Kerap dihimpit kontroversi ketika baru sahaja ingin mengorak langkah di dalam dunia seni, penyanyi Syada Amzah akui sudah lali untuk berhadapan dengan kecaman orang ramai.

Meskipun segala tindak tanduknya sering dinilai, Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah tetap melihat perkara tersebut daripada sudut positif.

Menurutnya, orang ramai pada ketika ini lebih memberikan perhatian terhadap kehidupan peribadinya berbanding kerjaya seni.

“Saya Tak Rasa Apa-Apa Tapi…,” – Tenang Hadapi Kecaman, Syada Amzah Ralat Andai Keluarga Kena Tempias

“Pada saya, kebanyakkan orang yang mengkritik nyanyian cover saya, mereka bukan marahkan mengenai nyanyian atau cara sebutan saya.

“Cuma video tersebut dikongsikan pada waktu yang kurang sesuai disebabkan pada ketika itu, nama saya sedang panas untuk isu lain.

“Namun, cara saya mengatasinya adalah dengan berfikir secara positif dan melihat daripada sudut yang baik.

IKLAN

“Contohnya, kalau mereka hina fizikal saya, itu adalah pemangkin semangat untuk saya diet dengan lebih konsisten,” katanya kepada MH.

Malah, anak kepada penyanyi senior Datuk ND Lala ini juga akui situasi ini memang lumrah sebagai seorang anak seni.

“Saya Tak Rasa Apa-Apa Tapi…,” – Tenang Hadapi Kecaman, Syada Amzah Ralat Andai Keluarga Kena Tempias

“Saya tak terkilan. Kita lihat di luar negara sekalipun, orang ramai akan lebih menilai kehidupan peribadi berbanding bercakap mengenai hasil kerja anak seni tersebut.

IKLAN

“Sebab itu saya mengambil waktu yang agak lama untuk bergiat aktif dalam dunia seni. Saya nak pastikan mental dan fizikal saya bersedia sepenuhnya.

“Kerana itu juga, ramai yang gelarkan saya sebagai kalis kecaman. Segalanya bergantung kepada respon kita sendiri terhadap sesuatu perkara itu,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Syada akui agak ralat apabila ahli keluarga atau orang terdekat turut terkena tempias disebabkan kontroversi yang melanda dirinya.

IKLAN

“Saya Tak Rasa Apa-Apa Tapi…,” – Tenang Hadapi Kecaman, Syada Amzah Ralat Andai Keluarga Kena Tempias

“Kita tak sentiasa kalis kecaman kerana kita manusia. Saya hanya akan terkesan kalau perkara itu memberi kesan kepada keluarga saya. Saya rasa orang lain juga begitu.

“Kalau keluarga kita disakiti, sudah tentu kita akan terasa sekali. Kalau saya dikecam atau dilontarkan perkataan yang tak elok, biasanya bukan saya yang sedih tapi orang-orang di sekeliling saya.

“Ahli keluarga dan kawan-kawan yang akan rasa lebih sedih berbanding saya. Itu yang buatkan saya sedih kerana saya telah membiarkan mereka disakiti,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Syada Amzah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI