Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira bangga dengan pencapaian anak perempuannya, Engku Aleesya Engku Emran yang meraih keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), baru-baru ini.

Menurut Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, dia sangat bersyukur kerana usaha keras Aleesya akhirnya membuahkan hasil.

“Saya Sentiasa Berdoa…,” – Erra Fazira Saksi Aleesya Kerja Keras Raih Keputusan Cemerlang, Ulas Tentang Belajar Oversea

“Alhamdulillah, sebagai seorang ibu, saya sangat bersyukur kerana tahu anak saya sudah berusaha dengan sangat kuat. Saya ialah ibu yang sentiasa mendoakan untuk anak.

“Saya selalu mohon kepada Allah supaya beri ganjaran buat Aleesya kerana dia sudah berusaha dengan gigih. Alhamdulillah dia mendapat keputusan yang cemerlang.

“Saya sentiasa berdoa agar Aleesya tidak berasa kecewa kerana dia telah berusaha dengan kuat untuk mencapai apa yang diinginkan,” katanya kepada MH.

Pelakon filem Kuliah Cinta itu ditemui ketika menghadiri Konsert Kilauan Emas 2025, baru-baru ini.

Ads

Tambah Erra, dia berharap anaknya itu akan terus cemerlang dalam setiap perkara yang dilakukan selepas ini.

“Saya Sentiasa Berdoa…,” – Erra Fazira Saksi Aleesya Kerja Keras Raih Keputusan Cemerlang, Ulas Tentang Belajar Oversea

“Saya harap agar Aleesya akan terus berusaha untuk sentiasa menjadi yang terbaik. Ketika ini, sudah terbukti bahawa kalau kita nak berjaya, kita kena berusaha.

“Saya bersyukur momen ini jadi kenyataan. Saya sendiri menjadi saksi melihat anak saya berusaha dengan sangat gigih.

Ads

“Sehinggakan saya nak bawa dia keluarkan makan pun, dia tidak mahu kerana enggan menganggu jadual pelajarannya,” kongsinya lagi.

Berat Hati Melepaskan Aleesya Jika…

Ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk berjauhan dan melepaskan Aleesya menyambung pelajaran di luar negara, Erra mengakui perkara itu agak berat dan masih lagi dalam perbincangan.

“Saya Sentiasa Berdoa…,” – Erra Fazira Saksi Aleesya Kerja Keras Raih Keputusan Cemerlang, Ulas Tentang Belajar Oversea

Ads

“Saya rasa setiap ibu bapa akan melalui masalah untuk berpisah dengan anak terutamanya untuk melepaskan mereka menyambung pelajaran di tempat yang jauh.

“Namun, ketika ini, segalanya masih lagi dalam perbincangan, bersama ayahnya dan juga Aleesya. Saya harap agar semuanya baik-baik sahaja,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Aleesya meraih gred A+ dalam subjek First English Language, Matematik dan Fizik, manakala gred A untuk Biologi, Sosiologi, Bahasa Malaysia dan Psikologi.

Imbas kembali, Erra dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 namun berpisah secara baik pada 18 Februari 2014 selepas tujuh tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang puteri, Engku Aleesya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads