Penyanyi Aliff Iskandar memaklumkan keadaan dirinya kini beransur baik setelah disahkan positif Covid-19 kira-kira seminggu lalu.
Dia yang kini sedang berada di pusat kuarantin di MAEPS Serdang, bagaimanapun masih perlu menjalani beberapa prosedur sebelum dibenarkan keluar sedikit masa lagi.
Berkongsi gejala awal, Aliff yang mula dikenali menerusi single, Perit mendedahkan, dia alami demam dan tidak sedap badan sejak 28 April lalu dan terus melalukan ujian calitan di sebuah klinik swasta pada keesokan harinya sebelum disahkan positif sehari kemudian.
“Memang saya alami demam panas, sesak nafas, batuk dan sakit kepala pada waktu itu. Saya pengsan tiga kali di rumah.
“Tapi saya tak tunggu lama dan terus melalukan ujian calitan memandangkan keadaan tersebut tidak pernah dialami sebelum ini.
“Bila dapat sahaja keputusan, klinik tersebut terus memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ambulans malam itu juga ‘jemput’ untuk dikuarantin di MAEPS Sedang,” katanya.
Ads
Sementara itu, Aliff menambah, rakan serumahnya juga sudah melakukan ujian calitan dan mereka didapati positif seminggu kemudian.
Manakala pihak pengurusan tempatnya belajar juga sudah melakukan beberapa saringan untuk mengenal pasti kontak rapat.
Dalam pada itu, Aliff menyatakan yang dirinya sudah semakin sihat daripada wabak berkenaan. Gejala demam dan batuk yang dialaminya juga sudah pulih dan dia hanya menunggu masa untuk keluar daripada tempat tersebut.
Ads
“Memang keadaan saya agak lemah pada peringkat awal. Tapi beberapa hari kemudian semuanya semakin baik dan saya dapat rasakan perubahan itu. Saya beruntung kerana tidak mengalami komplikasi yang serius.
“Di sini saya diberikan layanan baik dan kami sama-sama membuat pelbagai aktiviti seperti mana yang disarankan oleh petugas kesihatan. Jangan takut, semuanya akan baik-baik saja, insya-Allah,” katanya lagi.
Menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran untuknya lebih berhati-hati selepas ini, Aliff memohon maaf kepada kontak rapatnya yang terpaksa melakukan kuarantin kendiri setelah dirinya disahkan positif.
Ads
“Saya minta maaf kerana menyusahkan rakan-rakan yang lain. Tidak ada siapa mahu menerima dugaan sebegini tapi saya reda.
“Ramai yang menitipkan doa dan kata-kata semangat terutamanya keluarga dan sahabat yang sudah mengetahui perkara ini.
“Untuk mereka yang berada di luar sana, jaga diri, jaga jarak dan ikut SOP yang ditetapkan. Kalau kita jaga diri, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya.
Aliff merupakan artis naungan Indigital Music dan baru sahaja melancarkan lagu Sedar Ku bersama Syahmi Irfan, Syafiq Naser dan Killa Driz sempena Ramadan.
Selepas ini, dia bakal muncul menerusi single berjudul Takdir.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seperti umum mengetahui, pihak kerajaan telah melaksanakan kembali Peritah Kawalan Pergerakan (PKP) diseluruh negara bermula 12 Mei lalu sehingga 7 Jun hadapan bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang kini kian meningkat.
Pihak kerajaaan juga telah kembali menetap syarat prosedur operasi standard (SOP) untuk tidak membenarkan orang ramai untuk merentas daerah, negeri mahupun ke luar negara kecuali tujuan kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan pasangan jarak jauh.
Baru-baru ini, pelakon dan usahawan Faezah Elai ada memuat naik sekeping foto ketika bercuti di Venice, Italy sekitar tahun 2018.
Selain meluahkan rasa rindu untuk bercuti di luar negara, pemilik nama penuh Noor Faezah Md Elai berharap untuk dapat pulang ke kampung halamannya yang terletak di Pulau Pinang.
“Venice,November 2018..Walaupon nampak mcm kt sg melaka,tp cheq kt italy masa ni..
Bila lah boleh travel balik mcm dulu2..
“tkdpt pi oberseas pon tkpa lah asalkan boleh balik penang boh sik kandaq pon jd lah..
Haihh…stay at home and stay safe everyone. #throwback #venice #italy #vacation #2018 #faezahelai #lovelovelove,” tulisnya.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Ayu Raudhah, 36, yang telah pun selamat menimang cahaya mata kelimanya pada Jumaat.
Perkongsian gembira itu dimuat naik menerusi Instastory.
“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa dan ucapan kalian. Mommy dan baby boy sihat dan selamat,” tulisnya pada foto tangan comel bayi lelakinya itu.
Sementara itu, suaminya yang juga pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha, 33, turut sama meluahkan rasa syukur.
“Alhamdulillah isteri saya sudah selamat melahirkan bayi lelaki,” tulisnya ringkas di Instastory.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, dan Muhammad Aisy Khaliq, yang kini mencecah usia 2 tahun.
Foto: Instagram Ayu Raudhah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan, persalinan yang digayakab selebriti kita akan menjadi perhatian orang ramai khasnya bila menjelang Aidilfitri.
Hasil tinjauan MH di akaun Instagram milik selebriti dan usahawan terkenal, Datin Rebecca Nur Al-Islam, wanita cantik ini dilihat kekal mengenakan busana raya sedondon bersama keluarga sehingga ke hari raya Raya Aidifitri ke-5.
Jom lihat pelbagai pilihan warna telah menjadi pilihan Rebecca sekeluarga.
Raya Pertama (Jingga)
Raya Kedua (Merah Jambu)
Raya Ketiga (Coklat Terang)
Raya Keempat (Hitam)
Raya Kelima (Biru Terang)
Bukan itu sahaja, perkongsian Rebecca tersebut telah mendapat perhatian serta pujian daripada peminat.
Foto: Instagram Rebecca Nur Al-Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.