Pelakon, Anita Baharom mendedahkan dia reda dengan ketentuan Ilahi seterusnya cuba menjalani kehidupan seperti sedia kala bersama anak-anak selepas kematian suami yang juga penerbit, Ismadi Ismail pada 1 Januari lalu.
Menurut Anita, fokusnya kini hanya mahu menjalankan tanggungjawab sebagai ibu tunggal kepada tiga permata hatinya selain meneruskan komitmen dalam seni.
Perkongsian itu diceritakan Anita ketika diundang di dalam program Wanita Hari Ini di TV3, baru-baru ini.
“Alhamdulilah, saya meneruskan kehidupan selagi hidup dan menjalankan amanah yang Allah berikan untuk membesarkan anak-anak.
“Nak tak nak, saya kena jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak. Dulu lain sekarang lain, dulu hanya sebagai seorang isteri di rumah tapi sekarang semua,” katanya sambil mengalir air mata.
Jelas ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, memori bersama arwah suami sentiasa ada di dalam fikiran.
“Sebagai seorang beragama Islam, kita kena serahkan bulat-bulat kepada Allah SWT itu yang pertama. Kedua pula, anak-anak yang jadi sumber kekuatan kemudian sokongan daripada kawan-kawan.
“Kawan yang baik sanggup mendengar luahan hati kita, sebab macam saya lepas meluahkan saya rasa lega sekejap lepas itu.
Ads
“Bulan pertama selepas arwah meninggal, saya tak tahu kenapa tapi setiap pukul 6 pagi dan 6 petang saya akan menangis.
“Masuk bulan kedua, tempoh saya berehat untuk bertenang dan masuk bulan ketiga baru saya macam okey sikit selepas mula jalani penggambaran drama.
“Rupanya, saya kena sibukkan diri buat kerja dan sebagainya baru lah saya akan okey. Tapi walau macam mana pun, bila saya balik rumah nampak gambar arwah sahaja terus rasa sunyi itu datang,” luahnya lagi.
Ads
Terdahulu, Anita dan Allahyarham Ismadi mendirikan rumah tangga bersama pada tahun 2006 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.
Allahyarham Ismadi menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun akibat penyakit kencing manis di kediamannya di Shah Alam.
Gara-gara berkongsi gambar sama lalu ‘tag’ nama pada hati masing-masing, ada peminat yang mulai ‘speku’ pelakon Fatin Afeefa dan Nazim Othman kini sedang dilamun cinta.
Lengkap dengan kapsyen ‘mengundang’, keduanya memuat naik foto berkenaan menerusi Instagram masing-masing.
Pada masa sama, Afeefa turut meninggalkan komen di foto tersebut.
Serentak dengan itu, peminat memberikan komen pelbagai terhadap gambar tersebut menerusi dua akaun berasingan.
Bersikap keterlaluan melemparkan fitnah, pelakon Puteri Sarah Liyana mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa telah menabur fitnah ke atas dirinya berhubung isu melibatkan rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Sarah memuat naik notis tuntutan saman terhadap individu tersebut serta komen-komen fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.
“Pengajaran kepada orang luar jangan buat sebarang spekulasi berdasarkan dengan apa yang anda lihat dan dengar tanpa bukti yang kukuh.
“Jangan buat fitnah pasal saya dan saya harap sila jaga kata-kata dan jaga keluarga sendiri.
“If u have your own opinions regardless baik ke buruk just keep it to yourself or ceritalah dengan orang sekeliling anda sahaja, thanks,” tulis Sarah.
Ibu kepada dua cahaya mata itu juga turut berkongsikan komen-komen daripada individu tersebut yang dipercayai sebagai komen balas di atas kenyataan yang pernah dikeluarkan Sarah mengenai kemelut rumah tangganya sebelum ini.
“Ini semua sebab suami dia kaya. Sebab itu dia pertahankan rumah tangga walaupun suami curang.
“Isteri dia takkan lepaskan sebab suami kaya. Jadi apa-apa pun ‘penyondol’ yang salah. Terang-terangan dia tak nak dimadukan dan provok satu Malaysia untuk benci skandal suami dia,” tulis komen berkenaan.
Sarah mengemukakan notis saman tersebut menerusi peguamnya, Natasha Basheer & Associates.
Terdahulu, Sarah telah memfailkan saman terhadap individu ketiga iaitu Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangganya.
Kes tersebut akan disebut semula pada 23 Ogos depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tindakan penyanyi Britney Spears berkongsikan 12 keping gambar bogel di laman Instagram menimbulkan keresahan di kalangan peminatnya.
Rata-rata peminat penyanyi lagu Opps I Did It Again itu mengakui risau dengan tahap kesihatan mental penyanyi berusia 41 tahun itu.
Dalam entri tersebut, Britney memuat naik foto bogelnya sambil kedua-dua belah tangan menutup payudara serta bahagian kemaluannya ditutup dengan emoji berbentuk hati.
“Ini gambar-gambar saya tempoh hari sebelum ada bayi dalam perut ini.
“Kenapa saya nampak macam 10 tahun lebih muda sewaktu bercuti?” tulisnya di ruangan kapsyen.
Selepas perkongsian tersebut, peminat meminta Britney menurunkan semula foto terbabit kerana merasakan ia tidak sesuai dilakukan oleh penyanyi popular sepertinya.
“Menyedihkan, Britney memerlukan bantuan. Kecewa apabila melihat ada peminat yang memberikan galakan dan komen positif terhadap hantaran ini.
“Britney, awak masih boleh padam gambar ini.
“Tolong hentikannya (berkongsi gambar bogel). Fikir tentang anak-anak awak!
“Awak tahu anak remaja awak dan rakan-rakannya akan melihat posting ini kan?
“Oh tidak! Anda tak perlu buat begitu,” antara beberapa komen netizen.
Britney kini hamil anak ketiga yang merupakan hasil perkongsian hidup dengan tunang, Sam Asghari.
Pasangan itu dijangka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat selepas mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu.
Britney turut mempunyai dua anak lelaki Sean Preston, 17, dan James Jayden, 16, hasil perkahwinan dengan bekas suami, Kevin Federline.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Britney Spears
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pengarah Azharina Entertainment, Azharina Azhar telah dipilih sebagai salah seorang panelis bagi 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices yang berlangsung di...