Baru-baru ini, pelakon dan pelawak Afea Deanna yang popular menerusi watak Yah Kuchai ada berkongsi mengenai rutin hariannya menjaga haiwan ternakan di kampung selepas tersingkir daripada pertandingan lawak, Muzikal Lawak Superstar musim ke-4.
Bagaimanapun, hantaran tersebut mendapat reaksi negatif daripada seorang individu yang menyifat Afea sebagai seorang yang malas belajar dan hanya layak bekerja di kampung.
Tidak berdiam diri, pelakon drama Kampong Pisang Bersiri-Siri tampil membidas komen tersebut dengan menunjukkan sijil-sijil pencapaiannya dari peringkat sekolah sehingga ke universiti.
Jelas Afea, dia merupakan pelajar cemerlang sewaktu di sekolah dan pernah mendapat anugerah dekan sewaktu melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
“Saya triggered dengan perkataan malas belajar. Saya ada sijil pelajar cemerlang. Selepas itu dapat masuk UPSI.
“Bukan setakat itu sahaja, sijil dekan pun saya pernah dapat,” katanya.
Reaksi tersebut dikongsikan sendiri oleh Afea menerusi sebuah hantaran video di Tik Tok.
Jangan Pandang Rendah Orang Kerja Kampung
Pada masa sama, Afea turut menegaskan orang ramai tidak sepatutnya memandang rendah kepada mereka yang memilih untuk bekerja di kampung.
Ads
Malah, Afea juga percaya Allah telah menyusun rezeki buat mereka yang berusaha.
“Ayat abang ni dah betul tapi dia kata saya malas belajar. Saya bukan nak menunjuk tapi nak bagi penjelasan, hanya disebabkan kita menternak binatang, tak semestinya kita malas belajar.
“Masing-masing ada rezeki sendiri,” katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut membidas komen negatif tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Afea.
Ads
“Rezeki masing-masing. Aku tiada SPM sebab tak mampu dulu. Sekarang kerja kebun je tapi 4,000 hingga 5,000 sebulan in sha Allah ada. Jangan pandang hina kami. Nanti cakap berlagak pula.
“Keraskan hati dik. Buat apa sahaj benda yang adik percaya dan yakin boleh bina kejayaan. Lantak pi orang nak cakap apa. Sokong ke tidak dengan keputusan kita.
“Bangak orang suka downgrade orang lain padahal ada orang belajar tinggi tapi suka kerja yang kena dengan jiwa. Kalau boleh nak suruh kerja kerajaan je.
“Jangan pandang hina dengan kerja kampung. Silap-silap dia lg kaya dari korang. Member aku selekeh je kerja kampung tapi tanah dia 35 ekar sawit, getah, pisang. Pergi tanya 35 ekar tanah include hasil berapa harga.
Ads
“Tak mengapa Yah. Abang tu benak tak dibuat-buat. Dia tak tahu pendapatan buat ladang ni boleh jadi lagi besar dari gaji dia,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini, video yang dikongsikan di Tik Tok itu telah pun meraih lebih 300,000 tontonan dan dihujani ribuan komen.
Nama Afea mula mencuri perhatian ramai apabila dia membintangi drama Kampong Pisang Bersiri-Siri arahan pengarah terkenal Allahyarham Mamat Khalid.
Malah, dialog ‘mee kari kuah laksa’ kekal diingati penonton sehingga hari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Afea Deanna
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Juri tetap rancangan hiburan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Datuk Khatijah Ibrahim ada memberi komen beserta titipan kata nasihat sejurus Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris selesai membuat persembahan.
Khatijah yang duduk di kerusi juri tetap bersama Datuk Ramli MS menyifatkan mereka tidak tahu apa yang dilalui seseorang penyanyi itu dalam menempuhi fasa sebagai selebriti.
Noraniza telah menyampaikan lagu Hutang nyanyian asal kumpulan Floor88 dan Empat Dara duet bersama Aishah serta pusingan ‘battle’ bersama Ashira menerusi lagu EH yang dipopularkan oleh Zizi Kirana.
“Tadi ibu (Datuk Khatijah) ada tengok Ani (Noraniza) punya klip dan sebagainya. Pada ibu Ani, apa sahaja di luar sana jangan hiraukan.
“Ini kita punya karier, ini kita punya industri, orang yang tidak di atas pentas dia tidak tahu apa yang kita alami.
“Jadi ‘move on’ dan anda telah berikan yang terbaik,” katanya.
Terdahulu, Datuk Syafinaz Selamat yang sekali lagi diundang sebagai juri jemputan pula menyifatkan persembahan daripada penyanyi Dikir Puteri itu lebih baik berbanding minggu sebelumnya.
“Malam ini Ani ‘balas dendam’ nampaknya. Jika minggu lepas kita nampak Ani ‘struggle’, akan tetapi pada malam ini, kita nampak Ani memang di dalam elemen Ani. Relak, enjoy memandang ini perupakan Ani punya ‘forte’ dan kita memang nampak kekuatannya di situ.
“Nilai estetika suara seseorang itu adalah berdasarkan kepada pendengaran masing-masing. Jadi pada saya, apabila anda berada di dalam elemen yang anda gemar dan suka, sudah tentu anda boleh mengeluarkan sisi terbaik..
“Faktanya juga, Ani sebagai seorang penyanyi yang berpengalaman, berdiri di pentas GV dan mempertaruhkan diri anda seorang pejuang muzik tradisional dan melakukan perkara-perkara yang anda lakukan, i ‘salute’ you for that,” katanya.
Noraniza pada masa sama turut meminta Datuk Ramli MS untuk memberikan reaksi terhadap persembahannya pada malam itu.
Menduduki tempat keempat keseluruhan di GV7 malam tadi, Noraniza Idris sebelum ini menerima reaksi pelbagai netizen menerusi persembahannya di pentas sama, minggu lalu.
Meski ada yang memberikan kritikan, namun ada peminat yang turut memberikan sokongan serta kata semangat buat artis senior berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang kini menetap di Australia, Raja Ilya mencoretkan dedikasi kepada suami tersayang, Trent Garret yang disifatkan sebagai lelaki memahami apatah lagi sejak bergelar bapa lebih sebulan lalu.
Menurut Ilya, sebagai ibu dia memerlukan sokongan dan perkara itu hadir apabila suami isteri saling menyokong dan memahami.
“Every mother deserves a break, but some moms need help. Some days are tough and some are easy. Time tough tu la rasa macam nak nangis. Tapi all mother go through benda yang sama kan.
“Tak leh nak bayangkan super smooth journey bila ada newborn, especially bab sakit badan dan pinggang macam nk putus.
“At first I thought boleh je handle breastfeed and jaga baby sorang sorang, tapi Tak wei. I need help , atleast help untuk tolong urut and support emotionally.
“Time tu la Jiwa meraung nak minta tolong. Nak p kedai Massage tak leh lak sebab kene tinggal baby, nak panggil org datang massage pun tak leh lak sebab tukang urut p oversea lak .
“Nasib laa dapat partner in crime macam Trent ni, kalau dia nampak muka Ilya macam DBKL je ,tak yah suruh memang dia sendiri akan offer untuk tolong,” tulisnya menerusi satu hantaran yang dikongsi di Instagram.
Ilya pada masa sama turut mendedahkan, suami terpaksa tidur berasingan sejak beberapa hari lalu bagi memberi ruang kepadanya untuk melakukan rutin harian seperti biasa.
“Walaupun for the past 3 days ni dia terpaksa tidur bilik asing untuk catch up pergi kerja the next day.
“Tu satu lagi, kalau partner korang nak tidur asing masa ada newborn jangan sentap or terasa ke apa, orang laki ni lain.
“They need rest and peace more then us,lagi kita faham partner kita lagi bagus, elak kan dari Salah faham and gaduh gaduh.
“Bukan senang nak jadi isteri tapi bila kita faham partner kita rationally insyallah smooth je relationship. Tak leh nak ikut emotional sangat. Dangerous.
“End of the day Love/Sayang tu tak datang dengan sendiri all day long, love is a choice. So choose to love your partner daily. Gitew,” tulisnya lagi.
Terdahulu bintang filem KL Vampire itu selamat melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan di Hospital King Edward, Perth, pada 1 Julai lalu.
Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia itu pada Disember 2018.
Selepas mendirikan rumah tangga, Raja Ilya berpindah ke Perth dan sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat penularan pandemik Covid-19.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo menerima hadiah luar biasa apabila wartawan terkemuka Arab Saudi, Ibrahim Al Faryan yang menghadiahkan seekor unta sempena meraikan...