Penyanyi Aweera mengakui dia cerewet dalam soal pemilihan lagu dan lirik demi memastikan naskhah yang dikeluarkan kekal relevan dalam tempoh lama.
Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Norhissam, 31, berkata dia lebih mengutamakan karya yang bersifat malar segar.
“Macam contoh, lagu Isabella. Kalau dengar rasa macam baru semalam dilancarkan. Saya nak begitu. Kalau penyanyi lain mahu ketengahkan benda yang viral, itu terpulanglah. Itu hak masing-masing.
“Cuma bagi saya, saya lebih pentingkan naskhah yang ‘masterpiece’, maksudnya mungkin dalam tempoh 20, 30 tahun lagi orang tetap akan ingat lagu kita. Itu yang saya mahu,” katanya.
Aweera bakal melancarkan single baharu, Menakluk Hatimu ciptaaan Tam Spider dan liriknya ditulis Keon, Julai depan.
Kali terakhir Aweera muncul dengan lagu Wanita Cinta Teragung, lebih enam tahun lalu.
Ads
Ditanya perjalanan seninya selepas menyertai program Gegar Vaganza 8 (GV8), Aweera tidak menafikan dia kini kian matang mengatur perjalanan seni.
“Sebelum ini, macam-macam isu yang pernah saya telan. Saya ambilnya sebagai pengajaran. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Saya salahkan diri sendiri. Ketika itu masih muda dan saya belajar. Insya-Allah semuanya akan lebih baik.
“Senang cerita ini ‘the new Aweera’, doakan sayalah. Saya mengaku silap, kita hamba yang lemah. Saya pernah berada di atas sebelum ini. Apa yang berlaku banyak mengajar, beri pengajaran,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Jennaira Holdings Sdn Bhd x Arviena di Hotel Royal Chulan, Petaling Jaya pada Ahad.
Jennaira Holding yang diusahakan Datin Seri Azlina Hanim dan suami, mempunyai beberapa rangkaian bisnes lain seperti minuman, makanan, ais krim yogurt, produk kesihatan serta beberapa perniagaan lain.
Ads
“Tudung Jennaira bersama dutanya, Arviena masih dikira baru dan alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima secara dalam talian cukup positif.
“Kami keluarkan tudung ini secara tiga peringkat menerusi 10 corak dan konsep berbeza. Ia menggunakan fabrik satin, ada bawal dan juga shawl. Harganya mampu milik, RM70 sehelai dan syukur, ia juga turut dipasarkan di Indonesia.
“Setiap keluaran itu terhad. Kena ‘pre-order’, jadi ia lebih eksklusif dan insya-Allah, koleksi baru akan dilancarkan bersempena Hari Raya Haji nanti,” katanya yang turut optimis mengeluarkan telekung, tidak lama lagi.
Percaya rezeki lebih bermakna bila dikongsi, Azlina berterima kasih kepada semua pihak yang sudi bersama-sama menjayakan rumah terbukanya, tahun ini.
Ads
“Kita jemput lebih 700 anak tahfiz dan anak yatim untuk sama-sama meraikan hari raya. Malah ketika sambutan hari jadi suami dan buka puasa sebelum ini, kami turut jemput mereka. Sudah jadi satu tradisi bagi kami di Jennaira Holding.
“Malah setiap pembelian tudung ini atau mana-mana produk keluaran kami, mereka secara tak langsung turut menderma dalam menjayakan rumah terbuka ini.
“Majlis yang bermula sekitar jam 2.00 petang dan membawa ke malam dengan tema Bollywood berjalan lancar syukur alhamdulillah,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dia tidak mempunyai masalah untuk membiasakan dirinya menjalani kehidupan di negara sebarang selepas berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Prisia Nasution.
Menurut Iedil, pada awalnya dia mungkin berasa agak kekok untuk bertutur tempatan, namun apabila sudah lama bergaul dan memerhati budaya mereka, perkara tersebut akan menjadi lebih mudah.
“Mungkin mereka akan rasa kita ni seperti orang luar tapi bila kita selalu bergaul dan mula ikut karekter mereka, diorang akan terima juga.
“Dekat sana semua orang bertutur di dalam bahasa Indonesia. Saya tiada pilihan lain melainkan saya kena belajar.
Bila dah biasa di sana kita akan tahu dialek mereka.
“Kadang-kala kalau bahasa saya tersilap, mereka maafkan je dan saya akan terus belajar,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai kehidupannya selepas bergelar suami kepada Prisia yang juga merupakan pelakon popular Indonesia, Iedil memberitahu, mereka hanya menjalani kehidupan seperti orang biasa dan dia tidak pernah menganggap perkara tersebut sebagai satu status yang besar.
“Kalau anda mengikuti perkembangan kami di media sosial, kami merupakan pasangan yang sangat ‘easy going’. Saya tidak menganggap perkara tersebut sebagai status yang besar.
“Asalkan kami bahagia dan kami saling memahami bahawa kerja kami ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi, kami lalui je segala perjalanannya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, pelakon filem, The Assistant ini turut menafikan dirinya kini terbeban apabila terpaksa kerap berulang-alik di Malaysia dan Indonesia.
“Saya rasa memang tinggal mesej je kot. Lagi pun sekarang ni dah mudah nak bergerak ke KL dan Jakarta. Saya akan sentiasa dekat sini juga kerana keluarga saya masih di sini.
“Taklah penat pun kena ulang alik. Penerbangan pun ambil masa dua jam. Kalau naik bas ke Ipoh pun dua jam setengah.
“Kalau fikir-fikirkan balik, jarak kami hanya tiga jam sahaja. Kami rasa kami ni pasangan caouple yang sangat beruntung kerana kami ada dua rumah. Satu di KL satu di Jakarta.
“Kalau kita bosan di KL kita boleh ke Jakarta. Kalau bosan di Jakarta, kita ke KL. Kalau bosan dua-dua kita boleh pergi mana je yang kita suka,” akhirinya.
Sekadar informasi, Iedil mendirikan rumah tangganga bersama Prisia di Bogor pada tanggal 1 Jun 2016.
Pasangan ini difahamkan mula berkenalan sewaktu mereka sama-sama berlakon di dalam filem, The Interchange.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Iedil Putra
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, usahawan dan bintang media sosial popular, Khairul Aming berkesempatan membawa kesemua pekerja perniagaan makanan Sambal Nyet bercuti di Genting Highland.
Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkongsi momen percutian selama empat hari tiga malam itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Serentak dengan itu, Khairul memberitahu ini, ia adalah sebagai salah satu usaha syarikat bagi menghargai jasa para pekerjanya.
“Company retreat staff Sambal Nyet di Genting Highland selama 4H3M,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji sikap murni anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini sebagai majikan yang pemurah.
Pada masa sama, ramai yang turut mendoakan agar usahawan berusia 30 tahun ini supaya terus sukses dan maju dalam dunia perniagaan makanan.
“Alhamdulillah terbaik KA.Menyantuni & menghargai staff.Semoga terus maju & diberkati,” puji seorang netizen.
“Bestnyaaa. Ada kerja kosong tak Min?,” tanya seorang wargamaya lain.
“Best sbb nampak mostly yg keje dgn aming tu budak2 muda…aming dah provide peluang
pekerjaan utk belia2 kampung beliau,” luah netizen.
“Murah rezeki khairulaming. Ramai betul staff dia,” titip doa wargamaya.
Sekadar informasi, Khairul mula bergiat aktif dalam bidang perniagaan selepas memperkenalkan produk makanan jenamanya sendiri iaitu Sambal Nyet, sekitar tahun 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Khairul Aming
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Syarikat penerbangan antarabangsa tanah air, Malaysia Airlines (MAS) telah melancarkan video keselamatan terbaharu secara rasmi di laman penstriman YouTube, pada Selasa.
Menariknya lagi, rakaman video demostrasi keselamatan ini turut menampilkan ramai barisan selebriti tanah air antaranya Datuk Yusry Abd Halim, Datin Lisa Surihani, Diana Danielle, Puan Sri Tiara Jaqcuelina, Fiza Thomas dan ramai lagi.
Selain itu, elemen kesenian dan kebudayaan tanah air seperti nyanyian dan seni tarian dikir barat turut diterapkan dalam video keselamatan berkenaan.
Bukan sahaja meraih perhatian, video keselamatan bertajuk #SatuDuaTigaJom itu turut telah menerima pujian wargamaya.
Rata-ratanya meluahkan rasa teruja dan bangga dengan menitipkan ucapan syabas kepada syarikat penerbangan MAS.
“WOW!! Amazing, creative, sensational. Good Job MAS can’t wait to watch this onboard,” luah teruja seorang wargamaya.
“Congratulation MAS… keep it up… lain dari yg lain safety video baru now tak sabar nak tgk dlm flight plak. Hope this new video will be benchmark MAS to improved better so that can be best airlines in the world mcm dulu2,” titip seorang netizen.
“Well done MAS! Let’s together support MAS. Not just Everyone Can Fly. They put value in their services,” tulis lagi netizen lain.
“Aiyo…gempak betollah video ni. I memang like sangat!!!,” luah wargamaya.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 40,000 jumlah tontonan selepas dilancarkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: YouTube Malaysia Airlines
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...