“Saya Tak Rasa Bapa Berkahwin Lagi Satu,” – Minta Simpang, Syada Amzah Tepis Khabar Angin

Share

Pempengaruh dan penyanyi, Syada Amzah menepis khabar angin segelintir pihak yang mendakwa bapanya yang juga penyanyi dan pelakon era 80-an, ND Lala berkahwin lagi satu.

Menurut Syada, 25, bapanya masih tinggal sebumbung dengan ibunya, Fauziah Sarman sehingga ke hari ini dan mereka hampir setiap hari keluar bersama.

“Saya baru tahu mengenai gosip ini. Kami di rumah baik-baik saja. Mak saya setiap hari keluar ‘dating’ dengan ayah.

“Saya tak rasa bapa saya berkahwin lagi satu sebab mereka masih tinggal sebumbung dan kalau keluar pun mesti satu kereta.

“Saya minta simpang benda ini berlaku sebab takut bila ramai sangat yang buat andaian boleh jadi satu doa,” katanya.

Adik kepada penyanyi Shila Amzah ini bagaimanapun menambah, di sebalik cerita tak berasas yang timbul, dia dan seluruh ahli keluarganya tidak terkesan kerana sudah faham asam garam dunia seni.

“Cerita berkenaan isu sensasi dari kecil lagi memang selalu terpalit. Macam-macam cerita keluar dan kami sendiri ada yang baru tahu.

“Secara peribadi, saya tak rasa keluarga saya terkesan dengan apa saja gosip melainkan benda itu benar-benar terjadi.

“Cuma saya harap kalau ada gosip membabitkan ahli keluarga pastikan individu itu ada hitam putih dan ketengahkan perkara ini. Kalau sekadar cakap mulut, semua orang boleh bercakap,” katanya.

Ditanya mengenai perkongsian ibunya di Instagram yang mempunyai maksud mendalam, Syada menjelaskan ibunya gemar berkongsi ayat tersirat.

“Mak saya okey saja. Kalau nak tahu mak saya memang suka kongsi kata-kata seperti itu kepada kami,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Syada berkata, dia bakal melancarkan single sulung kerjasama dengan Shila yang berjudul Hasrat pada 17 Mac depan.

Isnin lalu, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia sehingga ada yang mendakwa individu itu ialah ND Lala.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN