Penyanyi Aina Abdul tidak keberatan untuk mengakui dia pernah mencari rezeki di premis hiburan seperti di pub dan kelab malam selama empat tahun.
Menurut Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani,28, dia mempunyai sebab tersendiri membuat persembahan di lokasi sedemikian.
“Saya memang dulu menyanyi di ‘gig’, kelab malam dan pub. Ada yang komen yang seolah-olah saya mempromosikan soal menyanyi di kelab malam. Bab ini, saya memang ada pendirian sendiri.
“Setakat ini saya tidak terganggu dengan komen-komen mengkritik sebab menyanyi di sanalah memberikan lebih rezeki, wang ringgit untuk teruskan hidup. Itu sahaja cara yang saya ada dulu.
“Benda itu nampak macam ‘hina’ tapi saya sebenarnya bila menyanyi dekat kelab, saya masuk (menyanyi) dan saya keluar,” katanya.
Ads
Aina yang kini muncul dengan single baru, Sepi menambah, dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak mengenai perkara tersebut.
“Memang tidak boleh nak puaskan hati semua orang atas apa yang saya buat, tapi saya tahu apa pegangan hidup dan tahu apa yang saya buat kat dalam tu. Saya menyanyi di kelab dari umur 23 hingga 27 tahun.
“Hampir setiap hari buat persembahan meski ia bukanlah secara kontrak. Saya menyanyi sekiranya ada permintaan. Kalau hari minggu saya mula menyanyi sekitar jam 10.00 malam hingga waktu maksimum jam 1.00 pagi,” katanya.
Ads
Aina terdahulu ditemui pada majlis kerjasamanya bersama produk Trulooks, Truskin di Le Meridien, Putrajaya pada Jumaat.
Dipilih sebagai wajah untuk kempen produk terbaharu Truskin, Aina mengakui rasa teruja dan terharu atas kolaborasi tersebut memandangkan dia sendiri merupakan pengguna setia jenama berkenaan sejak beberapa tahun lalu.
Ads
“Saya sudah menggunakan produk ini sejak dua tahun lalu. Pada mulanya pihak mereka hantar sebagai hadiah. Apabila saya mencuba pelembap diberikan, saya berasakan ia serasi dengan kulit saya.
“Saya suka dengan hasilnya sebab saya bersolek hampir setiap hari dan membuatkan mekap yang diaplikasi lekap pada. Alhamdulillah, sejak itu kulit saya pun menunjukkan perubahan.
“Meski ia tidak drastik, tetapi saya percaya kepada perubahan yang perlahan, tetapi konsisten pada masa sama,” katanya yang mahu mendidik pengguna yang ada masalah kulit sama sepertinya,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas muncul dengan dua single iaitu Bertahan pada Oktober dan Terbang Tinggi, Fhan atau nama sebenarnya, Muhammad Farhan Alias Fahn,31, kini muncul dengan single berjudul Terang.
Single yang dilancarkan sejak 5 Mac lalu itu merupakan lagu ciptaan Lucka Sickta dan lirik oleh Asyraf Nasir, Lucka Sickta dan Han Kabir itu.
Berkolaborasi dengan dengan Bella Iris, Fahn bermula sebagai penyanyi dan rapper profesional tahun lalu pada usia 30 tahun.
“Bagi saya untuk berkarya tak semestinya usia muda. Berkarya bila-bila saja boleh. Sebab saya nak ekspresikan perasaan dan mesej dalam lagu untuk beri motivasi kepada pendengar dan nak beritahu apa yang berlaku di sekeliling kita. Dalam erti kata lain nak mendidik mereka menerusi lagu.
“Sebab itu menerusi lagu pertama dan kedua lebih kepada mesej situasi yang dihadapi dalam negara sekarang iaitu lagu Bertahan lebih kepada situasi Covid-19 sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan pertama tahun lalu dan Terbang Tinggi pula khas untuk mereka yang terbabit dalam bidang penerbangan yang terkesan.
“Sementara single terbaharu, Terang pula didedikasikan kepada semua untuk mencapai lebih baik dalam kehidupan di mana kena berusaha, tapi dalam perjalanann itu akan berdepan cabaran. Apa-apa pun jangan putus asa.
“Jadi, bagi saya pekerja apa pun kena ada usaha dan matlamat,” katanya.
Fhan berkata, lagu Terang itu sedikit sebanyak diambil daripada pengalaman yang melalui liku liku dan jatuh bangun dalam kehidupan termasuk perniaagaan diusahakan.
“Lagu terang ini juga berdasarkan pengalaman saya yang mana pernah melalui liku-liku kehidupan turun dan naik dalam kerjaya. Sebab saya buat banyak kerja bukan saja terbabit dalam bidang muzik tapi juga sebagai jurugambar, juruvideo dan pereka hiasan dalaman. Pendek kata pelbagai kepakaran.
“Kiranya, insiden kena tipu adalah biasa seperti klien tak nak bayar walaupun kerja sudah disiapkan. Perkara seperti ini yang buatkan saya tampil dengan lagu Terang. Walaupun sudah terkena, tapi jangan putus asa, sebab terang akan datang,” katanya.
Fhan yang turut mempunyai syarikat hiasan dalaman, Petapattern Studio sejak empat tahun lalu berkata, dia pernah ditipu puluhan ribu ringgit.
“Soal kena tipu dalam perniagaan ini sudah banyak kali terkena mencecah puluhan ribu juga. Namun, ini semua mematangkan saya untuk lebih kenal kehidupan.
“Ada juga jumpa orang yang hanya pandai sembang, tapi akhirnya dia ‘sapu’ sendiri. Orang seperti Ini buatkan saya lebih berhati-hati dalam nak bekerjasama, berkawan dan sebagainya.
“Sejak menubuhkan syarikat hiasan dalaman ini diakui perlukan pelaburan besar. Alhamdulillah, melihatkan hasilnya sekarang saya berasa berbaloi dan boleh nampak peningkatan.
“Ia semua berkat usaha dan tak putus asa. Bermula dengan kecil-kecil, syukur sehingga sekarang sudah ada klien membabitkan projek besar,” katanya.
Berkongsi mengenai kerjaya muzik, Fhan yang meminati genre Hip Hop menjadikan legenda duo rapper, Too Phat sebagai idola selain beberapa bintang rapper antarabangsa lain.
“Saya minat rap sejak dari tingkatan satu lagi. Ketika itu saya memang layan lagu-lagu Too Phat. Kiranya rap dekat dengan jiwa saya. Bukan apa, apabila menjadi rapper kita boleh bercerita dan ekspresi perasaan menerusi lirik lagu itu.
“Saya menganggap menjadi rapper ini adalah bakat semulajadi begitu juga dengan kerjaya sebagai jurufoto dan juruvideo. Semuanya disebabkan minat dan akhirnya menjadi. Melainkan sebagai pereka hiasan dalaman yang mana saya memang belajar.
“Selain Too Phat, saya juga mengidolakan Altimet selain generasi baru seperti Lucka Sickta. Kalau luar negara seperti Lupe Fiasco,” katanya.
Menurut Fhan, disebabkan minat mendalam itu dia berasakan tidak ada yang mustahil untuk dirinya terus melangkah jauh dalam bidang muzik biarpun perlu bersaing dengan penyanyi atau rapper muda.
“Menjadi orang yang memiliki kebolehan pelbagai sangat berbaloi. Inilah usaha saya buat untuk ada kemajuan dalam hidup. Zaman sekarang tak boleh satu benda saja, sebab tak tahu mana bidang yang akan pergi. Semua benda yang kita buat akan ada percaturan yang Allah dah letak.
“Masuk bidang muzik, saya nak membina nama dan sampaikan mesej dalam lagu untuk orang dekat dengan bisnes dan karya saya. Dalam soal persaingan, bukan lebih persaingan tapi lebih kepada mesej apa yang nak disampaikan. Rapper lain bukan pesaing kerana setiap orang ada kelebihan dan keunikan masing-masing.
“Disebabkan muzik adalah minat saya, saya menyasarkan setiap tahun akan ada beberapa lagu,” katanya.
Lagu Terang sudah boleh distrim dan didengar di semua pelantar muzik digital dan video muzik boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Umat Islam di seluruh dunia telah pun memulakan ibadah puasa mereka untuk hari yang pertama, beberapa hari lalu.
Meskipun negara ketika ini masih lagi berdepan dengan wabak Covid-19, namun kedatangan bulan Ramadan tetap disambut meriah oleh seluruh umat Islam di negara ini khususnya.
Selain dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti ibadah, Ramdan pastinya sinomin dengan kemeriahan bazar yang menjual pelbagai juadah berbuka setiap tahun.
Bagaimanapun, bagi sesetengah pengusaha bazar, keadaan ribut dan banjir kilat yang melanda Lembah Klang baru-baru ini juga pasti memberi ujian hebat buat mereka yang baru sahaja ingin memulakan perniagaan pada menjelang 1 Ramadan lalu.
Malah, ada foto dan video daripada orang awam turut tular di media sosial, merakamkan beberapa gerai yang roboh serta makanan jualan mengalami kerosakan.
Insiden berkenaan nyata menyentuh hati ramai pihak termasuklah penyanyi dan pelakon, Adibah Noor.
ya Allah. permudahkanlah urusan mereka, tabahkanlah hati mereka, dan berikanlah mereka keuntungan berlipatkali ganda di hari2 yg mendatang https://t.co/GLWwYgnDRo
Menurut Adibah, dia berharap agar para peniaga yang terkesan diberikan kekuatan.
“Ya Allah, permudahkanlah urusan mereka. Tabahkanlah hati mereka, dan berikanlah mereka keuntungan berlipatkali ganda di hari-hari yang mendatang,” tulisnya menerusi sebuah ciapan di laman Twitter miliknya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sama selain mendoakan semoga para peniaga terlibat dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Sumber: Twitter Adibah Noor
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.