Pelakon dan anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz akhirnya mengakui hubungan cinta yang disemai bersama teman lelaki yang dikenali sebagai Yasser Khan sudah putus.Meski tidak mendedahkan tarikh dirinya putus kasih, namun bintang itu mengakui ia terjadi tahun lalu selepas lebih enam tahun menyulam cinta bersama.
Menyifatkan ada yang berlaku adalah suatu hal yang personal untuk dikongsi, Azira bagaimanapun mengakui pada masa ini dia hanya mahu memikirkan soal kerjaya dan punca perpisahan juga bukanlah kerana orang ketiga.
“Mana tahu saya ada cinta baru? Tidak adalah…Saya single dan ‘available’, kalau ada jodoh tak ke mana. Cuma ya, saya baru saja putus cinta, dalam tempoh terdekat, tahun lalu. Mungkin tak ada jodoh.”Buat masa sekarang saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja dan kalau kami masih ada jodoh selepas ini, kita akan ke langkah seterusnya. Lagipun, kami putus bukan atas perasaan benci,” jelas Azira.Malah, dia turut memaklumkan keputusan yang diambil adalah demi kebaikan keduaya.”Tetapi ini atas persetujuan bersama, saya mahu fokus kepada kerjaya dan bukan kerana kurang memahami satu sama lain. Cuma mungkin saya dan dia mahukan perkara berbeza.
Ads
Ads
Ads
“Dia pun sangat menyokong dan memahami kerjaya saya, cuma mungkin masa tak menentukan untuk kami bersama. Masing-masing ada misi sendiri. Bukan sebab orang ketiga atau apa. Memang kami yang ambil jalan ini,” katanya lagi kepada MH. Ditanya mengenai hubungannya dengan bekas kekasihnya kini, pelakon Seribu Rindu itu menjelaskan dia masih lagi baik dan berhubung dengan lelaki berkenaan.”Kami tidaklah bergaduh, masih juga berjumpa seperti biasa kalau berkelapangan. Baru-baru ini pun dia ada raikan hari jadi inu saya.“Dia sudah rapat seperti keluarga,” kongsi Azira yang turut berbesar hati kerana De Fam dipilih menyanyikan lagu Bunga nyanyian asal Altimet di Anugerah Juara Lagu ke33, Februari depan.
Foto: Instagram Azira Shafinaz dan carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas penyanyi Datin Seri Syella Kamaruddin, 33, mengakui dia kini sudah tidak lagi aktif dalam seni memandangkan dia hanya mahu fokus dalam bidang perniagaan kuih keria gula Melaka yang diusahakan sejak sekian lama.
Meski tidak menafikan dirinya masih menerima tawaran termasuk merakam single baru, namun penyanyi yang sinonim menerusi lagu Menangis Dalam Hujan terpaksa menolaknya dengan cara baik.
Lama tidak bertemu pihak media, Syella kekal ceria dan rancak bercerita seperti dulu.
“Saya terpaksa tolak cara baik memandangkan saya kini sedang giat untuk bangunkan bisnes kuih keria yang diusahakan bersama keluarga. Malah ada perancangan untuk eksport ke luar juga, insyaAllah,” katanya kepada MH.
Syella yang sedia dikenali sebagai antara selebriti yang gemar memasak dan berniaga sejak dulu mengakui dia tidak kisah untuk bermula daripada dalam merencanakan perjalanan niaga kuih kerianya itu.
“Kalau sesiapa yang mengenali, saya memang tidak kisah berniaga tepi jalan cuma suami ada minta saya membuka kedai yang lebih selesa dan pada sama sama boleh kembangkan bisnes.
“Saya tidak minta modal daripada suami untuk memulakan bisnes Keria Cik Syella Gebu Gebas, sebab memang sejak awal saya dan keluarga gemar berniaga, khasnya makanan dan kuih muih.
“Setakat ini kalau nak diikutkan sehari saya perlu menyediakan 5,000 biji keria dan akibat pertambahan tempahan, ia antara sebab mengapa saya bercadang buka kilang,” kongsi Syella
Ditanya mengenai kehidupannya kini, Syella memberitahu dia dan suami masih bahagia seperti dahulu, meski tidak terlalu mendedahkan kisah peribadinya.
“Masih bahagia. Tak pernah gaduh meski ada yang buat cerita macam-macam. Mereka di luar sana tak tahu hal sebenar sebab saya memang tidak berapa gemar untuk berkongsi.
“Misalnya masa awal berkahwin dulu, kalau saya bercerita belum tentu orang percaya. Saya hanya cakap jujur. Tapi akhirnya, kebenaran itu terbukti. Saya tak kisah, memang lebih selesa begini,” kata ibu kepada seorang cahaya mata ini.
“Alhamdulillah, kami ada seorang anak berusia enam tahun. Adam namanya,” katanya ceria.
Terdahulu, Syella ditemui pada majlis pelancaran DTC Motors Sdn Bhd. Turut sama hadir memeriahkan sesi tersebut ialah seperti Saharul Ridzwan, kumpulan NICO, Syamel dan ramai lagi.
Sekitar 2011, majlis perkahwinan penyanyi berkenaan mencetuskan sensasi apabila dia identiti suaminya tidak didedahkan. Malah difahamkan Syella turut bersanding seorang diri dalam majlis.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktor bertubuh sasa, Zul Ariffin menafikan isu yang kononnya, dia telah berkahwin dengan seorang gadis Ukraine, Tanya Glembotska.
Tanya sebelum ini dikatakan sebagai gadis yang sering dikaitkan dengan pelakon berkenaan.
Terdahulu, Khabar angin mengenai berita tersebut itu mulai rancak menjadi bulan ramai apabila satu akaun Instagram (IG) gosip tempatan ada berkongsi foto Zul dan Tanya.
Difahamkan, foto berkenaan dikongsi di ruangan IG Story milik gadis Ukraine itu.
“I want to say thanks to my husband, I am very happy with you,” tulis Tanya.
Zul seperti yang dipetik BH Online bagaimanapun menafikan perkara tersebut dan mengatakan akaun IG gosip itu mungkin inginkan perhatian.
“Tiada maknalah, itu semua cerita lama! Saya tiada apa-apa komen.
“IG gosip itu kempunan perhatian agaknya, komen pun tiada guna…maaf saya tiada komen,” jelas aktor berusia 33 tahun ini.
Untuk rekod, Zul pernah dikatakan bercinta dengan Tanya tahun lalu apabila dikatakan masing-masing berkongsi gambar di lokasi dan masa yang sama menerusi akaun IG.
Foto: Instagram Zul Ariffin, MemesPuaka
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi kisah dia kini kurang tidur kerana anak bongsunya, Yusoff Al-Qardawi tidak sihat dan meragam.
Namun, dia sedar itu semua adalah tanggungjawab seorang ibu malah berdoa agar kesakitan itu berpindah kepadanya pula.
“Muka dah 2 hari x tido malam sebab @yusoffalqardawi meragam x sihat tapi kalau jadi mak2 ginilah pengorbanan seorang mak.
“Tak tido pun x apa janji anak tido, x makan pun x pe janji anak makan, kalau boleh pindah kesakitan pun rasa nak pindahkan sebab x sampai hati tengok anak sakit,” tulisnya di Instagram.
Susulan itu, di ruangan komen kelihatan ramai para ibu yang menyokong kenyataan Nur Shahida itu. Kebanyakan mengatakan bahawa ‘ibu mana yang sanggup melihat anak sakit’.
Sebelum ini, Nur Shahida ada berkongsi bahawa Yusoff sudah beberapa hari mengalami demam dan tidak lalu makan.
Foto/Instagram: Datin Seri Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menginjak usia 34 tahun, pelakon dan usahawan, Wawa Zainal memanjatkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT sepanjang kehidupan yang dilaluinya sehingga kini.