Pelakon jelita, Nora Danish mendedahkan dirinya juga tidak dapat lari daripada masalah tekanan atau keresahan seiring dengan pertambahan usia.
Menurut pelakon yang kini meniti usia 40 tahun itu, dia menjadi tertekan apabila terlalu memikirkan perkara yang berada di luar kawalannya.
Malah akui Nora, tidak salah untuk seseorang itu berasa sedih namun, ia tidak seharusnya dibiarkan berpanjangan hingga makan diri.
“Bagi saya, ada kalanya saya tertekan bila memikirkan soal kerjaya. Masa saya muda, saya selalu bayangkan pada umur 40 tahun, saya akan mencapai pelbagai perkara. Bila tak dapat, saya jadi tertekan dan keresahan. Tapi saya cepat-cepat alihkan gangguan tersebut kepada perkara lain.
“Kita boleh sahaja nak bersedih tapi mesti ada jangka masanya. Sehari dua rasanya sudah cukup. Tak perlu terbawa-bawa sampai lama sangat.
”Kita kena selalu cakap dengan diri, ‘kita akan okay’ dan cuba cari jalan untuk selesaikan masalah itu. Kebanyakan orang mungkin dia akan putus asa. Putus asa ni boleh buatkan seluruh anggota badan kita ‘shut down’.
”Jangan guna perkataan give up. Bila dengan anak-anak pun saya elakkan guna ayat sedemikian,” katanya kepada MH.
Ibu kepada dua cahaya mata itu ditemui di majlis sidang media pelancaran filem Kan Cheong di GSC Starling Mall, baru-baru ini.
Ads
Tambahnya lagi, dia tidak berjumpa dengan pakar kesihatan, sebaliknya hanya membuat carian di Internet untuk meredakan keresahan yang dihidapinya itu.
“Bila dah berumur ini, saya jadi lebih takut kepada kematian. Rawatan tak ada sangat tapi saya lebih banyak kepada membaca. Sekarang ini, di media sosial dah banyak orang berkongsi kata-kata motivasi. Jadi, saya selalu tengok dan baca.
“Punca anxiety bukan disebabkan netizen tetapi lebih kepada kalau saya naik kapal terbang, saya akan banyak fikir (terhempas). Saya seorang yang emosional, sangat sensitif.
“Dua perkara ini boleh menjadi faktor saya berfikir berlebihan. Selalunya persepsi kita, bila terlalu fikirkan sesuatu, mesti kita ingatkan benda-benda keburukan.
“Tapi saya akan cepat-cepat salurkan fikiran itu sebagai ‘super power’ saya. Orang lain tak ada, tapi saya ada. Bukan apa, terlalu banyak berfikir ini bukan saja menyakiti hati saya saja, malah turut melukai orang yang berada di sekeliling,” katanya lagi.
Ads
Dia pada masa menambah, setiap kali perlu menaiki kapal terbang, dia pasti akan menghubungi ibunya untuk berpesan mengenai harta peribadi.
“Saya akan buat wasiat dan apa yang patutlah. Telefon mak saya dah beritahu harta saya dekat sini dan semualah. Tapi itulah, lama-lama saya sendiri kena ‘push’ diri.
“Mungkin sebab Perintah Kawalan Pergerakan yang agak lama dan tidak boleh ke mana-mana, anxiety jadi semakin sebati dalam diri saya,” ujarnya lagi.
Sementara itu, berkongsi mengenai wataknya sebagai Ayu menerusi filem Kan Cheong, Nora menganggap watak sebagai gadis naif, lembah-lembut dan penakut serta dalam masa sama seorang yang mental sebenarnya banyak menguji.
Ads
“Masalah sakit mental ini kalau kita tidak dirawat dan juga diambil perhatian betul-betul jadi itulah jadinya membunuh sampai meragut nyawa jika kita tidak di ambil perhatian. Itulah cabaran yang saya rasa untuk nak menghayati watak Ayu.
“Ini merupakan kali pertama saya berlakon dalam naskhah psiko thriller dan pembunuhan. Filem ini mengisahkan tentang Ayu yang tinggal sendirian mendengar berita mengenai empat orang pesakit mental yang lari dari hospital,” katanya lagi
Kan Cheong ditayangkan di saluran Astro First sejak 11 Ogos lalu.
Selain Nora, naskah ini juga turut dibintangi pelakon lain seperti Jay Iswazir, Niezam Zaidi dan Shima Anuar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio Buletin FM, Muaz Mohamed melahirkan perasaan teruja menimang cahaya mata ketiga selepas isteri, Ediana Aziz selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan pada malam Selasa lalu.
Berita gembira itu dikongsikan Muaz atau nama sebenarnya, Muazanazzuddin Mohamed menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua, kelmarin tepat jam 8.18 malam bersamaan 16 Ogos (Selasa), cinta hati saya selamat melahirkan anak perempuan pertama kami.
“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Terima kasih atas doa dan kata-kata indah yang telah dititipkan,” tulis Muaz.
Dalam perkongsian itu juga, Muaz turut mendoakan anak perempuan tunggalnya itu akan menjadi anak yang solehah serta mempunyai baik budi pekerti.
“Selamat lahir ke dunia anakanda yang cantik nan jelita. Semoga kelak bisa menjadi anak yang baik akhlaknya, budi pekertinya dan menjadi bunga yang sentiasa mewarnai keluarga kita.
“Daddy, Mummy, Abang Emir dan Ezra love you.
“Jaga-jaga daddy akan follow ke mana-mana sahaja awak pergi ok,” tulis Muaz lagi.
Muaz bagaimanapun belum berkongsi wajah serta nama puterinya buat tatapan umum.
Penyampai radio berusia 38 tahun itu mendirikan rumah tangga dengan Ediana pada 16 Februari 2013.
Mereka turut mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Emirza Mukhriz, 8, dan Ezra Mikhail, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Muaz Mohamed
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Insiden penyanyi terjatuh ketika sedang menjayakan persembahan ‘live’ bukan suatu perkara asing. Itu yang terjadi kepada penyanyi Aina Abdul ketika dia membuat persembahan pembukaan Magic of the Night 2022 yang diadakan di Dataran Muara Sungai Melaka pada malam Jumaat.
Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Gani, 29, terjatuh ketika sedang menuruni tangga di tengah persembahannya.
Namun, bertindak profesional Aina terus bangkit sambil dibantu penari sebelum meneruskan persembahannya.
Menerusi laman Instagram miliknya, Aina berkata walaupun bukan suatu perkara yang boleh dibanggakan namun dia tetap tertawa setiap kali memikirkan perkara itu.
“Alhamdulillah berjalan lancar semalam di hari pertama Magic of The Night, Sungai Melaka.
“Walaupun pengalaman jatuh di atas pentas itu bukan satu hal yang boleh dibanggakan tetapi itu satu perkara yang buat Aina tergelak everytime I think about it and it’s a good laugh, bukan ketawa malu.
“Thank you dancers sambut Aina immediately! Kalau tak, memang Aina carry on menyanyi duduk sahaja la atau berkaki ayam sahaja,” tulisnya.
Maestro muzik, Datuk Ramli MS menyifatkan perbuatan berkongsi klip video pendek persembahan penyanyi Ning Baizura baru-baru ini sehingga mencetuskan tular adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan.
Ramli berkata, ada ketikanya perkara sedemikian boleh berlaku terhadap mana-mana penyanyi, termasuk dalam hal yang berkaitan dengan teknikal sesebuah persembahan.
“Kadang-kadang apabila berlaku situasi yang tidak diduga secara semula jadi, atau soal teknikal, ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan.
“Sudah tentu apabila ia berlaku, akan keluar suara yang tidak sepatutnya. Cuma bagi saya orang yang buat (menyebarkan klip video pendek) agak jahatlah. Kongsi keburukan orang lain,” katanya.
Mengulas mengenai video-video lama nyanyian yang kembali dimuat naik sehingga wujud reaksi yang membanding-bandingkan, suami kepada penyanyi Datin Alyah akui perbuatan tersebut sebagai tidak adil.
“Its not good. Kalau kamu mempamerkan orang (penyanyi) punya keburukan, satu hari boleh jadi karma. Kata orang apabila sudah buat sembilan benda baik tapi satu benda buruk terjadi… Jadi sembilan itu pun sudah jadi ‘tak baik’, itu agak tidak adil.
“Sebab suatu hari perkara sama pun boleh jadi dekat kita juga. Siapa tahu? Jadi berhentilah buat benda-benda yang macam tu.
“Well kalau ‘dilantangkan’ untuk perkara kebaikan, perbetulkan sesuatu perkara its okay. Tapi bila mempamerkan sesuatu keburukan orang yang terjadi bukan sebab yang disengajakan macam contoh Ning.
“Bukan saya nak sebelahkan dia tapi benda tu boleh berlaku kepada semua orang. Benda tu agak tak eloklah,” katanya yang juga juri tetap program realiti, Gegar Vaganza.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.