Lagi kontroversi tentang pelakon popular, Datuk Farid Kamil. Kali ini kontroversi melibatkan dirinya dengan seorang penerbit yang juga merupakan penulis novel yang diminati ramai, Siti Rosmizah Semail.

Menurut satu sumber, penerbit ini berkata dia tidak teragak-agak untuk menyaman Farid kerana telah melanggar beberapa syarat ketika menjalani penggambaran drama, Lafazkan Kalimah Cintamu (LKC) yang kini sedang ditayangkan di televisyen.

Siti Rosmizah mendakwa bahawa dia telah mengalami kerugian ketika menghasilkan drama tersebut kerana sikap tidak berdisiplin Farid.

“Saya mengalu-alukan sekiranya Farid ingin menyaman produksi, yang kononnya menyebabkan beliau tercedera ketika penggambaran. Saya mempunyai segala bukti dan gambar serta bersedia untuk menegakkan kebenaran di mahkamah.

 

“Farid mengadu kaki kanannya bernanah kerana air kotor yang digunakan untuk babak dalam drama pada 26 November lalu. Sebenarnya, saya guna khidmat bomba Wangsa Maju dan air diambil adalah air terjun, bukan air kotor seperti didakwa.

 

“Kenapa hanya kaki kanannya bernanah, sedangkan satu badan terkena hujan palsu yang dibuat itu? Saya dimaklumkan, kaki kanan Farid sudah mengalami gatal-gatal sebelum itu lagi,” katanya kepada Berita Harian.

Kata penerbit ini lagi jika benar Farid ingin menyamannya, dia juga ingain menuntut kerugian atas masalah yang telah pelakon itu timbulkan.

IKLAN

Siti Rosmizah juga turut memberitahu bahawa pihak peguamnya turut menerima beberapa tuntutan daripada Farid.

“Selain isu air kotor yang dibangkitkan, saya juga menerima tuntutan daripada peguam Farid yang mendakwa anak guamnya diminta membuat aksi lasak membahayakan nyawa ketika penggambaran LKC.

 

“Sebenarnya tilam disediakan untuk adegan yang memerlukan Farid jatuh, jadi bagaimana pula boleh membahayakan nyawa? Mungkin saya baru lagi sebagai penerbit, namun saya guna dua pengarah yang sudah lama berkecimpung dalam bidang pengarahan,” katanya.

Katanya lagi yang mempunyai latar belakang sebagai seorang peguam, dia sudah mengumpul segala bukti yang ada dan tidak mahu memanjangkan isu ini dengan terus membuat kenyataan balas.

IKLAN

Dalam pada itu dia berkata jika Farid benar-benar mahu menyamannya, dia sudah bersedia.

Terdahulu menerusi rancangan Melodi, Farid pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia mengalami kecederaan pada kulitnya selepas melakonkan satu babak di dalam hujan.

IKLAN

Jom kita tengok semula video daripada Melodi tentang kenyataan Farid itu.

Sumber: Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI