Semua tahu yang diva pop ini tidak memiliki akses terhadap kewangannya sendiri kerana dikawal oleh ayahnya yang bertindak sebagai conservator. Namun nampaknya kini sedikit demi sedikit perkara itu berubah rentetan dari kes Britney mengheret ayahnya ke mahkamah atas segala ‘penderaan’ yang dilakukan.
Kelmarin dalam satu hantaran video di laman Instagramnya, pemenang anugerah grammy ini berkata kepada para pengikutnya, “Ok guys, berita hebat! Saya mendapatkan iPad pertama saya hari ini. Saya dah bersiap dan sedang bekerja di halaman rumah dan kemudian bila saya ke dapur saya ternampak bungkusan yang ditempah. Ia adalah iPad!”
Dia menambah lagi, “Saya sangat teruja, selama ini hanya anak-anak saya yang memilikinya. Ini baru hari yang hebat! Selama ini saya hanya ada sebuah telefon kecil, tetapi sekarang iPad ini berada di tangan saya dan saya merasa hidup saya berubah ketika kita bercakap dan saya sangat teruja.”
Rata-rata peminat berkongsi rasa gembira mereka kepada Britney yang ketika ini dalam kemelut perjuangan untuk menamatkan tugas ayahnya sebagai conservator. Selama 13 tahun sejak 2008, ibu kepada dua anak ini tidak memiliki akses langsung kepada sumber kewangan dan juga penjagaan kesihatan buat dirinya. Ini rentetan dari arahan mahkamah yang merasakan Britney tidak mampu menguruskan dirinya sendiri ketika itu.
Ads
Penyanyi yang kini berusia 40 tahun itu nampaknya benar-benar nekad untuk bebas dan tidak lagi dikongkong sesiapa. #freebritney
Sumber: Instagram Britney Spears
Ads
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Mira Filzah berkongsi reaksinya sewaktu merakamkan episod terakhir program televisyen popular, Nona yang ditayangkan pada minggu lalu.
Menurut Mira, dia berasa amat bersyukur kerana segala proses rakaman tersebut telah pun berlangsung dengan jayanya meskipun ia hanya dijalankan di rumah.
“Minggu lepas adalah episod terakhir Mira bersiaran untuk Nona 2021. Itu pun record sendiri moderator link dekat rumah, kita lah tekan camera, kita cakap action, kita cakap cut. Hehe.
“Alhamdulillah, selesai sudah episod akhir. Mira mula pengambaran episod pertama Nona pada Disember 2017, dan episod akhir pada Julai 2021,” tulisnya.
Katanya lagi, selepas hampir empat tahun bersiaran bersama program berkenaan, mungkin kini sudah tiba masanya untuk dia beralih angin dan mencuba sesuatu yang baru.
“Perancangan awal Mira bersama pengurus, Mira pernah beritahu dia pada awal tahun 2021 yang lepas, mungkin tahun ini tahun terakhir Mira bersama Nona. I want to focus on something else next year.
“Hampir 4 tahun Mira bersama Nona, Mira rasa Mira terlalu selesa. Bukan tidak sayang atau tidak suka, cuma mahu memberi peluang pada orang lain dan membuka ruang pada diri untuk mencuba perkara baru.
“Walaupun kontrak habis lima bulan awal, Mira terima dgn hati yang terbuka. In fact, I am happy! Alhamdulillah! Allah knows what is the best for you and when it’s best for you!
“Program Nona adalah satu program majalah TV Wanita yang bertahan paling lama. Untuk episod baru hari ini, Mira ada record sendiri video kata kata akhir untuk Nona episod baru awal Ogos,” katanya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Sangkar itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Mengakui skill pengacaraannya masih banyak yang boleh diperbaiki, namun, Mira tetap meluahkan rasa bangga dengan pencapaian yang telah diraihnya selama ini.
“Mira faham kita semua mempunyai pendapat yang berbeza, ada yang kurang setuju dengan penyampaian Mira namun Mira hormat pandangan anda semua. Mira akui Mira tidak lah handal dalam bidang pengacaraan, tapi Mira dapat bertahan lama di program ini! Hampir 4 tahun. To be exact 3 tahun 8 bulan! Wahhhh.
“I’m proud of myself!! And thank you to those who always encourage me to be better at it! Pada awal penglibatan, ingat dapat bertahan setahun atau dua sahaja. Rupanya lebih lama! Hehe. Alhamdulillah,” jelasnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Mira turut dilihat menitipkan ucapan penghargaannya buat seluruh team produksi selain turut memberikan kata-kata semangat buat pengacara baru program tersebut, Amyra Rosli.
“Anyways, I am blessed and thankful untuk setiap pengalaman Mira bersama Nona. Seronok sangat! Dah mcm satu family. Thank you kakak @lina_nekmat cayaanggg for everything. Muahh.
“Thank youuuuuuu Nona TV3. Muahh. Thank you for the tribute too! Aaaahhh baru rasa sedihhh. Jangan lupa saksikan episod pertama, hos baru cantik kita @aamyrarosli jam 2 petang ini di @tv3malaysia!,” akhirinya.
Untuk makluman, Amyra telah pun memulakan pengacaraannya bersama Nona untuk episod pertama yang telah pun pada hari ini.
Sumber: Instagram Mira Filzah & Amyra Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Amylea Azizan memaklumkan tahap kesihatan bapanya kini tidak berada dalam keadaan yang baik selepas dimasukkan ke hospital sejak seminggu yang lalu.
Jelas Amylea baru-baru ini, pihak doktor juga telah pun berhubung dengan ibunya untuk membincangkan mengenai sebarang kemungkinan yang akan berlaku kepada bapanya itu.
Katanya lagi, doktor juga memaklumkan peluang untuk bapanya kembali sembuh juga difahamkan agak tipis.
“My dad’s condition makin menurun hari ni. Doktor dah panggil mama to talk about what we are expecting.
“Chances untuk dia baik tu tipis dan sekarang hanya keajaiban sahaja. I’m numb,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Tak Pernah Hilang itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Amylea turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama mendoakan agar bapanya itu kembali pulih seperti sedia kala.
“Mohon semua mendoakan, sedekahkan bacaan Yassin untuknya dan pada yang mengenali dia, maafkan ayah saya sekiranya ada dosanya dengan kalian,” ujarnya lagi.
Menin di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Amylea.
“Allahuakbar, semoga Allah angkat segala sakit uncle. Amin.
“Mendoakan yang terbaik for you and family babe. May Allah ease everything for you.
“Semoga diringankan bebanmu dan ahli keluarga.
“Moga ada keajaiban for your father,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Terdahulu, bapa kepada Amylea telah pun dimasukan ke Institut Jantung Negara dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) selepas mengalami beberapa komplikasi disebabkan jangkitan kuman.
Sumber: Instagram Amylea Azizan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya sebentar tadi.
Bayi lelaki berkenaan difahamkan telah selamat dilahirkan tepat jam 1.48 petang.
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...