Setiap orang pasti ada pengalaman raya masing-masing. Tidak kiralah sama ada manis ataupun sebaliknya.

Penyanyi, Wani Kayrie misalnya, dia ada mendedahkan, antara pengalaman raya yang tidak dapat lupakan adalah pengalaman menyambut raya di Sabah.

Katanya, ahli keluarganya di Negeri Di Bawah Bayu itu memang besar.

IKLAN

“Kalau di Sabah, hari raya pertama semua akan berkumpul di rumah nenek. Masa itu memang penuh rumah sebab ahli keluarga termasuk cucu cicit semua ada.

 

“Kemudian, kami semua akan naik trak tiada bumbung untuk beraya di rumah jiran-jiran kampung. Tak kisahlah kenal atau tak, semua beraya je.

 

“Memang best masa itu sebab kita ramai-ramai kat atas trak, denga penuhnya tapi dapat rasa kemeriahannya. Lagipun, kalau di Kuala Lumpur kan tak boleh benda macam tu?” katanya kepada MH.

Sementara itu, penyanyi ini juga turut berkongsi cerita mengenai juadah raya dan persiapan lainnya.

IKLAN

“Kalau di Sabah, makanan yang kena ada adalah pulut kuning dan juga juadah raya lain. Burasak pun ada. Selain itu, nenek saya memang ajar cucu-cucu dia anyam ketupat sendiri,jadi kami tak beli.

 

“Antara pengalaman lain juga bila kami sekeluarga lewat tiba di hari raya pertama, kami sampai tengah hari di Sabah.

 

“Lepas itu, bila sampai sahaja rumah nenek, tengok saudara-mara semua dah tunggu kat luar semata-mata untuk tunggu kami. Salam pagi raya pun tak buat juga kerana kami sekeluarga. Masa itu memang menangis bila sampai sana. Malah, pengalaman bila kami ramai-ramai tidur di ruang tamu rumah nenek saudara mara yang lain pun seronok juga,”terang Wani lagi.

MH difahamkan kepulangan Wani beraya di Sabah tahun ini adalah selepas tiga tahun tidak balik ke sana. Pasti imbau memori kan?

IKLAN

Foto: Instagram Wani Kayrie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI