Penyanyi senior, Ramlah Ram ada berkongsi kenangan manisnya bersama Misha Omar yang mungkin tidak diketahui para peminat kedua bintang berbakat ini.

Mengimbau memori ketika penyanyi kelahiran Kelantan itu menyertai Pertandingan Akhir Bintang RTM 2001 lalu, Ramlah pada ketika itu diundang sebagai penyanyi jemputan.

Menyedari akan bakat yang dimiliki Misha, Ramlah mendekatkan diri dengan penyanyi berkenaan lalu memberitahu tuah manusia tak siapa yang tahu

“Masa masih ingat lagi ketika dia menyertai Pertandingan Bintang RTM masa tu dan saya sebagai ‘guest’ ketika itu. Saya tengok dia ketika itu seolah-olah tidak yakin.

“Akan tetapi saya sedari dia berbakat dan ada cara tersendiri. Jadi saya cuba untuk dekati Misha dan cuba buatnya rasa lebih tenang,” jelasnya.

IKLAN

Ramlah mendedahkan perkara tersebut menerusi program #MHLifeStyle Media Hiburan.

Bintang berusia 54 tahun itu turut menambah, dia cuba menjadi rakan Misha pada ketika itu bagi memberikan kata-kata semangat.

“Saya cuba membantu, jadi kawan dia masa tu. Maksudnya… Moga dia jadi lebih relak. Saya pernah katakan padanya kalau dia masih ingat.

IKLAN

“Saya kata, Misha walau tak jadi juara atau tak menang, anda berbakat dan rezeki itu ada di mana-mana,” ujarnya lagi.

Selain berkongsi mengenai perkara tersebut, pelbagai hal lain turut dikongsikan Ramlah menerusi program sama.

IKLAN

Tonton #MHLifeStyle Media Hiburan di sini;

Bintang RTM 2001 menyaksikan beberapa nama besar dunia seni suara yang masih lagi aktif sehingga kini.

Azharina Azhar dijulang sebagai juara dalam pertandingan tersebut. Selain Misha, Siti Sarah, Asmidar dan Farawahida turut bersaing pada tahun sama.

https://www.youtube.com/watch?v=rn5RdytdJLI&t=451s

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI