Pengurus Justin Bieber yang setia bersama bintang muda itu sedari awal, Scooter Braun berkongsi mimpi ngerinya berkaitan dengan penyanyi lagu Sorry itu.

“Ada satu masa bila saya ingin masuk tidur pada waktu malam dan risau bahawa saya akan kehilangannya.

 

“Saya sangka bahawa Justin akan mati, masuk tidur satu malam dan kemudian ada banyak sangat ‘bahan’ dalam badannya dan dia tidak akan bangun lagi,” katanya semasa podcast The Red Pill.

Difahamkan, ia berkaitan dengan insiden tahun 2014 lalu apabila Justin mempunyai banyak kes berkaitan dengan sikap yang tidak menentu, bermula ketika dia ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Bahkan, rumah Justin turut digeledah pihak polis kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti vandalisme. Susulan itu, ramai rakan penyanyi itu meminta agar dia memasuki pusat pemulihan namun tidak diendahkan Justin.

Ads

Tambah Braun lagi, ketika itu juga dia berasa sangat kesal dengan dirinya yang tidak berupaya membantu makikannya itu.

“Saya mengecewakan dia setiap hari. Kami berada dalam keadaan yang sangat teruk kerana dia (Justin) berada di satu tempat yang ‘gelap’.

 

“Sebab itu juga saya mengambil keputusan supaya dia berehat seketika daripada muzik dan konsert jelajah demi kesihatan mental dan fizikalnya.

 

“Dia kemudian banyak kali menjerit meminta untuk kembali dalam muzik dan konsert jelajah tapi kalau saya membenarkannya, dia akan mati. Jadi saya tolak permintaannya itu.

 

“Saya pernah berjanji kepada Justin sewaktu dia berusia 13 tahun bahawa saya tidak akan pernah ‘give up’ kepadanya dan itulah yang akan saya lakukan,” katanya lagi.

“Saya Risau Kalau Satu Hari Nanti Dia Tak Bangun,”- Pengurus Justin Bieber Kongsi Singal Mimpi

Ads

Bagaimanapun,Braun menambah bahawa sikap Justin kini adalah kerana inisiatif penyanyi itu sendiri.

“Satu hari dia bangun dan pergi arah saya dan berkata ‘saya ada perkara ingin dibincangkan, saya tidak mahu menjadi ‘orang’ itu lagi dan keadaan berubah.

 

“Semua yang terjadi kini adalah kerana Justin sendiri yang ingin berubah, sikapnya, pertunangannya, semua adalah dia,” kongsinya lagi.

“Saya Risau Kalau Satu Hari Nanti Dia Tak Bangun,”- Pengurus Justin Bieber Kongsi Singal Mimpi

Ads

Foto: Carian Google

Sumber: Enews

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI