Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sebuah rakaman video litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan seorang guru didakwa telah mengasari pelajar asuhannya.

Memetik laporan Sinar Online, perkara itu terbongkar apabila bapa kepada kanak-kanak autisme itu memeriksa CCTV di premis berkenaan selepas menemui kesan lebam pada bahagian bahu sebelah kiri dan di kedua-dua belah mata anaknya.

“Periksa Dulu Lesen Operasi Perniagaan & Sijil Pentauliahan Guru,” – Sedih Isu Tular Libatkan Kanak-Kanak Austime, Ini Luah Rasa Ahmad Idham

Insiden tersebut nyata mengundang rasa amarah di hati ramai pihak yang kurang senang melihat cara kerja guru berkenaan.

Antara yang turut memberikan respon terhadap kejadian tersebut termasuklah pelakon dan pengarah terkenal, Dr. Ahmad Idham memandangkan dia juga mempunyai anak istimewa.

Menurut Ahmad Idham, setiap ibu bapa yang mempunyai anak istimewa haruslah bersikap lebih teliti terutamanya dalam soal pemilihan sekolah atau pusat asuhan buat anak-anak mereka.

IKLAN

“Bila terbaca isu ini, saya terpanggil utk memberi sedikit pandangan. Saya mohon para ibubapa yang ada anak istimewa agar pastikan pusat atau sekolah yang ingin dihantar mempunyai lesen yang sah dan guru yang bertauliah.

“Periksa dulu lesen operasi perniagaan dan sijil pentauliahan guru anak istimewa.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Pencuri Hati Mr. Cinderella itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Periksa Dulu Lesen Operasi Perniagaan & Sijil Pentauliahan Guru,” – Sedih Isu Tular Libatkan Kanak-Kanak Austime, Ini Luah Rasa Ahmad Idham “Periksa Dulu Lesen Operasi Perniagaan & Sijil Pentauliahan Guru,” – Sedih Isu Tular Libatkan Kanak-Kanak Austime, Ini Luah Rasa Ahmad Idham

IKLAN

Dalam pada itu, Ahmad Idham turut memaklumkan pengalamannya mengendalikan sekolah istimewa telah banyak memberikannya pendedahan berhubung isu tersebut.

“Pengalaman saya dan isteri mengendalikan sekolah untuk anak istimewa telah banyak mendedahkan kami kepada isu isu sebegini,” tulisnya.

Sekadar informasi, anak sulung kepada Ahmad Idham, Ahmad Firdaus merupakan seorang anak istimewa yang kini telah pun berusia 21 tahun.

IKLAN

Malah, Ahmad Idham dan isterinya, Amy Aziz turut telah menubuhkan sebuah sekolah pendidikan khas yang diberi nama Eden Firdaus School sejak tahun 2016 lagi.

“Periksa Dulu Lesen Operasi Perniagaan & Sijil Pentauliahan Guru,” – Sedih Isu Tular Libatkan Kanak-Kanak Austime, Ini Luah Rasa Ahmad Idham “Periksa Dulu Lesen Operasi Perniagaan & Sijil Pentauliahan Guru,” – Sedih Isu Tular Libatkan Kanak-Kanak Austime, Ini Luah Rasa Ahmad Idham

Terdahulu, guru wanita tersebut difahamkan telah ditahan oleh pihak polis pada Sabtu.

Dalam perkembangan lain, insiden berkenaan turut telah mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Negara mewakili OKU, Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Beliau menyarankan supaya kerajaan menyedia dan mewajibkan latihan khusus berkaitan penjagaan anak-anak autisme kepada guru atau penjaga pusat penjagaan kanak-kanak kurang upaya (OKU).

Sumber: Instagram Ahmad Idham & Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI