“Saya Telah Dipilih…,” – Asmidar Hiasi Muka Depan Majalah Jepun, Kongsi Fasal Budaya Kita

Share

Reaksi wajah bersahaja sambil tersenyum manis, wajah penyanyi, Asmidar menjadi penghias muka depan sebuah majalah gaya hidup Jepun, WAU.

Jelas penyanyi ini menerusi ruang Instagram miliknya, WAU menjadi wadah untuknya bercerita tentang budaya kita buat bacaan penduduk Jepun.

“This is the best birthday gift. Sy telah di pilih utk menghiasi muka depan sebuah majalah Jepun.

“Majalah yg berkongsi ttg culture di Malaysia. Tq my dear fren @akinora dan @che_kem_ yg memperkenalkan kami.

Photo by @azim_al_fikri. Make up by @iqbalrafael92,” kongsinya teruja.

Menerusi posting terbaru, penyanyi ini turut memuat naik ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-33.

Foto : Instagram Asmidar

IKLAN