah promosi di stesen radio dan penerbitan akhbar di sana. Saya ke sana pun umpama strategi serampang dua mata. Selain tumpuan untuk konsert mini, saya juga mahu melebarkan saya perniagaan yang boleh diteroka.
Ads
“Ada juga majlis raya yang hanya menuntut kehadiran saya semata-mata dengan bayaran istimewa. Tak ketinggalan ‘busking’ impromptu dengan ‘Bob Marley King’ di Camberwell, Victoria. Pendek kata mereka sangat menyokong saya,” katanya.
Berkongsi lanjut, Azharina memberitahu setakat ini tiket konsert itu sudah 85 peratus terjual.
“Saya bangga menjayakan konsert mini ini kerana penganjurnya orang Melayu yang bawa artis pertama dari Malaysia membuat persembahan di Melbourne.Kebetulan saya mengenali mereka.
“Memang ada yang cakap kenapa artis suam-suam kuku macam saya. Kenapa bukan artis gred A lain dari Malaysia? Kebetulan, rezeki itu dapat kepada saya.
“Yang beli tiket persembahan saya kebanyakan orang Borneo dari Asia yang sangat menyokong. Malah mengejutkan saya diberitahu ada orang Indonesia, Singapura dan mat salih pun membeli tiket,” katanya.
Ads
Azharina dijangka menyanyikan enam ke lapan buah lagu pada persembahan berkenaan yang akan berlangsung dua jam bermula 3.30 petang waktu tempatan.
“Antara lagu wajib tentunya Elegi Sepi, Rawan, Seandainya dan lain-lain. Saya hanya akan menyarung sepasang saja persalinan rekaan Zamzuri Ali.
“Saya ke sana sendirian. Tapi setibanya di sana ada tujuh ‘entourage’ yang setia menemani saya termasuklah jurusolek,” katanya yang akan pulang ke ibu kota pada 4 Jun depan.
Sekembalinya di Malaysia dia akan sibuk pula dengan konsert keduanya tahun ini di Melaka dijangka berlangsung Julai depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Lapan tahun kita beraya bersama.” Itu kata Nabil Ahmad sejurus ditanya Neelofa mengenai selama mana mereka menyambut lebaran bersama di set MeleTOP sebelum ini.
Neelofa yang diundang bersama suaminya, Haris Ismail atau PU Riz di program berkenaan pada Selasa membuat kejutan dengan beriringan bersama Nabil Ahmad memulakan segmen pengenalan.
“Hari ini rasa seronok sangat, rasa macam inilah raya yang saya nanti-nantikan. Dapat bersama-sama dengan Lofa, atas stage MeleTOP. MasyaAllah,” kata Nabil.
Mereka antara lain turut berkongsi situasi masing-masing mengenai kisah ‘raja mengejut’ sebelum memperkenalkan rakan hos, Elly Mazlein.
Meninjau ke ruangan komen menerusi potongan video berkenaan di YouTube MeleTOP, rata-rata penonton memberikan reaksi positif.
Malah tidak kurang yang merindui gandingan serasi keduanya pada program hiburan mingguan tersebut.
“Sayu pulak kan. Excited tengok depa dua. Lama tak tengok macam ni,” komen peminat.
“Dua-dua dah hijrah, subhanallah. Hebat,” puji peminat lainnya.
“Tak ada ganti. Walaupun pengganti tak sama. Apa pun semoga semua sihat, berbahagia ke jannah,” coret peminat.
“Rindunya nak tengok Lofa dan Nabil kembali,” antara komen yang tertera.
Terdahulu, Neelofa yang kini sudah memiliki seorang cahaya mata membuat pengumuman berundur dari MeleTOP pada Disember 2019 selepas tujuh tahun mengendalikan program bual bicara infotainment terbitan Astro itu bersama Nabil Ahmad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: YouTube MeleTOP
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Datuk AC Mizal memaklumkan sahabatnya yang juga pereka fesyen terkenal, Fairuz Ramdan terpaksa menjalani pembedahan selepas terlibat dalam kemalangan apabila basikal yang dinaikkam telah dilanggar dari belakang.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh AC atau nama sebenarnya, Mizal Zaini menerusi posting terkini di laman Instagram.
Menurut AC, Fairuz kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas proses pembedahan berjalan dengan lancar.
“Ya Allah, kami baru dapat tau yang our brotha aka our best designer @itsfr terlibat dalam kemalangan orang langgar dari belakang semasa beliau berbasikal.
“Kami doakan semoga cepat sembuh bro. Alhamdulillah operation semalam okay semua berjalan dengan lancar. Semoga cepas sihat dan jaga diri.
“Ini la orang yang sentiasa memastikan saya look good on stage. Terima kasih bro,” tulisnya.
Kata pengacara program The Mask Singer Malaysia itu lagi, dia sememangnya terkesan sebaik sahaja menerima berita yang menimpa sahabat baiknya itu.
Jelas AC lagi, Fairuz merupakan pereka fesyen yang bertanggungjawab menyediakan busana-busana yang digayakan disetiap acara yang dihadirinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selain turut mendoakan semoga Fairuz segera diberikan kesembuhan.
Terdahulu, menerusi entri terkini yang dikongsikan di Instagram, Fairuz memaklumkan kemalangan tersebut berlaku ketika dia sedang menyertai program berbasikal sejauh 165 kilometer.
Pelakon Syatilla Melvin mendedahkan dia tidak menjalani proses berpantang seperti kebiasaan dilakukan ibu-ibu selepas bersalin.
Selamat melahirkan cahaya mata ketiga, Salama Samheizy Shaheizy Sam pada 9 Mei lalu, Syatilla berkongsi perkara itu menerusi ruangan Ask Me A Question di Instagram.
Menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya, iaitu “Apa yang Tilla suka tentang berpantang?” Syatilla menjawab;
“Suka semua sebab saya tak pantang langsung,” tulisnya.
Dalam pada masa sama, seorang pengikut lain turut memberitahu yang dia pernah terserempak dengan isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu baru-baru ini di sebuah kedai barangan keperluan di Melaka.
Malah, Syatilla juga berkongsi, kos bersalin anak ketiga di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur mencecah harga sama seperti harga jualan sebuah motorsikal.
“Harga nak bok keluaq anak sama dengan beli motor sebiji,” tulis Syatilla.
Sekadar informasi, Syatilla atau nama sebenar, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 31, mendirikan rumah tangga dengan Shaheizy Sam, 40, pada 8 Februari 2016.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Syeriv Samheizy, 5, Sarima Samheizy, 2, dan Salama Samheizy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...