Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris menjawab pertanyaan pihak media selepas dilihat agak sebak sebaik meminta juri tetap Gegar Vaganza 7 (GV7), Datuk Ramli MS untuk memberikan komen sejurus selesai membuat persembahan final, malam tadi.
Penyanyi senior itu menjelaskan, sebagai penyanyi yang sinonim dengan satu genre sahaja sebelum ini, dia cuba untuk belajar dan meletakkan pengarah muzik itu sebagai guru yang mendidik.
Pada masa sama, Noraniza atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ani menyifatkan Ramli (Tok Ram) juga tidak bias.
“Sebenarnya, kadang-kadang bila bersama dengan para bintang GV7 yang hebat ini, saya rasa sangat kecil. Saya tahu, saya penyanyi genre Irama Malaysia sahaja.
“Jadi bila penyanyi Irama Malaysia nak menyanyi genre berbeza daripada sebelumnya, ini adalah satu proses pembelajaran yang mungkin orang luar tidak tahu. Jadi kadang-kadang rasa down… macam-macamlah rasa.
Ads
“Bila saya minta Tok Ram untuk berikan komen dan pendapatnya itu, memang betul saya mengenalinya sejak di bangku persekolahan, baru nak jadi penyanyi.
“Pernah juga dia jadi penerbit album, arrange muzik dan sebagainya. Akan tetapi, Tok Ram dia tidak bias.
“Kalau kita bagus, dia akan cakap bagus dan begitulah sebaliknya. Sebab itulah saya meletakkannya dia sebagai mentor yang mendidik bintang GV,” katanya.
Ads
Sementara itu, bintang ini turut mendedahkan perjalanannya selama 10 minggu di GV sesuatu yang memberi bermakna.
“Meski saya pernah dapat pengiktirafan sebelum ini, ia tidak sama dengan GV. Setiap minggu tugasannya berbeza dan kita belajar.
Ads
“Bila orang luar kecam tu, kadang rasa sedih. Biasalah sebagai manusia, ada masanya kita rapuh juga,” katanya yang diumumkan sebagai pemenang tempat keempat.
Terdahulu, Noraniza meminta pandangan juri tetap itu terhadap sepanjang tempoh pembelajarannya di GV7 dan Tok Ram merumuskan Noraniza sebagai penyanyi yang sangat tekun.
Foto: Astro (Azrul Rafie)
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya yang telah meninggal dunia pada 5 tahun lalu.
Ebit berkongsi momen ketika menziarahi pusara arwah ibunya ketika pulang ke kampung halaman dan turut mengimbau kenangan manis bersama.
“Lalu kampung singgah ziarah kubur mak. 5 tahun kita berpisah. 29 Nov 2015. Rindunya. Ya Allah. Menangis rindu. Macam mana keadaan mak disana. Ya ALLAH Ya Maha Baik. Inilah mak cinta hati.
“Selalu usap dan cium kepala saya. Dan selalu cakap, kasihan ebit. Sabar yer nak. Jangan sedih yer anakku. Allah kan ada. Jagakanlah mak. Hadiahkan mak syurga FirdausMu.
“Yer mak, ebit akan teruskan usaha ini sampai kita dikumpulkan kembali dapat bersama disana.
“Ya Allah jika ada pahala untuk apa sahaja yang aku lakukan, aku hadiahkan buat mak yang tercinta. Sihatkan ayahku.
“Dunia ini sementara akhirat selamanya. Mereka pergi dulu, nanti kita akan berkumpul bersama mereka orang yang kita sayangi. Akhirat kehidupan yang sebenarnya,” tulisnya panjang lebar.
Foto: Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Radin Era mencuri perhatian selepas membuat kejutan istimewa sempena hari lahir teman wanitanya yang dikenali sebagai Azlina Idris.
Menerusi perkongsian di Instagram stories, Radin dilihat sejak awal pagi telah membawa teman wanitanya itu ke sebuah lokasi rahsia.
Rupa-rupanya kejutan yang ingin dilakukan oleh Radin itu adalah untuk membawa teman wanitanya itu menaiki belon udara panas yang disewa khas bersempena hari istimewa tersebut.
Dengan menaiki belon panas tersebut, Radin dilihat membawa teman wanitanya itu menikmati pemandangan pagi bandar raya Kuala Lumpur.
Menurut Azlina, dia berterima kasih kepada penyampai radio Era itu kerana telah merialiasikan impian yang disimpannya sejak sekian lama.
“Thank you so much sayang Radin Era for making my wish list came true today.
The best birthday surprise ever. I had a blast.
“What a day to remember. I love you so much sayang,” tulisnya di Instagram stories.
Terdahulu, menerusi laporan Berita Harian, Radin dikatakan telah menangguhkan hasrat untuk melangsungkan perkahwinan bagi memberi tumpuan terhadap kesihatan ibunya.
Sumbe: Berita Harian, Instagram Radin Era & Azlina Idris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah hampir tiga minggu berteka-teki, pelakon, Faye Kusairi akhirnya mendedahkan wajah anak keduanya itu untuk tatapan umum buat pertama kalinya sejak dilahirkan pada 15 Disember lalu.
Bersama posting berkenaan, Feye turut mendedahkan dia dan suami telah sepakat untuk menamakan puteri mereka itu Asha Azmi.
Bagaimanapun, Faye memaklumkan, bayi perempuannya itu masih lagi mengidap demam kuning namun kadar bacaannya sudah mulai menurun.
“Assalamualaikum semua. Kenalkan, our newest edition of the family. Our little angel, Asha Azmi, adik kepada Alif Azmi. Asha still jaundice tapi semalam check, reading dah turun sikit. Alhamdulillah,” tulisnya.
Pengumuman tersebut dibuat oleh pelakon drama, 7 Hari Mencintaimu 2 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan mengenai kesihatan diri dan juga bayinya itu.
“Terima kasih semua yang mendoakan Asha & Mommy. Moga-moga kalian dibalas dengan segala kebaikan didunia dan akhirat serta dirahmati oleh الله SWT. Aamiin!,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan rasa teruja selain turut menitipkan doa semoga Faye dan anaknya itu kembali sihat seperti sedia kala.
Terdahulu, Feye kini dilaporkan sedang menjalani rawatan susulan selepas diserang Bell Palsy atau pun kelumpuhan pada otot muka kira-kira awal bulan lalu.
Untuk rekod, Faye telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Azmi Hatta pada tanggal 9 April 2017 dan telah pun terlebih dahulu dikurniakan sorang anak lelaki yang diberi nama Alif Azmi.
Sumber: Instagram Feye Kusairi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...