Perubahan transisi hidup pelakon, Zila Bakarin untuk mengenakan berhijab ternyata memberi seribu satu kemanisan dalam hidupnya kini.
Zila atau nama penuhnya, Rosmawati Bakarin baru-baru ini juga terpanggil untuk berkongsi kisah penghijrahan dirinya itu menerusi saluran YouTube Zayan.my.
Antara lain, bintang senior berusia 45 tahun ini memaklumkan, dia tidak menerima sebarang pentunjuk atau hidayah daripada Yang Maha Esa untuk mengenakan tudung.
Jelas Zila, dia membuat keputusan untuk penghijrahan ini atas dasar mahu menjadi seorang insan yang lebih baik berbanding sebelum ini.
“Terdetik hati macam selalu orang cakap hidayah itu milik Allah kan? Jadi, dia kalau bagi tu dia gerakkan tu dia detikkan tu kadang-kadang bukan kerana kita rasa nak atau apa. Kita nak buat tu dia gerak, dia gerakkanlah.
“Dia nak bagi kita susah, dia bagi kita susah dia bagi kita senang dia bagi kita senang cuma saya rasa tak ada punca yang membuatkan saya nak berhijap sebenarnya.
Ads
“Tapi benda tu hanya datang dan saya rasa benda tu saya dah kena pakai, saya pakai dan teruskan, itu sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Zila berkata keputusan untuk memakai hijab juga terdorong kerana amat menyayangi suaminya selain kerana Allah SWT.
“Saya terlalu sayang suami saya apa-apa pun. Dia mungkin tidak sempurna seperti suami orang lain atau lelaki lain.
Ads
“Tapi saya rasa dia sudah memadai untuk saya, dan saya buat ni saya pakai hijab kerana saya ni amanah dia.
“Suami saya ni bukan jenis bercakap… demi Allah suami saya, air pun dia tak pernah minta saya buat. Semua dia buat sendiri.
“Jadi apa lagi yang saya nak? Tak kaya sangat tapi dia sangat rajin, dia sangat sayang saya dan dia tak tak pernah bersuara tentang pakaian saya.
Ads
“Tak akan saya nak biarkan dia esok di akhirat tanggung dosa saya dan anak-anak? Sebab saya tak nak di akhirat dia kena jawab benda tu nanti.
“Saya nak jumpa suami saya dekat akhirat, saya tak nak lelaki lain,” katanya panjang lebar.
Zila sebelum ini ada memuat naik beberapa foto di Instagram yang memaparkan dirinya telah pun menutup aurat, mengenakan hijab.
Video: Youtube Zayan.my
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, lagu Sampai Bila berjaya melakar pelbagai catatan manis dalam kerjaya penyanyi terkenal Misha Omar.
Lalu rentetan daripada sukses tersebut, penyanyi kelahiran Kelantan itu sering diasak persoalan daripada peminat yang bagaikan tidak sabar menanti kemunculan single terkininya.
Bagaiamanpun bagi Misha, desakan tersebut tidak sekali-kali memberinya tekanan, sebaliknya menyifatkan keterujaan peminat itu sebagai isyarat kehadirannya sentiasa dirindui.
Hampir dua tahun membuai emosi peminat dengan Sampai Bila, Misha akhirnya berkongsi berita gembira apabila single terbarunya, Tanpa Rela bakal menemui umum pada pertengahan bulan depan.
Single itu cukup memberi Misha kepuasan tersendiri, apatah lagi apabila berpeluang memberikan sentuhan untuk lagu berkenaan.
Selain bertindak sebagai komposer, turut sama terlibat di dalam pembikinan Tanpa Rela termasuk Sze Wan manakala Slen dan Zul bertindak sebagai penulis lirik di samping Misha sendiri.
Pada masa sama, Misha menjelaskan semangatnya hadir untuk menghasilkan melodi Tanpa Rela selepas mendapat inspirasi menerusi sambutan luar biasa yang diterima ketika menjayakan konsert This Is Misha di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang lalu.
“Selepas 18 tahun dalam industri muzik, saya terfikir mengapa tidak saya memulakan satu langkah ke hadapan dengan menghasilkan melodi.
“Biarpun proses penghasilan Tanpa Rela menuntut perjalanan yang panjang, saya bertuah kerana niat itu dipermudahkan apabila dipertemukan dengan pengarah muzik, Lee Sze Wan ketika menjayakan Konsert Soul Sisters di Istana Budaya, April tahun lalu.
“Dari situ, kami mula rapat hingga tercetus idea untuk menjalin kerjasama dalam penghasilan single terbaru ini. Saya bersyukur kerana Sze Wan banyak memberikan tunjuk ajar, malah sentiasa sabar melayani kerenah saya yang masih hijau dari sudut komposisi lagu,” katanya.
Mengakui kejayaan Sampai Bila turut mendorongnya untuk meletakkan standard lebih tinggi dalam penghasilan single terbaru, Misha berkata, perkara itu membuatkan dia begitu teliti sebelum melangkah ke studio rakaman pertengahan Julai lalu.
Tambahan pula, Tanpa Rela adalah single pertama ciptaannya dan Misha turut memasang harap agar lagu tersebut berjaya memenuhi kehendak pencinta muzik tempatan.
Lalu, Misha mempersiapkan diri dengan mengikuti kelas vokal secara lebih intensif bersama pensyarah vokal berkaliber, Datuk Syafinaz Selamat demi memastikan dia mampu memberikan penghayatan dan penyampaian terbaik untuk Tanpa Rela.
“Tanpa Rela memberikan banyak pengalaman manis untuk saya kenang. Tidak hanya menjadi lagu pertama yang saya hasilkan, saya juga teruja kerana buat kali pertama dapat bekerjasama dengan Datuk Syafinaz di studio rakaman sebagai penasihat dan pengarah vokal.
“Ia memberikan suasana yang berbeza buat saya. Sebelum ini, saya hanya melangkah ke studio rakaman untuk memasukkan vokal apabila semua proses awal sudah selesai.
“Tetapi untuk Tanpa Rela, saya terbabit dari awal. Bermula dengan mencari idea untuk menghasilkan melodi, seterusnya berbincang dengan Sze Wan dari segi susunan muzik, saya juga terbabit dalam penulisan lirik.
“Apabila semua proses awal selesai, saya mendapatkan khidmat Datuk Syafinaz untuk membantu dari sudut penghayatan dan penyampaian lagu. Ia bukan perjalanan yang mudah, malah kami banyak berbincang bagi menceritakan emosi yang diluahkan menerusi setiap bait lirik.
“Untuk karya pertama ini, saya tidak mahu syok sendiri, sebaliknya saya turut membuka ruang untuk bekerjasama dengan banyak pihak kerana mahu memberikan yang terbaik kepada semua.
“Jujur saya akui, saya berasa selamat kerana di sisi saya ada banyak tangan, termasuk penulis lirik berpengalaman, Slen yang sentiasa bersedia memberikan magis mereka untuk melihat Tanpa Rela mencatat kejayaan membanggakan,” katanya.
Meskipun proses itu ada ketika memberinya tekanan, malah pernah membuatnya sukar melelapkan mata, Misha berdoa segala usaha dan kerja kerasnya itu membuahkan hasil yang diharapkan.
“Selalunya apabila sudah membuat persediaan rapi, ia memudahkan lagi tugasan sebelum melangkah ke studio rakaman. Saya pula sebaliknya.
“Saya menjadi semakin takut dan tidak senang duduk, terutama apabila memikirkan harapan tinggi yang diletakkan peminat. Ia cukup membuatkan saya resah.
“Namun, saya percaya, apabila sudah memberikan sepenuh hati, usaha itu harapnya dapat sampai dekat di hati peminat. Itu lebih penting kerana dokongan peminat menjadi kekuatan untuk saya berdiri selama ini,” katanya.
Tidak menafikan, semakin tidak sabar menanti detik Tanpa Rela dilancarkan, Misha berharap, usaha itu memberikan anjakan supaya dia lebih bersemangat dan serius mengorak langkah menjadi insan seni disegani.
“Tanpa Rela memberikan makna yang begitu besar dalam kerjaya nyanyian saya. Prosesnya tidak mudah kerana semua pihak yang terbabit, terutama Sze Wan dan Datuk Syafinaz begitu teliti.
“Mereka mementingkan kesempurnaan dari semua sudut dan sebagai penyanyi, kepercayaan besar mereka membuatkan saya berasa dihargai serta disayangi.
“Saya berharap Tanpa Rela akan menjadi penyambung legasi Misha Omar dalam perjalanan menuju dua dekad sebagai insan seni,” akhirinya optimis.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Akaun Instagram Meletop ada memuat naik sebuah tweet viral daripada seorang individu menjelaskan bahawa wanita cantik di Malaysia ini kebanyakannya berasal dari negeri Perak, Selangor, Johor dan Sabah.
Penyanyi dan komposer Ajai tampil memohon maaf secara terbuka kepada bintang Big Stage 2020, Hafiz Zainal.
Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas secara profesional naik ke atas pentas dari kerusi juri secara langsung pada permulaan konsert minggu kedua program realiti berkenaan.
“Sebenarnya Hafiz, saya bukan nak datang di sini untuk hentam semua orang, tetapi just think positive. Kamu mempunyai masa yang singkat tujuh atau lapan minggu sahaja.
“Saya tak mahu berikan kamu dan peserta lain ruang serta rasa selesa. Saya akui saya tersalah perkataan, mungkin itu adalah cara, prinsip saya bila menjurikan sesuatu.
“Sebab saya begitu peka dengan bunyi dan saya begitu teliti dengan setiap nota muzik.
“Akan tetapi, tidak semestinya awak tidak bagus. Di sini saya ingin memohon ampun dan maaf jikalau saya ada terkasar bahasa.
“Tetapi percayalah, tujuan saya untuk melihat budak-budak muda seperti ini, apabila dia keluar (selepas Big Stage 2020) mereka akan menjadi ‘evergreen’,” katanya secara langsung.
Pada masa sama, Ajai antara lain turut memasang harap agar semua peserta Big Stage musim ini berjaya apabila keluar daripada program itu nanti.
“Bermaksud, mereka akan kekal dalam industri sama seperti artis lama yang masih kekal hingga sekarang kerana besar pada kualiti dan bakat mereka.
“Biar saya dicaci, dihina, dihentam. Sebagaimana yang saya cakap, jauhari mengenal manikamnya dan saya tetap berdiri dengan prinsip saya.
“Bila peserta ini keluar, mereka tahu cara menyanyi yang betul dan ‘views’ mereka setanding dengan bakat diaorang,” jelasnya sambil berjabat tangan sambil menyatakan ‘all the best buat Hafiz.
Terdahulu, Ajai yang dilantik sebagai juri tetap Big Stage 2020 bersama Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir memberikan markah terendah kepada Hafiz Zainal pada minggu pertama saingan.
Markah itu dinilai berdasarkan persembahan dan vokal setiap peserta.
Lalu, tindakan Ajai mendapat reaksi pelbagai netizen hingga mencetuskan sensasi di media sosial, yang sekali gus dikatakan sebagai sejarah markah terendah dari juri dalam mana-mana pertandingan realiti di negara ini.
Sementara itu, 12 peserta yang melunaskan cabaran dengan membawa tema ‘Hype Beat’ menyaksikan Amir Hasan, Fadh Majid dan Hanie Soraya telah diumumkan sebagai tiga peserta dengan markah terendah.
Konsert malam tadi juga menyaksikan Hanie Soraya tersingkir kerana memperoleh markah terendah dari pihak juri dan undian online.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124), program tersebut dikendalikan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad.