Sering membawakan watak antagonis, pelakon Pablo Amirul mendedahkan dirinya selalu mendapat persepsi buruk daripada masyarakat yang tidak boleh membezakan diantara lakonan dengan kehidupan sebenar.

Menurut Pablo atau nama sebenarnya, Amirul Hisyam Mohd Sakri, lakonannya di dalam filem sering tampak nyata dan menjadi disebabkan inisiatifnya yang sanggup menggunakan khidmat jurulatih lakonan peribadi.

“Saya Pelakon Profesional Dan Dibayar…,” – Rupanya Pablo Amirul Rela Hati Habis Beribu, Upah Acting Coach Tiap Naskhah

“Ada sesetengah orang berkata, saya sering kali bawa watak jahat disebabkan pengalaman peribadi saya. Bukan ya. Jangan salah anggap.

“Kalau nak tahu, setiap filem yang saya lakonkan, saya akan gunakan khidmat jurulatih lakonan peribadi. Saya keluar duit sendiri. Itu rahsia saya kekal dalam industri selama 10 tahun.

“Dengan kekerapan filem yang bukan selalu, ini merupakan cabaran buat saya. Saya rasa pelaburan ini sangat berbaloi. Penonton juga boleh menilai sendiri,” katanya kepada MH.

Katanya lagi, dia juga tidak kisah berhabis ribuan ringgit asalkan dirinya sentiasa bersedia sebelum memasuki set penggambaran.

IKLAN

“Saya Pelakon Profesional Dan Dibayar…,” – Rupanya Pablo Amirul Rela Hati Habis Beribu, Upah Acting Coach Tiap Naskhah

“Kalau tak berbaloi saya tak akan buat. Saya kena bayar ribuan ringgit untuk dapatkan servis tersebut. Kalau orang tanya kenapa sanggup bayar sampai beribu, kerana ilmu mereka yang sudah 20 hingga 30 tahun yang ingin mereka rangkumkan untuk saya dalam tiga hari.

“Mereka ajar saya macam mana nak berlakon, berjalan, bercakap dan memperbetulkan postur. Mereka juga bantu untuk pastikan saya bersedia bila masuk ke set.

“Saya pelakon profesional dan dibayar. Ini inisiatif saya. Nak bergerak ke hadapan, kita kena ubah cara berkerja. Kalau kita hargai masa, kita pasti cari jalan untuk bersedia. Takkan dekat set baru nak bersedia,” ujarnya lagi.

IKLAN

Pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ini berkata sedemikian ketika ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-32 yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, Pablo turut memaklumkan dirinya tidak kecewa meskipun namanya belum menempa populariti sebaris pelakon-pelakon filem yang lain.

“Saya Pelakon Profesional Dan Dibayar…,” – Rupanya Pablo Amirul Rela Hati Habis Beribu, Upah Acting Coach Tiap Naskhah

“Berlakon filem yang banyak dalam masa setahun, tidak sementinya seseorang pelakon itu akan dikenali. Lainlah kalau semua filem yang dilakonkan itu meletup macam filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

IKLAN

“Saya percaya kalau saya sudah berikan yang terbaik, tidak mendapat komen-komen negatif dan lakonan saya dihargai pengarah atau produser, itu sudah cukup buat saya.

“Asalkan tawaran masih ada dan nama masih jadi sebutan rumah produksi, itu sudah memadai. Setahun ada dua atau tiga filem, saya dah rasa cukup bertuah.

“Saya dah pernah merasai semua. Daripada filem bajet besar sehinggalah filem yang tak cukup bajet. Tak semua filem saya berjaya juga. Itu yang dinamakan fasa kerjaya anak seni,” akhirinya.

Terdahulu, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang dilakonkan oleh Pablo telah pun mendominasi 13 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-32.

Ia termasuklah Cerita Asal Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI