Pendatang baru, Aufahanie memberikan penjelasan mengenai kualiti persembahannya dalam saingan program hiburan, Vokal Mania Sabtu lalu.
Aufahanie atau nama sebenarnya, Nur Aufahani Mokhtar mengakui akan kesilapan yang berlaku ketika membuat persembahan duet antara Rookie dan Idol, Indah Ruhaila.
“Sejujurnya, saya akui persembahan malam tu tidak meyakinkan, sememangnya layak kena kecam. Saya akui kesilapan.
“Bagaimanapun sejujurnya, saya berdepan masalah ‘stage fright’ memandangkan saya tak pernah membuat persembahan nyanyian dalam secara langsung di kaca televisyen.
“Sebelum ini, hanya menyertai pertandingan nyanyian dalam skala kecil saja. Apa pun, saya anggap ini sebagai satu pengalaman.
“Insya-Allah apa yang berlaku saya amil positif dan akan lebih memperbanyakkan latihan terutamanya dari segi vokal nyanyian selepas ni,” katanya kepada MH.
Ads
Dalam pada itu, penyanyi berusia 17 tahun ini turut menjelaskan, ketika sesi saingan tersebut dia turut menghadapi masalah teknikal.
“Kalau nak diikutkan, ketika sesi latihan semuanya berjalan lancar dan tiada masalah yang berlaku. Cuma ketika secara langsung, saya hadapi masalah teknikal sedikit dan seterusnya mengganggu.
“Betul, kita tidak boleh nak jangka perkara seperti itu berlaku, tinggal lagi saya yang kurang arif untuk mengawal keadaan sekiranya berdepan dengan situasi sedemikian,” jelasnya lagi.
Pentas Vokal Mania yang bersiaran dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran TV3.
Ads
Vokal Mania sedikit berbeza dengan program realiti lain kerana ia melibatkan 24 orang penyanyi amatur (dikenali Rookie) yang bertanding dengan empat penyanyi profesional (dikenali Idol) yang berpengalaman.
Setiap persembahan penyanyi sama ada profesional dan amatur semestinya akan dinilai 100 peratus oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap.
Sementara itu, penonton di rumah boleh mengundi Rookie untuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dalam setiap episod melalui.
Ads
Peratusan undian Rookie Star Award adalah 70 peratus daripada undian awam dan 30 peratus lagi, juri tetap.
Semua Rookie ini akan dibahagikan kepada enam episod, yang mana memperlihatkan seramai empat orang Rookie akan membuat persembahan di setiap episod untuk berentap dengan empat Idol dipilih secara solo dan duet bagi mengumpul mata.
Wang tunai sebanyak RM80,000 dipertaruhkan menerusi program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal ini, manakala Azira Shafinaz sebagai pengacara bersama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi InstaStories milik penyanyi, Liza Hanim meluahkan rasa bangga terhadap kumpulan Indigo yang telah tersingkir pada minggu keempat program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).
Liza merupakan isteri kepada Shahrin Samsudin yang juga merupakan anggota kepada kumpulan Indigo itu tetap memuji pencapaian trio berkenaan meski tersingkir awal.
Liza berpendapat kumpulan Indigo telah memberikan persembahan yang terbaik.
“Tetap menang di hati kami you did the best @indigo_official2020 @shahrinsamsudin @nizam_arboristree @bob_indigo_official,” tulisnya.
Selain Indingo, kumpulan Eva juga turut diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu yang bertemakan ‘Lagu Berhantu’ itu, pada Ahad.
GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria serta Ria HD.
Foto: Instagram Liza Hanim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Finalis The Masked Singer Malaysia yang menduduki tempat kelima, Vince Chong mengakui cuba untuk ‘lari’ dari zon selesanya apabila menyertai pertandingan nyanyian misteri di balik topeng itu.
Sejurus pertandingan, Vince sebelum itu turut mendedahkan cabaran paling besar buat dirinya adalah menyembunyikan identiti sekaligus mengelakkannya daripada didenda andai terbocor rahsia.
“Oleh sebab semua orang pakai mask skarang, saya pikir oklah join je lah The Masked Singer Malaysia.
“I gave my best and yang penting I had so much of fun! Especially in these crazy times most of us performers don’t get to perform anymore, ni cam kambing / Enggang terlepas dari kandang.
“Cabaran the mask singer bukan competition ni, tapi untuk sembunyikan indentiti saya dan pikir cemaner nak elaklan persoalan eh u ni Enggang kan. Hahaha… I taknak kena denda RM1juta,” tulisnya.
Mahu membuktikan diri sebagai penyanyi serba boleh, juara pertama Akademi Fantasia berusia 41 tahun ini turut mengucapkan terima kasih buat semua yang terlibat selain menyifatkan ia satu pengalaman bermakna.
“Saya ambik ni sebagai cabaran dengan membawa lagu2 yg langsung bukan stail Vince, terutamanya Cek Mek Molek dan Ingat2 oleh Amuk.
“Saya berjaya mengelirukan para juri dengan pertukaran suara saya setiap minggu. Ada yang kata saya Zahid la, Bob la, Anding la Dan sebagainya.
“Cuma satu komen yg I confuse adalah comment kata I ade pelat cina. Mula2 teka I penyanyi melayu, tetiba minggu yg ke 6 ada pelat cina plak. Cam tak logik. Haha…
“Anyway I wanted to show I was a versatile entertainer and I can imitate singers too.. Was it a risk? Yes. Every show I tot saya akan tersingkir.. Tapi tak pernah pun kena bottom 3 which I felt very lucky.
“Tapi sampai juga ke finals bersama penyanyi2 hebat2 belaka. All amazing dari mula. Ini adalah pengalaman yang paling best dalam hidup saya… I’m 41 and I enjoyed this so much.
“Thank you @khairulibrahim_ and @najibamin for inviting me for this fun show.. Tahbk you astro… The whole team did an amazing job… The juris comments were so funny and my man AC Mizal you’re one heck of a host man.
“Kepada mereka yg teka Enggang Vince tahniah! Harga anda adalah single terbaru Vince yg akan DATANG bertajuk “Depan Mata”…. Love you guys!,” kongsi Vince panjang lebar.
Juara The Masked Singer Malaysia musim pertama disandang oleh Aina Abdul (Bunga Raya).
Foto: Instgram Astro Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suami kepada pelakon dan usahawan, Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob ada memberikan dedikasi bersempena dengan kejutan kemenangan yang diraih isterinya itu pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABP33) malam tadi.
Mawar, 25, mengetepikan calon finalis lain apabila berjaya merangkul trofi Pelakon Filem Wanita Popular hasil undian peminat setiannya.
Dalam nada sebak, Mawar yang kini sedang sarat hamil anak kedua di dalam ucapannya turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong selama ini.
Bagi Raf, dia sebak apabila mengenangkan jatuh bangun permaisuri hatinya itu di dalam seni selain turut bermimpi Mawar akan merangkul mana-mana anugerah malam tadi.
Kekal menyokong dari belakang, Raf turut bersyukur atas rezeki yang diterima mereka.
Perkara tersebut dikongsikan Raf menerusi Instagram yang turut mendedahkan perbualan mengenai hal itu.
“PELAKON FILEM WANITA POPULAR ABPBH33.
“2 minggu lepas, Abg mimpi Anje naik stage pegang award. Abg bangun pagi, rasa sebak. Abg sebak cos I know your ups and downs dalam industry seni. Allah Swt is fair and today is your day. Alhamdulillah.
“Congratulations my wife. Keep going…keep doing things that you love. Keep inspiring people out there. Jadi lah manusia yang sentiasa memberi manfaat pada orang lain. My support towards your career will never end. Love you my Lady @mawarashid.
“Last but not least thank you so much Team @mawarnizers, @mawarosehq and family yang non stop vote Mawar. Rejeki indah dari Allah Swt. Dia yang mengizinkannya. Syukur Alhamdulillah,” tulis Raf.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga bersama pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael.
Foto: Instagram Mawar, Raf Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.