Pelakon remaja, Idan Aedan menafikan dia menjalin hubungan rapat hingga bercinta dengan rakan pelakon Mia Sara Nasuha. Sebaliknya, mereka hanya sekadar kawan seindustri.

Idan, 18, menjelaskan, berita mengenai hubungan akrabnya dengan Mia baru-baru ini telah disalah anggap segelintir pihak seterusnya mengundang spekulasi kurang tepat.

Bintang muda ini akui mahu fokus sekaligus memberi komitmen penuh terhadap kerjaya.

“Buat masa sekarang untuk saya beri fokus kepada sesebuah perhubungan itu memang tidak. Saya rasa lebih banyak hal yang perlu saya utamakan.

“Misalnya kerjaya dan lagi pula filem Anak Rimau bakal ditayangkan di samping beberapa projek lain yang bakal menyusul,” katanya.

Idan ditemui pada majlis pra-pelancaran filem Anak Rimau dan kolaborasi bersama Al-Ikhsan Sports di The Curve, Damansara, pada Khamis.

IKLAN

Ditanya mengenai kritikan berhubung hubungan keduanya yang disalah ertikan, Idan tidak menyifatkan ia sebagai suatu yang serius.

“Kalau Kecaman Itu biasa, Semua Orang Kena Kecam Kan?,” – Pelakon Idan Aedan Ulas Spekulasi “Kalau Kecaman Itu biasa, Semua Orang Kena Kecam Kan?,” – Pelakon Idan Aedan Ulas Spekulasi “Kalau Kecaman Itu biasa, Semua Orang Kena Kecam Kan?,” – Pelakon Idan Aedan Ulas Spekulasi

“Kalau soal kecaman itu  biasa… semua orang kena kecam kan? Tambahan pula, benda tu tak betul pun dan tak bercinta. Saya percaya dia pun ada kehidupan sendiri dan perlu fokus dengan pelajaran dan kerjaya.

IKLAN

“Saya ada baca komen-komen yang ditinggalkan. Ia bercampur-campur dan kadang tergelak juga. Apalah budak belasan tahun dah bercinta dan sebagainya.

“Tapi ia tak betul pun. Biarlah orang nak cakap apa. Keluarga tahu saya bagaimana dengan rakan-rakan pelakon lain,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Idan turut menjelaskan situasi sebenar mengenai foto berdua yang dirakam bersama Mia baru-baru ini.

IKLAN

“Kalau nak dikatakan kami bercinta, ia hanyalah khabar angin. Sebab saya ada muat naik gambar keluar makan dengan Mia, tapi ketika itu turut ada bersama ialah pengurus saya.

“Malah kami pun tak pernah keluar bersama kalau bukan masa penggambaran. Ketika itu kami dalam pre-produksi untuk sebuah projek yang dilakukan bersama. Ya… kitaorang berkawan sahaja,” katanya

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/7ZkIkJci69U

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI