Setelah hampir lima tahun sepi dari industri hiburan tanah air, kini penyanyi Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Hj Ahamad kembali dengan sebuah single terbaru, Tak Tahan.

Lagu berentak segar dan fast itu telah pun dilancarkan semalam oleh bintang kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan berkenaan.

Kongsi Nubhan, meski menyepi dari industri hiburan tanah air sebelum ini, namun minatnya terhadap bidang nyanyian tetap sama seperti dahulu.

“Saya menyendiri seketika sebab saya telah mengalihkan fokus pada perniagaan. Jadi, saya terpaksa membuat pilihan dan rasanya, perniagaan terlebih dulu perlu dikukuhkan.

“Bagaimanapun, kecintaan terhadap nyanyian dan bidang seni tidak pernah luntur.

IKLAN

“Kiranya selepas perniagaan kian stabil, barulah saya rancang buat ‘comeback’ demi peminat,” katanya yang turut mencari masa sesuai untuk melancarkan Tak Tahan.

Berkongsi mengenai lagu terkininya itu, bapa kepada dua cahaya mata itu menambah, ‘Tak Tahan’ itu sendiri merupakan signal kerana keterujaannya untuk kembali.

“Saya ‘tak tahan’ sebenarnya untuk kembali menyanyi, nak hiburkan peminat jadi sebab tu lagu ini berjudul Tak Tahan.

IKLAN

“Kalau boleh, mahu sampaikan perasaan rindu saya terhadap bidang nyanyian juga,” kongsi Nubhan kepada MH.

Sementara itu, menerusi muzik video lagu single terbaru tersebut, Nubhan dilihat menarik perhatian apabila mengetengahkan mempersembahkan tarian dari beberapa lelaki tidak berbaju.

Lalu bintang berusia 33 tahun itu menjelaskan, dia tidak melakukan perkara sedemikian hanya untuk gimik demi meraih publisiti.

IKLAN

“Bagi saya ini adalah satu kelainan setelah sekian lama tidak muncul dan pastinya, ia satu cabaran buat saya.

“Apa pun, pihak kami bukan sengaja nak tayang lelaki tidak berbaju dalam muzik video tersebut. Meski mereka tak berbaju, semuanya masih lagi menjaga batas aurat dan sebagainya.

“Sejujurnya, model lelaki yang tidak berbaju itu simbolik kepada seni tradisional silat dan pahlawan dan saya mahukan kelainan dalam lagu single terbaru ini, jadi saya kena berani,” kongsi Nubhan.

Nubhan berkata demikian sejurus ditemui pada majlis pelancaran lagu single tersebut di The Love@MaTic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI