Pelakon Zalif Sidek berkongsi cabaran yang dilalui bersama bakal isteri, Anis Marzuki sebelum mendirikan rumah tangga pada 26 Februari depan.
Menurut Zalif, dia kini sedang bekerja keras demi keluarga yang bakal dibina bersama wanita pilihan berusia 24 tahun itu.
Jelasnya lagi, sehingga kini juga mereka masih belum berpeluang untuk bertemu secara formal.
“Kalau nak dikongsikan mengenai cabaran, sudah tentulah ia melibatkan soal kerana kerana alhamdulillah sekarang ramai yang sudah mulai keluar bekerja seperti biasa.
“Kami juga menjalani perhubungan jarak jauh. Setakat ini kami masih belum berjumpa, hanya berhubung melalui telefon sahaja.
“Begitulah seadanya dan saya sendiri tidak tahu keadaan selepas berkahwin itu bagaimana. Harapnya semua berjalan dengan baik,” kata Zalif.
Ads
Dia yang kini sedang dalam penggambaran drama terbaru, Bunga dan Kayu ini turut mendedahkan, majlis raja sehari juga akan dilangsungkan secara sederhana.
“Malah majlis perkahwinan pun bakal dilangsungkan secara sederhana. Kita tak tahu juga situasi alan datang macam mana, dengan fasa pandemik dan sebagainya.
“Jadi kami sepakat untuk tidak terlalu melabur untuk kahwin. Biarlah bila lepas nikah, kami ada bajet untuk meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.
“Misalnya untuk pergi berbulan madu dan sebagainya,” katanya yang lebih memilih untuk ke mana-mana destinasi percutian tempatan sebagai lokasi bulan madu.
Percaya kepada jodoh, Zalif, 36, turut menjelaskan mengenai perjalanan cintanya yang pernah mencuri perhatian ramai sebelum ini.
Ads
“Jujur cakap sejak kenali dia, kami belum pernah jumpa. Hanya bertentang mata sahaja. Anis ialah kawan baik kepada sepupu. Malah sebelum bapa saya meninggal dunia, dia ada datang rumah dua kali.
Ads
“Malah pernah juga saya bertemunya di majlis anjuran sepupu dan kami berkenalan. Jadi selepas arwah bapa pergi… ibu saya banyak yang kongsikan mengenai keperibadian bakal isteri kepada saya.
“Kemudian pada satu malam saya sembahyang sunat istikharah. Ketika itu keadaan sukar digambarkan. Keesokan harinya saya beritahu pada ibu mengenai keputusan saya, ‘proceed’ dan hantar cincin.
“Saya percaya inilah ketentuan dariNya, begini jodoh saya. Tak pernah terfikir begini sebab sebelum ini saya adalah juga berkawan dan minta restu ibu. Cuma dia berharap agar bakal isteri bukan di kalangan artis.
“Bagi saya ini sudah jodoh dan ‘pengganti’ ahli keluarga saya yang baru kehilangan bapa sebelum ini, insyaAllah,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Tengok ayam pasti rasa nak muntah,” kata pelakon Farah Nabilah menerusi Harian Metro apabila ditanya mengenai alahan yang di alami pada awal kehamilan.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kini tidak lagi alami alahan teruk.
Terdahulu, bintang berusia 28 tahun ini Farah diijabkabulkan bersama juruterbang, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember tahun lalu.
“Pada peringkat awal kehamilan saya langsung tak boleh tengok ayam. Padahal saya memang sukan makan ayam sebelum itu.
“Syukur sekarang tiada alahan teruk dan keadaan saya juga baik-baik saja,” katanya.
Sementara itu, Farah turut mengakui dia mendapati dirinya hamil sehari sebelum bertolak ke Maldives untuk berbulan madu pada Mac lalu.
“Alhamdulillah, minggu depan genap lima bulan usia kehamilan. Saya mula dapat tahu hamil sehari sebelum bertolak ke Maldives pada 9 Mac lalu,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, dia dan suami, Mohammed Amirul Yunus sebenarnya memberi masa enam bulan untuk mereka melayari bahtera rumah tangga sebelum fokus untuk menimamg cahaya mata.
“Namun, tak sangka rezeki datang secepat ini. Kami berdua sangat gembira dan teruja untuk menunggu anak pertama ini lahir.
“Insya-Allah, jika mengikut jadual saya bakal bersalin pada akhir Oktober depan. Doakan semoga semuanya dipermudahkan dan kandungan berada dalam keadaan selamat,” jelas Farah.
Terdahulu, pelakon ini mengumumkan mengenai berita itu menerusi Instagram, pada Rabu.
Penyanyi antarabangsa popular, Justin Bieber dikhabarkan bakal meneruskan konsert jelajahnya, Justice World Tour dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Justin, 28, terpaksa menunda beberapa siri konsert yang telah dijadualkan selepas dia disahkan menghidap penyakit Ramsay-Hunt Syndrome pada bulan lalu.
Justin akan terbang ke Itali untuk mengadakan persembahan di Itali pada 31 Julai ini sebelum kembali meneruskan jelajahnya ke negara-negara di Eropah, Amerika Selatan, Afrika Selatan, Timur Tengah, Asia, Australia dan New Zealand.
Terdahulu, penyanyi lagu Ghost itu mengejutkan peminat seluruh dunia apabila tiba-tiba mengalami lumpuh separuh wajah dipercayai serangan virus yang dikenali sebagai Ramsay Hunt.
Susulan penyakit itu, Justin terpaksa menunda beberapa konsert jelajah di lokasi pertama di Toronto, Kanada beberapa jam sebelum berlangsung.
Justin bakal menjayakan persembahannya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Oktober depan.
Tiket konsert ini habis terjual tidak sampai beberapa jam selepas ia dilancarkan pada 31 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sophia Albarakbah bakal bertemu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu hadapan susulan laporan polis yang dibuatnya berhubung kes buli siber dan gangguan seksual, baru-baru ini.