Syawal yang disambut seluruh umat Islam sejak seminggu lalu pastinya memberikan pengalaman baru tiap tahun buat mereka yang menyambutnya.

Begitu juga dengan penyanyi Yuna, yang meraikan Aidilfitri tahun ini sebagai seorang isteri.

Bagaimanapun, ada momen yang tidak boleh dilupakan oleh penyanyi lagu Gadis Semasa ini apabila berkongsi mengenai sambutan rayanya.

IKLAN

Akui Yuna seperti yang dipetik MStar Online, pada hari raya pertama dia dan suami, Adam Sinclair terpaksa ‘sambut raya’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun kerana menunggu pesawat transit ke Kuala Lumpur dari Los Angeles.

“Pertama kali saya beraya dengan suami tapi di lapangan terbang Jepun sebab kami transit dari LA ke Kuala Lumpur. Ketika kami sampai di lapangan terbang itu Malaysia dah menyambut hari raya. 

 

“Cemburu apabila lihat foto-foto di Instagram yang kebanyakkannya muat naik gambar bersama keluarga,” katanya.

Yuna ditemui media sejurus pelancaran filem pendek Wanita Besi yang turut memperkenalkan bintang berusia 32 tahun itu sebagai Duta Pantene Malaysia di Golden Screen Cinema (GSC), Mid Valley, Kuala Lumpur pada Khamis.

IKLAN

Bagaimanapun, Yuna rasa gembira kerana meski tiba lewat di tanah air, namun dia dan suami masih sempat meraikan hari kemenangan umat Islam itu bersama keluarga kedua belah pihak pada raya kedua.

Pada masa sama, Yuna turut sempat isi masa menziarahi keluarganya di Perak sebelum bercuti bersama keluarga suaminya di Pulau Langkawi, Kedah selama beberapa hari.

IKLAN

“Dapat beraya dengan keluarga saya dan Adam di Shah Alam pada hari raya kedua. Dapatlah kami bergambar bersama. 

 

“Lepas itu, saya dan suami pulang ke kampung saya yang terletak di Sayong dan Batu Gajah, Perak selama dua hari sebelum kami berdua sambung bercuti di Pulau Langkawi pula,” ujarnya.

Terdahulu, Yuna dan suaminya berkahwin dalam suasana flora pada 26 Januari lalu di Bentong, Pahang.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI