Selepas memuat naik perkongsian menerusi Instagram yang menyifatkan kehidupan selesa yang dimilikinya hari ini bukan bererti dia sudah menjadi seorang insan sempurna baru-baru ini, pelakon Saharul Ridzwan berkongsi pula mengenai suatu perubahan yang dilakukan dalam rutin kehidupan sehari-hari.

Saharul, 29, cuba ubah mindset dengan membayangkan dia seorang pekerja yang bergaji di bawah RM1,000.

“Bye2 Wallet. Jadi hari ni sy lakukan perubahan lagi. Sy ubah mindset sy, sy adalah pekerja bergaji bawah RM1000. Sy tinggalkan wallet “Louis Vuitton X Fragment” sy, sy gunakan money clip ni yang berharga RM16.90 dan hanya 4 benda yang sy bawa.

 

“Kad pengenalan, Lesen memandu, Kad bank (sy limitkan had pengeluaran yang paling rendah) dan Duit (30ringgit),” tulisnya.

Pada masa sama, pelakon ini turut menyatakan apakah yang dilakukannya itu adalah suatu tindakan yang betul atau sebaliknya.

IKLAN

“Saya Tinggalkan Wallet Louis Vuitton X Fragment Saya,” – Satu Lagi Perkongsian Penuh Makna Saharul Ridzwan

IKLAN

“Betul ke apa yang sy buat ni? Kalau emergency macammana? Tayar pancit? Minyak kereta habis?. Cuba korang fikirkan,” kongsinya lagi sambil disusuli dengan komen pelbagai daripada netizen.

Pada MH, pasti ada sebab dan maksud tersirat tersendiri yang cuba ingin disampaikan Saharul.

IKLAN

Foto: Instagram Saharul Ridzwan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI