
Pelakon Bella Hanna akui terkilan dengan sikap segelintir pihak yang gemar berburuk sangka dan membuat tanggapan negatif tentang kehidupan orang lain tanpa usul periksa.
Menurut Bella atau nama sebenarnya, Farhana Nabila Rosman, tidak semua perkara perlu dibuat taksiran atau dinilai berdasarkan andaian semata-mata kerana memilih untuk berfikiran baik adalah lebih menenangkan.
“Manusia mudah berburuk sangka dan membuat andaian. Kadang-kadang, memilih untuk berfikir yang baik jauh lebih menenangkan.
“Tak semua perkara perlu difahami dengan sangkaan,” tulisnya.
Pandangan itu disuarakan oleh isteri kepada pelakon, Redza Rosli itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.
Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci, ramai yang beranggapan hantaran tersebut berkait rapat dengan isu gambar kehadirannya di mahkamah, semalam, yang secara tidak langsung mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Menerusi ruangan komen, Bella turut mempertahankan dirinya selepas ada pihak mendakwa dia seolah-olah membuka ruang kepada orang ramai untuk membuat spekulasi berhubung rumah tangganya itu.
Tegas Bella, hantaran tersebut tidak mempunyai sebarang maksud tersirat
dan kehadirannya ke pejabat agama pula tiada ada kena mengena dengan hal melibatkan rumah tangganya.
“Tiada apa yang mengundang pun. Saya hanya post gambar di pejabat agama sahaja Cuba ubah mindset itu. Fikir yang baik-baik dulu,” kongsinya.
Terdahulu, tindakan Bella memuat naik gambar di Pejabat Agama Islam Hulu Langat
secara tidak langsung telah menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen.
Sekadar informasi, Bella dan Redza mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Jun 2024.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aydrean Raess, pada 13 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Threads & Instagram Bella Hanna