Usahawan terkenal, Datin Rita Sosilawati mengumumkan dirinya bakal menerbitkan filemnya sendiri tidak lama lagi.
Menurut Rita, segala persediaan telah pun dia lakukan bagi mempersiapkan dirinya untuk menjadi seorang produser yang baik dan berilmu.
“Ketika ini, saya sedang dalam rangka perancangan untuk menerbitkan sebuah filem. Saya sudah pun menyertai kelas dan mendapatkan lesen daripada pihak Perbadanan Filem Nasional (FINAS).
“Saya masih lagi dalam proses pembelajaran kerana saya tidak mahu membuat sesuatu perkara itu tanpa ilmu. Saya tak nak main terjah sahaja. Saya akan sentiasa mengkaji dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
“Pemilihan genre filem masih lagi di peringkat perbincangan. Sudah ada dua hingga tiga jenis genre yang kami sedang pertimbangkan. Sekiranya tiada aral melintang, filem tersebut akan ditayangkan pada tahun ini atau tahun hadapan,” katanya kepada MH.
Ibu kepada empat orang cahaya mata itu berkata sedemikian dalam satu temuramah bersama MH baru-baru ini.
Katanya lagi, dia juga sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan selepas menerbitkan filemnya nanti.
Ads
“Saya sedar akan situasi bisnes panggung wayang yang tidak menentu sejak fasa pandemik ini. Tetapi sebelum filem saya dilancarkan nanti, sudah pasti pihak saya akan mengakaji terlebih dahulu.
“Kalau tidak ditayangkan di panggung wayang, mungkin filem saya nanti boleh ditayangkan di platform-platform penstriman. Kalau filem itu tak dapat jual pun, kita akan fikir cara untuk survive supaya dapat balik modal. Saya juga seorang usahawan dan sudah tentu saya nakkan keuntungan.
“Pembikinan filem memang memakan kos yang tinggi tetapi saya akan tetap mengutamakan kualiti dan mengikut kehendak saya. Saya tidak mahu hanya sekadar membuang duit semata-mata nak keluarkan filem.
Ads
“Hujungnya nanti saya juga yang menanggung akibatnya,” katanya yang menjadikan Datuk Yusof Haslam sebagai idola di dalam dunia penerbitan filem.
Ketika ditanya adakah dia sudah bersedia untuk dikritik andai ada mana-mana pihak yang kurang senang tentang penglibatannya didalam industri filem, Rita menjawab perkara seperti itu sudah menjadi lumrah buat dirinya.
“Kalau kita merupakan orang yang dikenali, memang lumrah jika kita ditempelak tetapi kita kena tahu apa pegangan kita yang sebenarnya. Kita juga kena tegas dengan pendirian dalam apa jua yang kita lakukan.
Ads
“Kalau saya dah bersedia untuk menjadi seorang produser, bermakna saya juga dah bersedia untuk dihentam. Perkara itu memang sudah biasa bagi saya. Sama ada anda suka atau tidak, ini adalah kehendak saya,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Rita baru sahaja dilantik sebagai duta syarikat pembekal utama barangan elektik, rumah dan peralatan dapur, ESH sempena kempen ESH Raya 2022.
Rita dan ESH bakal mengadakan kerja-kerja tanggungjawab sosial (CSR) untuk menyampaikan perkakasan elektrik buat 200 buah keluarga yang terjejas akibat banjir di Terengganu, baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Datin Rita Sosilawati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Wanita asal Thailand yang kini menetap di Malaysia, Suraya Aqila yang tular khasnya di Tik Tok, kini tampil ayu berhijab sejak 1 Ramadan lalu.
Menerusi sesi ‘FB Live’ bersama Majalah Nona hari ini, dia yang sinomim disapa sebagai Kak Su atau ‘Mek Thai Viral’, memohon doa yang baik-baik daripada semua.
“Saya harap (bertudung) untuk selama-lamanyalah. Minta kalian doakan saya begini,” katanya yang mulai mengenakan tudung pada 1 Ramadan lalu.
Menerusi sesi sama, Suraya antara lain bercerita mengenai dirinya selain turut berkongsi status kesihatan nenek tersayang.
Dia berkesempatan menziarahi nenek yang uzur di Thailand selepas sempadan negara dibuka pada 1 April lalu.
“Buat masa sekarang alhamdulillah, nenek sudah pun sihat. Dah boleh makan, bercakap apa semua,” katanya.
Terdahulu, namanya diperkatakan ramai rentetan pemergian selebriti terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveeraoong.
Usahanya menjadi ‘translator’ bagi mengulas kes kematian bintang berkenaan di media sosial menarik perhatian ramai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anak kepada pasangan popular David Beckham dan Victoria Beckham, Brooklyn Beckham telah mengikat tali pernikahan dengan tunangnya, Nicola Anne Peltz. Brooklyn, 23, berkahwin dengan Nicola, 27, dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan rakan rapat keluarga sahaja.
Sehingga kini tiada satu pun penerbitan yang memperoleh gambar perkahwinan mereka berdua secara dekat melainkan hanya gambar jarak jauh hasil bidikan paparazzi.
Menurut laporan Mirror, pasangan merpati dua sejoli ini telah menandatangani perjanjian eksklusif bersama majalah fesyen terkemuka dunia, Vogue dengan memberi majalah tersebut hak sepenuhnya untuk merakam momen perkahwinan mereka.
Perkahwinan mereka bukan sahaja bakal dipaparkan di dalam majalah fesyen terkenal itu, bahkan pasangan ini dikatakan akan turut akan menghiasi muka hadapan majalah tersebut bagi penerbitan versi Amerika Syarikat di bawah kelolaan Anna Wintour dan juga versi United Kingdom di bawah kelolaan Edward Eninful.
Seperti yang semua sedia maklum, kedua-dua editor berpengaruh dalam dunia fesyen tersebut merupakan rakan karib kepada Victoria dan David Beckham.
Dalam perkahwinan itu, Nicola dilaporkan menggayakan busana rekaan jenama terkemuka Itali, Valentino. Gaun berona putih berlengan panjang itu dilengkapi layah dramatic yang menjadikan penampilannya lebih menawan.
Antara selebriti yang hadir ke majlis perkahwinan mereka adalah Eva Longoria, Gordon Ramsey, Mel C, Serena dan Venus William.
Sebelum berkahwin, Brooklyn dan Nicola telah menandatangangi perjanjian praperkahwinan bernilai lebih 3 juta pound. Perjanjian ini dilakukan bagi melindungi harta kekayaan keluarga Beckham yang dianggarkan bernilai 380 juta pound.
Namun begitu, perjanjian ini lebih kepada nomaliti sebuah perkahwinan kerana Nicola sendiri bukanlah calang-calang orangnya. Ayahnya, Nelson Peltz merupakan usahawan berjaya dengan kekayaan bernilai 1.3 bilion pound.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Indah Ruhaila hari ini berkongsi kisah lucunya bersama peminat di Instagram apabila bertanya sama ada pernah atau tidak memiliki persalinan harian yang selesa dipakai meski ia sudah koyak.
Perkara tersebut ditanya penyanyi lagu Pudar itu menerusi Insta Stories.
“Korang pernah tak ada baju rumah yang korang suka dan selesa sangat pakai walaupun dah koyak. I got one!,” tulisnya.
Di dalam status seterusnya, Indah memuat naik pakaian kesukaannya yang jelas memaparkan koyakan yang teruk.
“Hari ni dia dah pergi buat selamanya hahahaha! Sumpah la baju ni selesa dia tahap teruk tau. Last semalam cuci, tengok keluarkan dari washing machine dah makin parah.
“Abang gelak sampai pecah perut. Actually abang banyak kali dah suruh buang, tapi hari ni terpaksa buang sebab baju tu dah jadi roti kirai awak sedihnya. L ebih 10 tahun hidup bersama! & #RIPmycomfynightdress,” tulisnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...