Penyanyi, Wani Kayrie akui agak ragu-ragu bila pertama kali ditawarkan untuk membawakan lagu Berakhirlah Pencarianku bersama Ahmad Syafiq bagi menggantikan penyanyi asal, Ernie Zakri dan Hafiz Suip di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37).
Bagaimanapun, Wani menyifatkan peluang ini sebagai platform terbaik bagi menguji kemampuannya dan Syafiq untuk menyanyi di pentas besar.
“Saya tahu mengenai perkara ini minggu lepas dan Syafiq pula, sehari sebelum pengumuman SFMM37. Ini perbincangan diantara label rakaman Nova Music dan Rocketfuel.
“Keputusan telah seratus peratus dipersetujui oleh pihak mereka dan komposer. Mulanya, saya ragu-ragu untuk menerima tawaran ini kerana ini lagu yang sangat berat. Reputasi penyanyi asal juga amat besar.
“Namun, kami melihat peluang ini dari sudut yang baik. Ia merupakan satu kepercayaan dan tanggungjawab buat kami,” katanya kepada MH.
Sementara itu, Ahmad Syafiq pula mendedahkan ada beberapa perkara yang bermain difikirannya sebelum memutuskan untuk menerima tawaran ini.
Ads
“Bila tahu yang saya harus menggantikan Hafiz Suip, saya ada terfikir juga macam mana kalau saya gagal untuk membawakan lagu ini nanti. Sudah tentu saya kena mengadap kecaman daripada peminat lagu ini.
“Namun, bila sudah berbincang dengan keluarga dan syarikat rakaman, lama kelamaan saya fikir ini merupakan platform yang sangat besar. Jadi, saya terima. Kalau bukan sekarang, bila lagi,” kongsinya.
Sementara itu, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah memberitahu, dia dan Syafiq akan bertemu dengan Ernie dan Hafiz bagi mendapatkan nasihat berkaitan lagu Berakhirlah Pencarianku.
Ads
“Kita ada masa dua minggu sebelum SFMM37. Ini pun kali pertama saya dan Syafiq berjumpa. InsyaAllah selepas ini mungkin kami akan berjumpa dengan Ernie Zakri dan Hafiz Suip untuk dapatkan nasihat.
“Ini juga kali pertama kami menjejakkan kaki di pentas SFMM37. Kami amat memerlukan nasihat mereka. Kita akan buat konsep yang agak minimal tetapi tetap berikan yang terbaik,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Wani tidak mahu terlalu selesa apabila pencipta lagu ini, Ikhwan Fatanna menganggap dia dan Syafiq mempunyai kualiti vokal yang tidak jauh beza dengan penyanyi asal.
Ads
“Saya boleh katakan vokal range saya lebih kurang sahaja. Saya pernah berguru dengan Ernie Zakri walaupun sekejap. Dia juga tahu range vokal saya macam mana.
“Keboleh Ernie adalah dari segi ‘head voice’ yang bagus dan suara saya pula besar tetapi strong juga. Saya kena tambah teknik untuk melembutkan suara saya bagi lagu ini.
“Saya tak nak merosakkan lagu orang. Namun, saya juga tak mahu jadi Ernie Zakrie nombor dua. Ada perkara yang harus saya seimbangkan. Itu antara cabarannya,” akhirinya.
Terdahulu, SFMM37 bakal berlangsung selama dua hari di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 25 dan 26 November ini, jam 3 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Tolong doakan untuk Abah saya. Lung tumor. Dengan berkat Nabi SAW semoga Allah kekalkan Abah sihat InsyaAllah.
“Semoga doa doa kalian dibalas balik dgn keberkatan dan sejuta kebaikan. InsyaAllah,” tulisnya.
Tambah penyanyi yang popular menerusi lagu Sumpah Cintaku ini lagi, bapanya kini telah dinasihatkan untuk berehat dan tidak lagi melakukan kerja-kerja berat.
Katanya lagi, dia juga akan mengambil alih tanggungjawab untuk menjaga keluarganya selepas ini.
“Bismillah. Bukan mudah. Sungguh. Biasa kita lihat dia ligat bekerja. Ke sana ke sini melayan kerenah keluarga. Harini abah duduk dan rehat sahaja lah. 38 tahun abah khidmat untuk Apan.
“Bertahun tahun Abah khidmat nak membesarkan kami sekeluarga. Kalini bagi lah kami khidmat untuk abah dan mama pula,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa simpati selain turut mendoakan semoga bapa Asfan akan segera diberikan kesembuhan.
“Allahuakbar. Semoga diberikan kesembuhan dan kembali sihat.
“Semoga Allah angkat sakit abah. Sayang abah.
“Semoga pakcik segera sembuh dan kembali cergas.
“Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan Arsy yang agung. Semoga Dia menyembuhkanmu Abah. We love you,” antara komen-komen di Instagram.
Apapun, kami di MH mendoakan semoga Asfan sekeluarga diberikan kekuatan bagi menempuh detik sukar ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Asfan Shah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Zarina Zainuddin sering kali berkongsikan aktiviti seharian dengan dua anak kembarnya iaitu Azal dan Azil menerusi platform media sosial bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai autism.
Terbaharu, menerusi video yang dikongsikan pengarah Sharulezad Mohameddin atau Budak Ijat menarik perhatian netizen apabila ramai mengatakan tidak dapat menahan tawa melihat keletah spontan Azal saat diwawancara ibunya sendiri.
Ia disifatkan ‘plot twist’ yang tak disangka-sangka pada pengakhiran video, yang mana di permulaan rakaman dimulakan dengan ‘babak’ sedih menunjukkan Zarina menjelaskan dia sentiasa merakam video tentang anak-anaknya bukan untuk tujuan content di media sosial semata-mata.
“Selalu saya buat video, orang kata buat content. Itu bukan content. Sebenarnya, apa yang berlaku di rumah bukan semua saya gambarkan pada video itu,” kata Zarina.
Tidak semena-mena, Azal kemudiannya tidak dapat menahan apabila ‘melepaskan gas’ ketika sesi rakaman itu berlaku sebelum disedari Zarina yang menyergah, “Azal kentut ke?!”
Lantas dijawab Azal, “Alamak, kentut.. ada oksigen dan bakteria.”
Rata-rata netizen dan rakan artis yang melihat video itu mengatakan mereka terhibur dengan perlakuan spontan Azal.
“Aduhai, gelak pecah perut aku tengok klip ni. Mula-mula dah sedih dah tapi hujung-hujung itu alahai bertuah punya anak. Hahahahaha,” tulis Budak Ijat.
“Hahahhahhahahahahah Azal, Azal kelakarlah. Anak-beranak ni memang cute tau!!!,” tulis pelakon Nabila Huda.
“Hahahahhahaha Kak Ina, alahai Azal comellah awak ni alahai Azal,” coret pelakon Ruzana Ibrahim.
“Ala baru nak sedih, tak jadi. Masuk balik air mata.
“Hahahahaha baru saya nak menitiskan air mata, terus tergelak tak jadi menangis.
“Ada oksigen dan bakteria hehehehe.. comellah. Anak buah saya pun autism. Pandai je. Dorang suka buat lawak bila kita sedih,” komen sebahagian netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebentar tadi, Gerakan Tanah Air (GTA) telah pun mengumumkan parti mereka akan bertanding di lebih 121 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Antara nama yang menjadi tumpuan termasuklah pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham.
Dalam pengumuman di Pusat Konvensyen Bangi, Ahmad Idham bakal merebut kerusi Parlimen Port Dickson manakala Eizlan dicalonkan di Parlimen Sabak Bernam.
Eizlan ketika ditemui, berkata beliau pada awal tidak meletak sebarang harapan untuk dicalonkan walau pun dilantik sebagai Ketua Penerangan Pejuang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebelum ini.
“Ini adalah satu tanggung jawab besar yang harus saya pikul demi bangsa dan negara.
“Saya harap pembabitan saya di dalam politik memberi manfaat kepada semua, terutama Parlimen Sabak Bernam yang saya wakili,” katanya.
Selain dua selebriti itu, pelakon, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando turut dicalonkan bagi Parlimen Tanjung Karang.
Dalam pada itu, Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemilihan ini kerana mereka mempunyai berintegriti, berpengalaman dan layak mewakili rakyat.
“GTA adalah gerakan Melayu yang sayangkan negara dan mahu melihat dibangun pesat, maju dan rakyat mendapat nikmat sama rata. Kalau rakyat beri peluang kepada GTA, banyak nikmat yang boleh diperolehi,” kata beliau.
Dalam majlis sama, seramai 121 calon mewakili Pejuang, Gagasan Bangsa, Putra dan Berjasa serta calon individu diumumkan.
Malah beberapa lagi nama sedang dipertimbangkan dan akan diumumkan kelak.
Proses penamaan calon diadakan pada 5 November ini dan PRU15 pada 19 November depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...