Kata orang, tuah ayam nampak di kaki tetapi tuah pelakon baru, Mei Fen hadir selepas kejayaanya membintangi filem, Prebet Sapu.
Menurut Mei Fen, dia akui teruja apabila namanya kini semakin menjadi pilihan para pengarah untuk mebintangi drama-drama tempatan
Katanya lagi, dia kini sudah mampu memberikan sepenuh tumpuan terhadap dunia lakonan selepas berjaya menamatkan pengajiannya di Akademi Seni Budaya dan Warisan kebangsaan (ASWARA).
“Saya berasa amat bersyukur dengan tawaran-tawaran yang diberikan. Semasa saya melanjutkan pelajaran di ASWARA dulu, saya ada juga mendapat tawaran untuk berlakon tetapi saya terpaksa tolak kerana ingin memberikan fokus di dalam pelajaran.
“Saya tak boleh nak beri komitmen kepada keduanya. Saya tidak mahu menyusahkan pihak produksi dan ASWARA. Sekarang, saya pun dah habis belajar dan selepas kejayaan Prebet Sapu, makin ramai yang mula mengenali nama saya.
Ads
“Saya baru sahaja selesai menjalani pengambaran dua buah drama iaitu Ratu Tenpin 2 dan Rindu Darul Iman arahan Zeel Production. Selepas raya pula, saya ada ditawarkan untuk berlakon sebuah lagi drama,” katanya kepada MH.
Heroin filem Prebet Sapu itu ditemui ketika di majlis amal WTCKL Menyantuni Anak-Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Cahaya Kasih yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Meskipun sebelum ini, pelakon berusia 35 tahun ini pernah menyuarakan keluhan kerana namanya sering kali ditolak, namun, dia mendedahkan fasa tersebut telah banyak mengajarnya untuk sentiasa percaya kepada rezeki.
Ads
“Saya anggap fasa tersebut sebagai ‘drama pendemik’. Sebagai anak seni, tidak dinafikan saya selalu tertanya-tanya bilakah tawaran yang seterusnya? Adakah saya patut berhenti berlakon? Umur pun dah semakin meningkat. Itu adalah anatara kepayahan yang harus saya fikirkan.
“Tapi saya faham, ketika pendemik, semua pihak pun susah. Saya sedikit emosi pada ketika itu. Bila keadaan dah kembali pulih ini, saya pula terpaksa menolak hampir empat ke lima telemovie kerana jadual yang bertindih dengan drama-drama lain.
“Bermula dari situ, saya mula percaya yang rezeki itu akan sentiasa ada. Kita hanya perlu bersabar,” ujarnya lagi.
Ads
Terdahulu, pada majlis tersebut, Mei Fen turut berkesempatan untuk berbuka puasa dan beramah mesra bersama anak-anak yatim.
Selain Mei Fen, antara barisan selebriti yang turut sama hadir ke majlis tersebut termasuklah Asmidar, Kumpulan Inteam, Sixth Sense, Nasz Sally dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Dean.momentart
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau lebih mesra disapa Cik Piah berdepan detik cemas selepas anak lelakinya, Muhammad Zidane mengalami masalah pernafasan, sejak semalam.
Menurut Cik Piah, Zidane telah disahkan mengalami masalah jangkitan kuman di bahagian paru-paru selepas menjalani pemeriksaan di hospital.
“Mula-mula nampak cara dia bernafas tu laju, jadi risau juga lah bila tengok keadaanya macam itu. Kemudian, cepat-cepat bawa ke hospital semalam untuk buat pemeriksaan.
“Sejurus kemudian, kami dapat tahu Zidane ada masalah jangkitan kuman di bahagian paru-paru,” katanya ketika dihubungi MH.
Ekoran itu, Zidane terpaksa dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan lanjut meski kondisinya sudah kembali stabil.
“Selepas pergi hospital semalam, terus kena tahan masuk wad. Alhamdulillah, setakat ini keadaan dia sudah kembali stabil. Harap-harapnya akan cepat beransur baik dan pulih,” katanya lagi.
