Pendatang baru, Aufahanie memberikan penjelasan mengenai kualiti persembahannya dalam saingan program hiburan, Vokal Mania Sabtu lalu.

Aufahanie atau nama sebenarnya, Nur Aufahani Mokhtar mengakui akan kesilapan yang berlaku ketika membuat persembahan duet antara Rookie dan Idol, Indah Ruhaila.

“Sejujurnya, saya akui persembahan malam tu tidak meyakinkan, sememangnya layak kena kecam. Saya akui kesilapan.

“Bagaimanapun sejujurnya, saya berdepan masalah ‘stage fright’ memandangkan saya tak pernah membuat persembahan nyanyian dalam secara langsung di kaca televisyen.

“Sebelum ini, hanya menyertai pertandingan nyanyian dalam skala kecil saja. Apa pun, saya anggap ini sebagai satu pengalaman.

“Insya-Allah apa yang berlaku saya amil positif dan akan lebih memperbanyakkan latihan terutamanya dari segi vokal nyanyian selepas ni,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 17 tahun ini turut menjelaskan, ketika sesi saingan tersebut dia turut menghadapi masalah teknikal.

“Kalau nak diikutkan, ketika sesi latihan semuanya berjalan lancar dan tiada masalah yang berlaku. Cuma ketika secara langsung, saya hadapi masalah teknikal sedikit dan seterusnya mengganggu.

“Betul, kita tidak boleh nak jangka perkara seperti itu berlaku, tinggal lagi saya yang kurang arif untuk mengawal keadaan sekiranya berdepan dengan situasi sedemikian,” jelasnya lagi.

Pentas Vokal Mania yang bersiaran dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran TV3.

Vokal Mania sedikit berbeza dengan program realiti lain kerana ia melibatkan 24 orang penyanyi amatur (dikenali Rookie) yang bertanding dengan empat penyanyi profesional (dikenali Idol) yang berpengalaman.

Setiap persembahan penyanyi sama ada profesional dan amatur semestinya akan dinilai 100 peratus oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap.

Sementara itu, penonton di rumah boleh mengundi Rookie untuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dalam setiap episod melalui.

Peratusan undian Rookie Star Award adalah 70 peratus daripada undian awam dan 30 peratus lagi, juri tetap.

Semua Rookie ini akan dibahagikan kepada enam episod, yang mana memperlihatkan seramai empat orang Rookie akan membuat persembahan di setiap episod untuk berentap dengan empat Idol dipilih secara solo dan duet bagi mengumpul mata.

Wang tunai sebanyak RM80,000 dipertaruhkan menerusi program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal ini, manakala Azira Shafinaz sebagai pengacara bersama.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI