“Saya Tahu Ramai Tak Puas Hati Ending,” – Bakal Jalani Penggambaran, Datuk Adi Putra Maklum Bakal Ada Telemovie Aku Yang Kau Gelar Isteri

Share

Pelakon, Datuk Adi Putra ada berkongsi khabar gembira untuk penonton setia drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri yang pernah disiarkan di saluran TV3.

Dalam pada itu, Adi mengakui ramai yang kurang senang dan berpuas hati penamat jalan cerita drama tersebut.

Lalu, pelakon berusia 40 tahun ini memaklumkan drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini bakal menemui penonton dalam versi telefilem tidak lama lagi.

“EZLAN kembali!!! Saya tahu ramai tak puas hati ending crita AKU YANG KAU GELAR ISTERI.

“Now its the finale in telemovie. Coming Soon!!! @tv3malaysia @tanahberisfilmproduction

#akuyangkaugelaristeri,” tulisnya.

Sekadar informasi, drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Aznah Hamid dan ramai lagi.

Sebelum ini, drama rantaian 15 episod yang berkisahkan amalan syirik dalam rumah tangga itu telah disiarkan di slot Samarinda, TV3 beberapa bulan yang lalu.

Foto: Instagram Datuk Adi Putra

IKLAN