Sekadar informasi, Cik Piah atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan telah mendirikan rumah tangga bersama Nurashid Abd Wahab pada tanggal 6 Mei 2015.
Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Adam Malique, 4, Nuh Aryyan, 3 dan Muhammad Zidane, setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Feeya Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penari profesional, Alam Wakaka meluahkan rasa teruja selepas isterinya, Nurul Alisya Najwa selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka awal pagi tadi di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.
Khabar gembira itu dikongsikan Alam atau nama sebenarnya Muhamad Haslam Abdul Rahman menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram sebentar tadi.
Menurut Alam, dia bersyukur kerana isteri dan anak lelakinya itu kini berada dalam keadaan yang stabil tanpa sebarang komplikasi.
“Assalamualaikum dunia. Syukur ke Hadrat Illahi. Alhamdulilah segala puji milik Allah. Hari ini lahirnya seorang bayi yang bakal menjadi ketua suatu hari nanti.
“Keadaan Alisya dan bayi stabil terima kasih pada doktor dan nurse yang sangat baik memberi layanan yang terbaik buat isteri saya serta semua yang mendoakan kesejahteraan mereka berdua,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, Alam turut merakam ucapan penghargaannya buat para doktor dan petugas hospital yang telah merawat serta menjaga isteri dan anaknya itu dengan baik.
Malah, juara program So You Think You Can Dance musim pertama ini berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Alam dan isteri.
“Waalaikumsalam, semoga menjadi anak yang soleh. Ameen.
“Alhamdulillah, congratulations new papa.
“Tahniah Alam dan Alisya. Selamat berpantang.
“Alhamdulillah, Tahiah. Semoga anak dan mommy diberikan kesihatan yang baik.
“Tahniah Alam. Semoga menjadi ayah yang terbaik di dunia dan akhirat. Selamat berpantang Alisya. Welcome to club ibu-ibu,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lengkap tanpa juadah istimewa untuk disajikan pada pagi raya bagi santapan seisi keluarga.
Malah, selepas dua tahun tidak dapat meraikan hari raya dengan penuh kemeriahan, 1 Syawal kali ini pastinya tidak sabar dinantikan.
Bukan saja dapat pulang ke kampung halaman dan menziarahi sanak saudara, rakan taulan, tapi satu perkara yang pasti tidak boleh dilupakan adalah hidangan dan masakan.
Dan bagi menambahkan kegembiraan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, jenama aiskrim terkenal Crème De La Crème memperkenalkan ais krim ‘Nasi Lemak’.
Menerusi kreativiti dan inovatif, aiskrim unik ini dihasilkan daripada 100% aiskrim asli.
Lebih menarik, pencuci mulut ini turut menampilkan jenama sambal milik pasangan selebriti, Scha Alyahya dan Awal Ashaari iaitu Schambal bagi memberikan pengalaman yang lebih sedap dan menyelerakan.
Bagi Awal Ashaari, kerjasama yang terjalin antara Schambal dan Crème De La Crème sesuatu yang istimewa dan di luar kotak fikiran.
“Sejujurnya tak terfikir pun bagaimana pencuci mulut aiskrim boleh ‘diubah’ dan dihasilkan jadi hidangan nasi lemak.
“Menu itu diakui menjadi kegemaran dan pilihan orang ramai. Bagi saya ini sesuatu yang hebat dan betul-betul kreatif.
“Apabila cadangan untuk berkolaborasi dengan jenama Schambal, pada saya ia menambahkan lagi keenakan Nasi Lemak Crème De La Crème ini. Nasi lemak tanpa sambal memang tak bermakna.
“Jadi dengan adanya Schambal ini melengkapkan lagi hidangan istimewa ini,” kata bapa kepada dua cahaya mata ini.
Terdahulu, Schambal yang dilancarkan lebih setahun lalu di bawah jenama Amina Food itu terhasil selepas Scha Alyahya yang mengidam makanan pedas ketika hamil anak kedua mereka, Lyla Amina.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!