Ads

“Saya Tak Pandai Buat Kejutan Tapi…,” – Indah Sungguh Dedikasi Aepul Roza Sempena Hari Jadi Isteri Tersayang, Semoga Till Jannah

Tak sangka ya, vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza ini romantik orangnya!

Kisahnya, dia muat naik foto berserta kapsyen bersemut habis di laman Instagram bersempena hari lahir isterinya, Leez Rosli, hari ini.

“Saya tidak pandai membuat kejutan tapi ketahuilah bahawa saya sangat sayangkan awak. Dalam semua perkara yang biasa saya lakukan, semuanya saya buat demi kasih sayang saya kepada awak.

Ads

“Dalam semua permintaan awak yang saya dengar, saya cuba lakukan yang terbaik untuk melaksanakannya.

“Dalam semua kebaikan yang awak lakukan untuk saya walaupun kecil, saya amat hargainya. Dalam setiap dugaan yang saya hadapi, awaklah penguat semangat saya.

Ads

“Selamat hari lahir, wanitaku, terima kasih kerana menerima saya. I do,” tulisnya.

Ads

Pasangan itu berkahwin Disember 2014 lalu dan dikurniakan seorang bayi perempuan, Nur Saffiya Alisha, 2 tahun.

Foto/Instagram: Aepul Roza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Banyak Rezeki Lain Di Muka Bumi Ini,” – Ditawar RM500,000 Tapi...

Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.
error: Hello. Cannot.