Memetik laporan Astro Awani, Amin memfailkan tuntutan tersebut selepas dikatakan telah dihalang untuk bertemu dengan dua anaknya, Edlynn Zamileen,15, atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Muhammad Eric Zaquan, 13, yang popular dengan panggilan Kacak.

Bapa berusia 42 tahun itu memberitahu, dia amat merindukan kedua-dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan mereka melalui media sosial atau pun televisyen.

“Saya Tidak Mahu Hak Penjagaan, Cukup Sekadar…,” – Bekas Suami Datuk Seri Vida Tuntut Hadanah, Akui Rindu Cik B & Kacak

Difahamkan kali terakhir mereka bertemu adalah pada dua tahun lalu di ibu pejabat Vida Beauty Sdn. Bhd. di Ipoh, Perak selama 15 minit sahaja.

“Sebagai bapa, saya amat rindukan mereka. Saya tidak mahu hak penjagaan. Cukup sekadar dibenarkan untuk bertemu mereka berdua dalam tempoh yang singkat.

“Sebelum ini, saya ada menghubungi Cik B dan Kacak, namun tidak berjawab. Saya tidak pasti sama ada mereka sudah menukar nombor telefon atau sengaja tidak mahu mengangkat panggilan,” katanya seperti yang dipetik.

IKLAN

“Saya Tidak Mahu Hak Penjagaan, Cukup Sekadar…,” – Bekas Suami Datuk Seri Vida Tuntut Hadanah, Akui Rindu Cik B & Kacak

Dalam pada itu, Amin turut mendedahkan sebelum ini dia hanya dibenarkan bertemu anak-anaknya itu di kawasan pagar rumah Datuk Seri Vida, di Meru, Ipoh atau di pusat beli-belah sahaja.

“Kedua-dua anak masih mengenali saya. Dalam pertemuan sebelum ini, mereka akan memeluk saya dan masih mengenali bapa kandung mereka.

IKLAN

“Itu sudah cukup buat saya. Bertemu dengan mereka sudah membuatkan saya gembira. Jika teringatkan mereka, hanya linangan air mata dan kenangan-kenangan lama kami bersama sebagai pengubat rindu,” kongsinya lagi.

Prosiding bagaimanapun tidak dapat dijalankan kerana Datuk Seri Vida selaku defendan tidak menghadirkan diri.

Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty menetapkan 25 November ini sebagai sebutan semula kes.

IKLAN

Terdahulu, Amin telah berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada tahun 2000 sebelum bercerai pada 2008.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikree, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan.

Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikree meninggal dunia dalam satu kejadian kebakaran di rumah Datuk Seri Vida di Ipoh pada 2013.

Sumber: Astro Awani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI