Pelakon jelita, Rita Rudaini menegaskan dirinya tidak mempunyai masalah dengan mana-mana artis sebaliknya mengakui memang tidak suka untuk menghadiri ke majlis-majlis anugerah.

Menurutnya, cerita yang direka ini tidak masuk akal sama sekali dan hanyalah bersifat fitnah bagi menjatuhkan dirinya.

Kenyataan tersebut dibuat selepas ada pihak yang mendakwa Rita enggan berkerjasama bersama artis baru untuk sebuah majlis anugerah yang berlangsung baru- baru ini.

View this post on Instagram

Org yg suka buat fitnah,reka cite ni,sy terpikir..boleh tido lena ke? Xrasa bersalah ke ada2 kan cerita? Mcm mana bole dpt idea utk reka cerita? Sy pulak pening kepala pikir…bahagia ke hidup bila dpt reka cerita n berita palsu? Puas kah hati? Tenang kah? Dapat ape? Pd yg reka cerita yg x masuk akal n cerita2 fitnah pd sy ni..satu je sy nk bgtau…sy ni xhidup dgn kontroversi…mungkin bg sesetengah artis perlu kan kontroversi utk nama naik…tp bukan RITA RUDAINI….dr mula sy belakon,niat sy hanya utk cari rezeki..sbb ini je lah kebolehan dan bakat yg ALLAH bg pd sy utk sy cari rezeki utk diri sendiri,utk keluarga dan anak2…sy nak berdengki dgn org??? Nak jeles?? ? lambat lg…sy dah pernah di gelar 'Primadona Drama Melayu' satu ketika dulu..sy dah pernah merasa…tp itu xpenting bg sy…yg penting utk sy hanyalah kepuasan dpt tunjukkn bakat dan duit utk sara hidup dan keluarga….pd yg tabur fitnah tu,silap org la….sbb tu sy jarang berada di karpet merah,di mana2 event sbb sy mmg tidak suka dan xminat dgn glamer…org ckp 'xbole,u kena g event tunjuk muka biar org nampak n nama u xjatuh' ? sori,itu bukan RITA RUDAINI…sy xkan pergi ke acara klau sy tidak kena bertugas….sy lebih suka di rumah….pd sy,apa ada pd glamer? Apa ada pd nama? Bukan itu yg sy cari….tp bila muncul dan di minta ke event or karpet merah,lain pulak cerita yg di timbul kan tentang sy…penat nya la haii…? nak cari rezeki pon salah….sy jenis xkacau org n xpeduli pon hal2 dunia glamer ni,tp org tetap xpuas hati dgn sy….jgn risau kwn…hidup sy simple saja,bertshirt,sluar jeans n selipar ke mana saja…rambut sanggul siput,tak bermakeup….tak gah pon…tak perlu risau,tak perlu takut…RITA RUDAINI hanya manusia biasa yg nk tumpang cari rezeki je bukan nak lawan sape lebih glamer,sape lebih lawa,sape lebih hebat ? …hidup sy biasa2 je…xbest pon…dok umah masak,cuci taik kucing,cuci baju,cuci kasut bola,antar anak sek,mop lantai,shopg brg dapor,xde shopg handbag mahal2…xseronok pon ? …xyah lah gigih nak fitnah n kontroversi kan sy…..coz sy xsuka glamer ?industri kita bukan saja tenat tp makin ramai org busuk!

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

Ads

“Orang yang suka buat fitnah dan reka cerita ni, saya terfikir bagaimana mereka ini boleh tidur lena? Tak rasa bersalah ke ada-adakan cerita?

“Kepada yang reka cerita tak masuk akal ini, satu je saya nak bagi tahu, saya ni tak hidup dengan kontroversi. Mungkin artis lain perlukan kontroversi untuk naikkan nama tapi tidak untuk saya.

Ads

“Saya pernah diangkat sebagai perimadona filem Melayu, saya dah pernah merasa semua tu. Jadi ia tidak penting lagi bagi saya,” tulisnya.

Tambah Rita, antara sebab dia tidak mahu pergi ke kebanyakan majlis anugerah adalah kerana tidak mahu mengejar populariti seperti sesetengah artis.

Ads

“Saya tak suka datang mana-mana anugerah sebab saya bukan seorang yang gila glamour. Ada apa pada nama? Bukan itu yang saya cari.

“Saya tidak akan pergi mana-mana acara kalau saya tak bertugas. Industri kita bukan sahaja tenat tapi busuk,” katanya lagi.

Foto: Rita Rudaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI