Pelakon Zizan Razak mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli siber dan yang terbaharu ketika menjadi juri tetap di program The Hardest Singing Show (THSS).
Menurut Zizan, ada segelintir peminat artis yang kurang bersetuju dengan cara penjurian sehingga melontarkan kata-kata negatif dan kritikan di media sosial.
“Ketika menjadi juri, saya juga ada mendapat kritikan. Kadang kala, ada sesetengah penyokong yang kecewa kerana artis kesayangan mereka tersingkir atau tidak setuju dengan pemarkahan.
“Namun, bila pihak juri membuat keputusan, ia bukan keputusan saya seorang. Ia keputusan sebulat suara.
“Mungkin saya beri markah tinggi tapi juri lain bagi markah rendah. Begitu juga sebaliknya. Bila dicampurkan kesemua markah, rezeki tidak memihak artis tersebut,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Polis Evo itu berkata sedemikian ketika di temui di forum ‘The Actor’s Chair’ yang berlangsung di GSC Mytown, Cheras pada Selasa.
Pada masa sama, Zizan juga menyifatkan rezeki juga memainkan peranan yang sangat penting ketika menyertai sesebuah pertandingan.
Ads
“Pemarkahan ini sangat subjektif. Saya juga pernah masuk pertandingan dan merasai pengalaman tersingkir serta tak dapat markah tinggi.
“Pada saya, kalau kita asyik fikir soal penjurian bila bertanding, fokus kita memang untuk memenangi hati juri sahaja.
“Padahal, kalau kita fikir sebaiknya, sebelum ada pihak juri, Allah sudah pun menentukan segala hal. Segalanya berlaku dengan izin-Nya.
“Kalau Allah tidak izinkan juri itu beri markah rendah, ia tetap tidak akan berlaku. Begitu juga sebaliknya. Kita kena percaya hidup ini merupakan ketentuan Illahi. Kalau kita ada pemikiran seperti ini, kita akan mudah terima sebarang keputusan,” ujarnya lagi.
Ads
Ditanya sama ada dia sudah menjadi juri oada masa akan datang, ini respon Zizan;
“Saya tidaklah sampai ke tahap serik. Saya okay sahaja.
“Saya juga nak rasa bertanggungjawab di dalam industri ini untuk melahirkan orang-orang yang hebat dan bagus berdasarkan pengamatan pandangan mata saya,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Zizan memaklumkan dirinya tidak mengambil hati dengan segala komen-komen negatif tersebut sebaliknya memanfaatkan situasi itu untuk memperbaiki kelemahan diri.
Ads
“Saya ini sejenis orang tidak menyimpan perasaan. Saya hanya baca komen untuk menambah baik kerjaya saya.
“Kadang kala ada perkara yang saya buat tidak betul. Saya harus belajar juga daripada kesilapan.
“Sebagai pelawak atau pelakon, ada kalanya saya syok sendiri dan rasa diri bagus. Bila kena komen, saya akan lihat semula tindakkan saya dan ambil maklum.
“Bila saya tak melayan komen-komen negatif di media sosial, mereka pun tak boleh buat apa-apa dan senyap begitu sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, ‘The Actor’s Chair’ merupakan salah satu program yang berlangsung sepanjang penganjuran Festival Filem Antarabangsa Malaysia ke-7.
Malah, Zizan juga bertindak selaku juri untuk menilai filem-filem terpilih daripada dalam dan luar negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Azwan Ali digugurkan serta merta sebagai pengacara program realiti Mic On musim kedua (Mic On 2) berkuatkuasa hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor utama demi memastikan keharmonian penerbitan program Mic On 2 dapat diteruskan dengan lancar bagi menghormati semua pihak yang terbabit.
“Pihak pengurusan Awesome TVhari ini mengambil keputusan untuk menggugurkan Azwan Ali daripada tugas pengacaraan bagi program realiti Mic On berkuatkuasa serta merta.
“Perlu ditegaskan di sini bahawa pihak Awesome TV tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang hal-hal berkaitan dengan disiplin dan standard etika kerja bagi mana-mana pihak sama ada di kalangan tenaga produksi sendiri mahupun bakat yang terbabit dengan program-program terbitan kami.
“Pihak Awesome TV juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku atau gangguan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian.
“Tindakan keras akan diambil sekiranya berlaku sebarang pelanggaran integriti prinsip tersebut,” katanya di dalam satu kenyataan media sebentar tadi.
Program Mic On 2 minggu seterusnya akan dikendalikan oleh pengacara bersama sedia ada, Issey Fazlisham.
MIC ON yang bersiaran setiap hari Jumaat jam 9 malam diAwesome TV (Astro 123) atau MyTV (112) adalah sebuah program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian komedi terbitan Awesome TV yang menampilkan tiga selebriti tanah air, Datuk Awie, Datuk Hattan dan Mas Idayu sebagai juri tetap.
Terdahulu, seramai 15 peserta berjaya diserap masuk untuk bersaing di konsert mingguan Mic On musim kedua bagi merebut gelaran juara.
Kesemua mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan yang diterajui oleh Fad Bocey, Ropie dan Ajak Shiro yang menggalas tanggungjawab selaku ‘Manager’ untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada para peserta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah kepada Siti Nordiana menerusi Instagram Live (IG Live), penyanyi Syura, Lan Solo dan isterinya Nur Sheila Hassim, jurusolek Aida G bersama pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin menyerahkan tindakan susulan kepada peguam mereka untuk tindakan selanjutnya.
Dalam satu kenyataan kepada media, kelima-lima mereka telah mengambil maklum tentang notis tuntutan yang dibuat Siti Nordiana melalui peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin.
“Kami ambil maklum tentang tindakan notis tuntutan yang telah diambil oleh pihak Siti Nordiana terhadap kami berlima.
“Kami juga telah menyerahkan perkara ini kepada peguam kami untuk tindakan selanjutnya. Apa-apa tindakan atau respon yang bakal menyusul akan kami maklumkan berdasarkan nasihat daripada peguam kami,” kata mereka.
Terdahulu, Siti Nordiana, 36, (Nana) pada 23 Julai lalu telah memberi tempoh 48 jam kepada lima individu terbabit untuk membuat permohonan maaf berhubung isu berkaitan dan sekiranya gagal berbuat demikian, pihak Siti Nordiana akan mengambil tindakan susulan.
Nana menerusi peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin sebelum ini telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, berhubung isu namanya dibabitkan dalam Instagram Live lima individu tersebur, baru-baru ini.
Dia bertindak demikian bagi membersihkan namanya daripada dakwaan berbaur fitnah yang jelas boleh menjejaskan nama dan reputasinya.
Malah, Nana turut terkilan apabila permasalahan yang sepatutnya boleh dibincang secara profesional itu dibawa ke mata khalayak dan terpaksa mengambil tindakan tersebut bagi membersihkan namanya dan menyerahkan keputusan kepada pihak berkuasa.
Isu tercetus apabila namanya disebut dalam sesi siaran langsung IG Live yang sertai Lan Solo, Syura, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin pada 20 Julai lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nampaknya Datuk Seri Najib cukup bijak mengekalkan populariti yang bukan ‘beshe-beshe’. Menerusi laman Instagramnya, Najib memuatnaik klip video bersama sekumpulan pemuda yang ‘bukan biasa-biasa’.
“Bos kita. BBB.
“Bukan beshe-beshe,” disambut oleh ahli parlimen Pekan ini.
Pelakon Nina Iskandar mengesahkan dia telah pun bercerai dengan bekas suaminya, Azlan Adzanan, sejak tahun lalu.
Menurut Nina, 34, perceraian talak satu itu bukan melibatkan...