Semalam, suami kepada pelakon, Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari telah membuat kemunculan istimewa di dalam drama, Rindu Kasih 2.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram Ummi, Dr. Izzar dilihatkan melakonkan watak sebagai seorang doktor yang merawat anak kepada watak Salina dan Amir yang dilakonkan oleh Ummi dah Izzue Islam.

Menurut Ummi, dia dan Izzue cuba menahan diri daripada ketawa memandangkan mereka sedang menjayakan antara babak yang agak berat di dalam drama tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

“Scene berat tapi ada pula cameo suami Dr. Izzar tapi bukan saya yang ketawa masa penggambaran, Izzue yang ketawa,” tulisnya.

Sementara itu, Dr. Izzar akui terhibur melihat respon yang diberikan penonton mengenai lakonannya itu.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

“Awat scene serius korang pi gelak pula? Ada budak sakit tu kot. Come on guys. Doktor pun cakap elok-elok sahaja.

“Dah lepas ni tengok balik dengan niat serius. Saya nak lempang Makcik Lijah dan Hisyam sekali,” tulisnya di Instagram.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji lakonan dan intonasi Dr. Izzar yang dikatakan sangat jelas dan menghayati watak.

IKLAN

“Masalahnya, masa kamera ke arah muka Dr. Izzar, terus gelak. Tak tahu kenapa.

“Tolong tidurkan Mak Cik Lijah doktor. Geram pula kita. Lakonan Dr. Izzar mantap juga. Macam doktor betul-betul.

“Elok dah babak sedih. Nampak doktor terus gelak.

“Saya dengar apa yang doktor kata sebutir-sebutir sambil tengok muka Izzue yang katanya lagi banyak gelak waktu shooting.

IKLAN

“Mula-mula dah sedih dah tengok Fayyad sakit. Sekali ada Dr Izzar terus gelak,” antara komen-komen netizen.

Sehingga kini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih lebih 600,000 jumlah tontonan.

Terdahulu, Izzar dan Ummi telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 23 Julai 2017.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ayra Aneesa dan Asyha Arsylia.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI