Usahawan, Datuk Seri Vida ada lebih sinonim disapa sebagai DSV sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley yang dibelinya kira-kira tiga tahun lalu ‘tersidai’ di halaman.

Malah kiraan jumlah perjalanannya setakat ini juga hanya lebih 3,000 kilometer.

Selain memberi ulasan panjang lebih terhadap video berdurasi 3 minit 41 saat itu, penyanyi lagu I Am Me ini menerusi ruangan kapsyen juga turut memberitahu kereta rona putih itu masih lagi baru, seperti baru keluar dari kedai!

Ads

“Beli BENTLEY ni 3 tahun lps. Macam baru kluar kedai. Millage pun tak lebih 3 ribu. Tapi tengoklah realitinya…,” tulis Vida sambil disusuli dengan harga serta pembelian minyak wangi keluarannya.

Vida menerusi IG TV antara lain turut memberitahu dia mementingkan penjagaan dalam kereta agar sentiasa dibersihkan dan berbau wangi.

Ads

Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat memberikan reaksi pelbagai dan ada di antara komen tersebut mendapat reaksi ibu kepada dua cahaya mata ini.

Ads

Video tersebut sehingga kini sudah pun ditonton lebih 120,000 kali dengan mendapat kira-kira 11,000 tanda suka.

Foto: Instagram Datuk Seri Vida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads