Pelakon dan pengacara, Shaza Bae berpandangan isu percanggahan pendapat di antara penerbit dan pelakon sebenarnya boleh diatasi sekiranya kedua-dua belah pihak bersedia untuk berbincang dan mencari solusi terbaik.

Menurut Shaza atau nama sebenarnya, Shaza Nuriman Mohamad Zamri, bila kata sepakat dapat dicapai, ia juga secara tidak langsung akan memberikan impak positif sepanjang menjayakan sesebuah projek itu.

“Saya Tak Suka Bergaduh, Bertengkar Atau Bermasam Muka,” – Dewi Remaja Shaza Bae “Saya Tak Suka Bergaduh, Bertengkar Atau Bermasam Muka,” – Dewi Remaja Shaza Bae

“Di sinilah kita menggunakan kekuatan kita sebagai orang Melayu yang memiliki skil untuk berbincang dan negosiasi.

“Kalau boleh, berbincanglah sebaiknya andai ada perkara yang membuatkan kita kurang selesa. Terangkanlah mengenai pemahaman dan pendirian kita.

“Kedua-dua pihak seharusnya sedia berbincang. Sebagai pelakon, mereka ini mungkin punyai batas, kelebihan dan kekurangan mereka sendiri.

“Namun, sebagai penerbit pula yang telah melaburkan duit dan masa untuk barisan pelakon ini, mereka juga berhak menentukan apa yang mereka mahukan,” katanya kepada MH.

IKLAN

Juara program realiti Dewi Remaja 2019 itu berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya berdama MH pada Rabu.

Dalam pada itu, Shaza turut mendedahkan dia juga pernah berhadapan dengan situasi yang tidak menyenangkan di set pengambaran, namun, dia lebih memilih untuk bersikap professional daripada bertelagah.

“Saya Tak Suka Bergaduh, Bertengkar Atau Bermasam Muka,” – Dewi Remaja Shaza Bae “Saya Tak Suka Bergaduh, Bertengkar Atau Bermasam Muka,” – Dewi Remaja Shaza Bae

“Saya akan berusaha mencari jalan tengah untuk mengelak daripada bergaduh. Saya merupakan seorang manusia yang tidak suka bergaduh, bertengkar atau bermasam muka.

IKLAN

“Saya lebih gemarkan situasi yang aman damai.

“Ada ketikanya, saya ada juga berdepan dengan situasi yang kurang menyenangkan di set pengambaran tapi saya telan sahaja dan tunjukkan sikap professional,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, sebagai pendatang baru didalam industri seni, dia akan terus belajar daripada setiap pengalaman yang dilaluinya.

IKLAN

“Saya hanya ambil yang positif dan negatif saya jadikan teladan. Kalau boleh saya ingin kekalkan sifat sebegini untuk tidak berperang dengan orang lain dan menjaga keharmonian semua pihak.

“Buat apa nak bergaduh kalau kita boleh berbincang dan mengakkan pendirian kita. Lebih baik kita duduk bincang daripada terus buat sidang media,” akhirinya.

“Saya Tak Suka Bergaduh, Bertengkar Atau Bermasam Muka,” – Dewi Remaja Shaza Bae “Saya Tak Suka Bergaduh, Bertengkar Atau Bermasam Muka,” – Dewi Remaja Shaza Bae

Dalam perkembangan lain, Shaza memaklumkan dirinya bakal memulakan penggambaran bagi drama terbaru yang berjudul Nikah Cerai Rujuk terbitan JS Pictures.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Shaza Bae

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI