Malaysia sememangnya dikenali sebagai negara beriklim khatulistiwa dan hanya mempunyai dua musim sepanjang tahun.

Rata-rata pelancong yang datang ke Malaysia juga sering mengutarakan perkara yang sama iaitu mengenai cuaca di Malaysia.

Kedatangan kumpulan Kpop paling popular di Korea Selatan, EXO semalam juga turut mengatakan perkara yang sama tapi membawa maksud yang berbeza.

Ketua kumpulan itu, Suho menyatakan rasa kagumnya terhadap sambutan ‘panas’ peminat yang hadir di Konsert Elyxion In Kuala Lumpur di Axiata Arena Bukit Jalil.

“Saya Tak Sangka Malaysia ‘Panas'” -Ini Komen EXO Bila Datang Malaysia, Tapi…

IKLAN

“Saya tahu cuaca di Malaysia panas tapi sambutan anda semua kepada kami lagi ‘panas’.

“Terima kasih kerana hadir ke konsert kami, di kesempatan ini kami juga ingin meminta maaf jika pihak kami ada membuatkan anda ternanti-nanti kedatangan kami ke sini,”katanya.

Konsert tersebut sememangnya dinanti-nantikan oleh para peminat sejak awal tahun lagi.

Malah, saat diumumkan kehadiran kumpulan itu di Malaysia, jualan tiket habis dalam masa yang singkat.

Sepanjang dua jam konsert berlangsung, para peminat turut sama ‘sing-along’ dan bersorak kepada idol kesayangan mereka.

IKLAN

“Saya Tak Sangka Malaysia ‘Panas'” -Ini Komen EXO Bila Datang Malaysia, Tapi…

Terdapat juga momen comel terjadi antara ahli grup seperti ‘Chansoo’, ‘Chanbaek’ dan banyak lagi.

Kelihatan ahli grup itu juga sangat ‘playful’ dan banyak berinteraksi dengan peminat. Ada ketika, salah seorang ahlinya, Kai turut mengambil telefon bimbit peminat dan sempat ‘berselfie’!

IKLAN

EXO dianggotai oleh 9 anak muda iaitu Suho, Xiumin, Lay, Baekhyun, Chen, Chanyeol, D.O, Sehun dan Kai.

“Saya Tak Sangka Malaysia ‘Panas'” -Ini Komen EXO Bila Datang Malaysia, Tapi…

Dalam pada itu, Suho juga sempat menjanjikan sesuatu buat EXO-L (Kelab peminat EXO)

“Kami akan muncul dengan album baru dan kembali semula ke Malaysia, We are one,” akhirinya.

Foto: Star Planet

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI