Tidak dinafikan, penampilan pelakon dan usahawan, Sherry Ibrahim kian tampak ayu apabila membuat keputusan untuk tampil berhijab lebih dua tahun lalu.

Mengakui cukup selesa dan lebih yakin dengan penampilan sedemikian, Sherry bagaimanapun mengakui pada peringkat awal, dia juga pernah melakukan khilaf dengan mengenakan fesyen yang dirasakan kurang sesuai buat wanita muslimah.

Bercakap kepada MH, Sherry turut berpandangan bahawa sebagai masyarakat, kita tidak boleh terus menjatuhkan hukum dan melemparkan persepsi yang tidak baik terhadap wanita yang baru mengenakan tudung.

IKLAN

“Saya Sendiri Pernah Terpakai Seluar Ketat,” – Kongsi Sherry Ibrahim Perihal Cabaran Awal Bila Berhijab

IKLAN

Kerana baginya, kesilapan yang dilakukan misalnya dalam soal pemakaian adalah satu proses yang menjadikan seseorang itu lebih peka terhadap apa yang digayakan.

IKLAN

“Saya sedar, kalau ada beri kritikan, itu merupakan pandangan individu dan ia sifatnya subjektif. Macam saya alhamdulillah, seru untuk mengenakan hijab itu datang secara tiba-tiba, tanpa adanya pengaruh daripada mana-mana pihaK. Ia datang sendiri dan bersyukur kerana mendapat hidayah itu. Cuma itulah, bila ada yang kata ramai yang mula mengenakan hijab kerana ikut trend semata-mata, siapalah kita untuk menghakimi.

 

“Malah saya juga percaya, bagi yang bertudung pun Allah SWT tetap akan uji kita dengan cara lain.Misalnya saya sendiri pernah terpakai seluar ketat dan bila sedar ia adalah suatu proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik.

 

Cuba elakkan apa yang sepatutnya. Alhamdulillah, setakat ini semuanya okay sahaja. Terima kasih buat yang tegur saya untuk menjadi insan yang lebih better dan better,” luah Sherry yang baru sahaja meyambut ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

“Saya Sendiri Pernah Terpakai Seluar Ketat,” – Kongsi Sherry Ibrahim Perihal Cabaran Awal Bila Berhijab

Foto: Sherry Ibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI