“Saya Memang Beli Enam Troli Sebab…,”-Didakwa Tak Fikir ‘Orang Belakang’, Ini Jawab Balas Eina Azman

Share

Pelakon Datin Paduka Eina Azman kesal dengan komen individu yang mendakwa dirinya bersikap mementingkan diri apabila dilihat membeli barangan keperluan seolah-olah berlebihan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelas ibu kepada dua orang cahaya mata itu, dia mengakui membeli barang sehingga memuatkan enam troli, namun, itu bukanlah untuk kegunaan dirinya sendiri.

Sebaliknya, keperluan tersebut digunakan untuk tiga buah keluarganya.

“Pertama sekali, saya memang beli enam troli sebab saya beli untuk tiga buah rumah iaitu diri saya, mak saya dan untuk adik ipar saya yang berkeluarga besar.

“Jadi apa masalahnya? Saya tak fikir orang??? Kalau saya tak fikir orang, saya takkan bagi bantuan makanan untuk 100 buah rumah sebelum kuarantin haritu. Maaf, bukan nak riyak atau apa,” tulisnya.

Tambah Eina lagi, dia menyeru netizen agar tidak beranggapan negatif kepada individu lain tanpa usul periksa.

“Saya tanpa ada masalah apa-apa pun saya sentiasa menolong orang tanpa mengira bangsa atau agama.

“Jadi, tolong jangan sibuk urusan orang lain. Jangan tahu nak mnegata dan bercerita hal orang,” jelasnya.

Menerusi ruangan komen, rakan selebriti dan peminat meninggalkan komen masing-masing.

Foto: Instagram Eina Azman

IKLAN